ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, July 10, 2013

"Once I Love, Forever I Stay..."


"Ah, terasa dingin sekali pagi ini, tambahan pula hari ini adalah hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. Siapa sangka, Allah masih memberikan aku kekuatan dan umur yang panjang untuk bertemu denganmu, ya Ramadan. Itu titik ceritanya bermula, sebuah epilogi kehidupan yang tak bernoktah, cuma singgah dalam satu demi satu destinasi, menantikan kembalinya, erti sebuah......."

Episodnya pun bermula....

Azman, yang baru belajar mengenal erti rindu dan sayang, erti ceria dan suram, erti rela dalam terpaksa, erti senyum dalam berduka, termenung menantikan hadirnya, sebuah hati, yang pernah diserahkan dalam tergesa, kerana dia percaya, cinta itu amat berharga untuk dicuba, amat ceria untuk dicerita, amat mendalam erti. Tiada lagi tafsiran mampu menerangkannya, yang panjang lebar.

"Man, Ika tak tahu nak cakap macam mana, tapi Ika kena bagitau Man jugak pasal hal ni", tulis dia dalam khidmat pesanan ringkasnya. "Ah, apa pulak si Ika ni nak buat saspens dengan aku, saspens betullah dia ni, hihihi", Azman bermonolog sendirian, tapi dia tahu, saat itu terasa hatinya ditemani. Kemudian masuk pulak mesej kedua dari Ika, "Man, boleh tak.. Errr... Man anggap Ika hanya sebagai kawan? Ika rasa, Ika tak mampu mencintai Man, Ika cuba, tapi bukan namanya jatuh cinta, andai cinta itu dipaksakan untuk jatuh kan..", masuk mesejnya yang ketiga, hanya smiley yang dihantar. Aku tergamam! Apa yang perlu aku balas menjawab soalan 'rindu' darinya? Berdiam diri, itu bukan jawapan yang tepat. Marah-marah? Itu bukan caranya aku melayani sesama manusia, apatah lagi, seseorang yang telah ku serah sebuah perasaan ghaib, kurniaan Tuhan, yang aku fikir boleh dikongsi bersama. Saat itu, hanya istighfar mampu aku fikirkan. Lalu aku pun membalasnya, "It's okay my love, Man tunggu ye, insya Allah, till my death". "Tapi Ika tak mahu bagi harapan lagi kat Man, nanti Ika akan rasa bersalah". "Janganlah Ika risau, Man ok saja, tapi tanpa harapan, bagaimana mungkin seorang manusia hidup. Biarlah seseorang itu hidup dengan harapan, kerana tanpa harapan, siapalah kita, manusia yang lemah ni kan". Kami saling berbalas khidmat pesanan ringkas, begitu juga terasa ringkas hidup aku, tiba-tiba!

Ika menambah lagi, "Anggap saja Ika ni cuma kawan Man ye, sayangkan Ika sebagai seorang kawan jugak, lagipun Ika tak tahu, tak tahu macam mana nak melayan seorang kawan lelaki. Untuk masa sekarang, Ika dah tutup hati untuk terima cinta dari sesiapa, dah tutup hati ni untuk bercinta. Hati Ika ni kosong, Ika pernah cuba, tapi Ika tak boleh nak sayang Man, lebih dari seorang kawan. Kita berkawan saja ye, insya Allah, hingga ke syurga Ilahi, amn". Hati aku berkocak kuat. Insan mana yang mampu menahan duka, saat hatinya telah diserahkan untuk dikongsi bersama, saat impiam dewasanya, membina hidup bersama, tidak terlaksana. Bagai tiada definisi tunggal untuk diungkapkan. Sisa tinggal untuk diceritakan, hanyalah air mata lelaki. Lelaki menangis? Untuk apa, tak maskulin-lah seorang lelaki menangis kan. Tapi siapa aku menolak nikmatnya air mata. Andai itu mampu menyembuh hati. "Aku cuma seorang lelaki biasa, juga punya perasaan, oleh itu, menangislah hati andai dir sedang berduka". Kali ini aku bermonolog sendirian. Tiada guna lagi memujuk hati, andai pedih kemudian hari.

"Hati aku kuat meronta,
Mahu membiarkan mata memecahkan empang-nya,
Tapi entah mengapa, 
Sukar benar melepaskan perit luka dinding hati,
Bukan luka kecewa, 
Bukan juga luka tertusuk duri mahupun terguris belati"

"Mungkin tasik mata telah kering gamaknya,
Terlalu banyak cerita hampa dikubur dalam senyum,
Tak terduga itu menjadi sumpahan buat seminit gembira dia,
Siapa duga fizikal insani yang kuat itu,
Rebah dek sepotong daging yang berdenyut-denyut."

"Tak mungkin lagi rindu bersatu,
Tak daya lagi hati menghampar kasih,
Tak kuasa lagi takdir cuba diubah,
Hanya sisa doa tertinggal,
Seakan menemani rupanya menikam sisik hati,
Tiada darah tanpa luka,"

"Manakah luka?
Andai pedih mengheret hati,
Manakah kecewa,
Andai dada berombak kencang,
Mana pula sisa rindu,
Andai pernah bertandang di hati.
Fahamilah, erti bahasa diri dan hati,
Andai benar kau pernah mencintai..."

-Pena Istiqamah- 



Ah, peristiwa semalam itu tak sepatutnya menghantui aku. Hari ni adalah hari keberangkatan pulan aku ke kampung. Setelah penat bertempur dengan peperiksaan akhir, sebelum terjun ke dunia pekerjaan. Alhamdulillah, segala usaha-usaha aku selaman ini sangat berbaloi. Sedetik itu, aku tiba-tiba tersentak, hanya engkau Ika, hanya kamu yang belum aku khabarkan yang aku akan pulang, pulang ke tanah kelahiran aku, sebelum memulakan tugas sebagai penjawat awam, setelah aku lulus temuduga kira-kira 4 bulan yang lepas. Aku kemudiannya, mengeluarkan telefon, mendail nombor telefonmu, walaupun kita tak pernah terputus hubungan, namun begitu tegar hatimu untuk dicerobohi sekali lagi, hanya sekali lagi. Aku lantas memulakan perbualan, " Assalamualaikum Ika, apa khabar Ika? Man nak balik kampung dah ni. Ika jaga diri ye, jaga kesihatan, jaga pemakanan, belajar rajin-rajin ye". Dia membalas, "Waalaikumsalam Man, insya Allah Man. Jaga diri jugak ye. Man dah nak balik kampung? Hati-hati ye pulang ke kampung tu.". Aku menamatkan perbualan, dengan sekadar berkata, "If you do love me, just tell me, if you didn't, I'll try my best, to accept the fact about it. Afterall, you're my everything. I'll wait  you, till my death, my dear love".

Sambil aku memandu, aku memasang lagu Santa Esmeralda, walaupun lagu itu kedengarannya sudah lama, namun masih enak untuk didengari, dihayati bait-bait lirik lagu yang sangat penuh ertinya.

You're my everything 
The sun that shines above you makes the blue bird sing 
The stars that twinkle way up in the sky 

Tell me I'm in love, when I kiss your lips 
I feel the rolling thunder to my finger tips 
And all the while my head in a spin 
Deep with in I'm in love 

You're my everything and nothing 
Really matters but the love you bring 
You're my everything 
To see you in the morning with those big brown eyes 
You're my everything 
Forever and the day 
I need you close to me 
You're my everything 
You never have to worry never fear 
For I am near when I hold you tight 
there's nothing that can harm you in the lonely night 
I'll come to you and keep you safe and warm 
Yes, so strong my love 

You're my everything 
I live upon the land and see the sky above 
I'll swim within oceans sweet and warm 
There's no storm my love 

You're my everything 
I live upon the land and see the sky above 
I'll swim within oceans sweet and warm 
There's no storm my love

Ah! Kejam benar lagu ini ye, bermain-main dengan emosi aku. Hahaha. Aku ketawa, yang telah tiada serinya sejak sekian lama. Sesudah mengambil seorang sahabat di terataknya, aku pun memula perjalanan pulang ke utara, meninggalkan pelbagai emosi dan nostalgia ketika menuntut di sini. Sesampainya di hentian RnR di selatan negeri kelahiranku, aku meminta sahabat ku itu pula untuk memandu. Terasa amat mengantuk dan tambahan pula aku ingin mencipta mimpi-mimpi indah, bermimpikan hidup bersamamu, kasih. Itu saja yang mampu aku ciptakan dalam hidup aku, imaginasi yang memberi aku harapan melangkah dalam dunia yang fana ini. Sebelum tidur, aku menghantarkanmu, satu khidmat pesanan ringkas, "I'll love you till my death, sweetheart". Mengantuknya! "Sepol, hang bawak kereta elok-elok tau. Aku rasa nak tidoq lah, nak tidoq panjang-panjang. Nanti kirim salam sayang, rindu kat mak ayah aku tau", terkeluar pun slang utara aku ketika itu. Rasa nikmat betul tidur kali ni, entah mengapa. Menjadi kebiasaan, sebelum tidur aku akan mengucap dua kalimah syahaah. 

Tiba-tiba aku terdengar bunyi dentuman yang maha kuat, booommmmmm! Terasa tubuh aku melayang, kepala aku basah. Basah dengan apa? Kenapa berwarna merah cecair yang membasahi kepala aku ini? Semua persoalan hadir serentak. Aku cuba berpaling, dengan penuh kepayahan, aku lihat Sepol tersepit di celah-celah stereng kereta. Tak lama kemudian, aku terasa dunia aku gelap-gelita. Dalam sekelip mata, aku terasa diri aku seperti normal. Aku nampak ramai orang yang mengerumuni sebuah kenderaan yang terbalik, di tepi lebuhraya itu. Aku lalu bergerak menuju ke arah kumpulan orang ramai itu. Aku melihat diri aku sendiri. Sedang tersepit kedua belah kaki, kepala aku berlumuran darah, sementara disebelah aku, Sepol sedang dibantu orang ramai untuk dikeluarkan. Dia masih bernyawa, manakala aku pula, sudah terpisah jasad dan nyawa. 

Tiba di hospital, aku melihat kaum keluarga aku ramai yang telah hadir. Paling awal adalah abang-abang aku. Tiba-tiba aku terlihat kelibat engkau, menangis teresak-esak. Mengapa perlu kau menangis wahai sayang, bukan engkau tidak mencintaiku? Ah, mungkin kau menangis kerana aku 'kawan'mu bukan. Tapi ingin saja aku memujukmu, tidak tegar aku melihat engkau menangis kesedihan. Tapi apakan daya, aku telah tiada di dunia ini. Yang melihat kamu hanya roh aku, ya, hanya roh aku sebelum aku benar-benar dijemput Izrail pergi menemui Sang Pencipta. Tiba-tiba kau berbisik, di telinga jenazah aku, yang telah pucat dan masih terdapat saki baki sisa darah akibat kemalangan itu. Kau katakan, "Ika sayangkan Man, kenapa Man tak tunggu Ika sampai Ika benar-benar sedia, wahai sayang?" Esak tangismu semakin kuat, hinggakan engkau perlu dipapah keluar oleh sahabat baikmu, Lily.

Sayang, pernah aku khabarkan padamu, aku akan mencintaimu hingga hari kematianku, dan apabila ajal menjemputku, aku masih bisa mencintaimu, cuma aku sudah tidak mampu lagi menzahirkannya di alam realiti. Mungkin engkau pula, bisa hidup bersama harapan yang tak kunjung tiba, menantikan aku kembali. 

Pabila kering air dari tubir matamu,
Lihatlah kau pada kenangan semalam,
Mungkin itu yang terindah dalam hidupmu,
Mungkin itu yang terakhir kau bersama aku.

Tidak selamanya aku hidup menongkah takdir,
Cuma semasa ku masih bernafas,
Ingin benar aku berkongsi hidup denganmu,
Hanya peluang dan masa yang aku damba darimu,
Agar engkau tahu ertinya setia dan mencintai dari aku.

Sesudah kini,
Izinkan aku merinduimu,
Izinkanlah buat terakhir kali aku mencintaimu,
Selamanya di sana.
Amin.

Sayang, 'once I love, forever I stay, to love you, till my death'. Dengarkan, bait-bait lagu dari kumpulan Babyfaces - Loneliness, wahai rindu.

I'm sitting here 
Thinking bout
How I'm gonna do without 
You around in my life and how am I
I goin' get by 
I ain't got no days 
Just lonely nights 
You want the truth
Well girl I'm not alright
Feel out of place and out of time 
I think I'm gonna lose my mind

So tell me how you feel (im lonely)
Are you for real (so lonely)
Do you still think of me (i think of you)
Baby still (are you lonely)
Do you dream of me at night (like i dream of you all the time)
So let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)
I think that i will never love again

I miss your face 
I miss your kiss 
I even miss the arguments 
That we would have from time to time
I miss you standing by my side 
I'm dying here its clear to see 
There ain't no you, God knows there ain't no me 
Don't want to live, I want to die
If I can't have you in my life

So tell me how you feel (I'm lonely)
Are you for real (so lonely)
Do you still think of me (i think of you)
Baby still (are you lonely)
Do you dream of me at night (like i dream of you all the time, so lonely)
Oh let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)
I think that I will never love again

-Pena Istiqamah, 10 Julai '13-

=Hadiah hari lahir terbaik, Allah anugerahkan aku cinta, untuk mencintaimu, rindu, untuk merinduimu, dan sabar, untuk menunggu kamu.=

Wednesday, October 31, 2012

Bila Saja Rindu Terhenti - Jamal Jobran



Aku menemuinya pada petang hari itu, ketika sedang berjalan-jalan melihat disekitar pasar Ramadan tahun itu, di Shah Alam. Oh ya, namaku Azlan dan aku belajar di Universiti Teknologi MARA. Tahun itu sekitar penghujung bulan Ogos tahun 2010, semasa umat Islam sedang menyambut bulan mulia, bulan Ramadan. Ketika itu aku masih belajar dalam Asasi Undang-Undang UiTM. Dah lama sangat agaknya cerita ni?


Banyak sangat kenanganlah. Masa nak pegi kelas dulu, bukan main lagi, kalau boleh setiap hari aku nak ber-SMS- je koje aku. Aku tak suka sangat call dia. Sebab dah memang kebiasaan. Banyak texting je. Hohoho. Aku ingat lagi, dulu kalau boleh setiap minggu aku akan pergi jumpak dia. Dia dulu belajar kat UiTM Puncak Alam dalam jurusan Asasi Sains, sekarang dah sambung belajar kat UiTM Kuala Pilah, dalam jurusan Biologi.



Bila tiba sahaja hujung minggu, pasti sama ada dia atau pun aku akan mengajak untuk keluar bersama, menghabiskan masa hujung minggu bersama, merehatkan minda sambil bergelak ketawa bersama. Bukan selalu dapat bertemu dengan dirinya. Julia yang aku kenali ketika aku menuntut di UiTM sewaktu asasi dulu sangat berbeza sekarang. Masing-masing sibuk dengan komitmen pelajaran menyebabkan aku hilang minat untuk keluar bersamanya lagi. Apakan daya aku, pelajaran menjadi keutamaan aku daripada melayan rajuknya yang tak aku ketahui bila akan bermula. Memasuki semester kedua program ijazah pertama ni, aku semakin dan semakin sibuk dengan komitmen kerja kursus aku. Tambahan pula aku terpaksa tinggal sebagai menyewa di luar sebagai Non-Resedent (NR) banyak membataskan kewangan dan masa aku untuk meluangkan waktu bersama dengan rakan-rakan serumah dan dirinya. Julia yang aku yakin merasakan aku mengabaikan telah mula merajuk. Apakan daya aku sayang, aku punya masa depan yang harus ku kejar. Kalau kau mampu mengikutiku, maka ikutlah. Kalau tidak, kita bawalah haluan kita masing-masing. Pernah terdetik aku ingin menghantar pesanan ringkas kepadamu yang berbunyi,

    “Jangan biar rindu keseorangan, nanti ia mati dek kesunyian,
    Jangan biar cinta berkeliaran, nanti tak terkejar mencari,
    Jangan biar amarah menguasai keadaan, kelak hilang rindu dan sayang disemai.”

Tapi itu dulu, ketika aku merasakan cinta dan sayang aku hanya untukmu Julia. Namun kini rasa itu semua telah hilang. Hilang seperti di tiup angin Timur. Semoga angin itu akan membawa pulang kasih sayang yang pernah aku ada menuju ke Temerloh, tempat asalmu.

Aku sering bercerita mengenaimu Julia, kepada teman sebilik aku di rumah sewaku, betapa aku terlalu mengharapkan waktu yang banyak untuk aku fokus kepada segala ‘assignment’ yang perlu aku siapkan mengikut waktunya.

Wahai Julia, tahukah kau betapa aku memendam rasa bahawa hakikatnya sayang ini telah mati kepadamu? Ijat teman sebilik aku kerap kali mendengar aku bercerita, betapa aku tak nak lagi keluar berdua dengan kau. Pernah Ijat menegur aku, mengapakah muka aku terpalit seribu kedutan, atas ketidakselesaan ketika aku menyatakan ingin keluar bersamamu? Namun aku hanya bisa tersenyum tatkala dilontarkan dengan pertanyaan sebegitu kerna aku tak mampu memberi jawapan kukuh kepadanya. Mujur Ijat bukanlah jenis yang menyibuk mengenai hal aku denganmu Julia, sekadar bertanya khabar aku dengan kau yang menjadi lumrah orang seramahnya.

Julia, kau tahu, Ijat itu seorang yang selalu terluka dalam percintaan. Seorang yang menuntut kasih sayang lahir dari insan bernama wanita lain untuk hadir dalam hatinya. Namun sehingga kini, seperti yang dia ceritakan kepada aku, dirinya sering dikhianati, bukan untuk mereka cerita. Aku kerap kali ketawakan dia bila dia mengatakan, “Rindu itu telah terhenti Lan”. Apa maksud disebalik kata-kata ni? Namun kini baru aku faham, maksudnya, cinta dan kasih sayang untuk seorang wanita telah mati dihatinya. Saat aku mengalami perkara yang sama, barulah aku faham kata-kata keramat ini. Sayang, adakah kau juga memahami?

Dulu, aku sering menghantarkan kau ke stesen bas untuk pulang ke Temerloh. Terminal Bas Bandar Tasik Selatan itu menjadi kenangan. Acap kali aku menghantar kau ke situ, menunggu bas untuk pulang ke Temerloh. Antara waktu menunggu untuk kau menaiki bas, pasti restoran makanan segera KFC menjadi pilihan kita berdua berduaan bercerita kisah cinta kita semasa masing-masing belajar ‘foundation’.

Sampai bila lagi aku harus memendam kematian cinta aku padamu? Aku cuma kesiankan kau. Aku tak sampai hati nak berterus terang dengan kau mengenai keadaan perhubungan kita ini. Fara, Aisyah, Asma, dan ramai lagi perempuan yang aku keluar bersama sewaktu di Shah Alam, semata-mata untuk menutup kenangan bersama denganmu Julia. Aku tak dapat nak menipu lagi. Aku harus berterus terang dengan kau. Tapi aku takut air mata kau menitis. Air mata tu mahal sangat buat wanita sepertimu sayang.

Ijat sering bertanya kepada aku, apakah masa depan bersama denganmu, tentulah aku menjawab kau akan aku sunting menjadi isteri aku yang halal. Namun begitu mudahkah perancangan ini akan terlaksana? Semuanya terpulang kepada ketentuan jodoh Tuhan untuk mempertemukan kita. Aku harap kau dapat menerimanya.

Suatu petang, ketika berbual-bual dengan Ijat dalam bilik, tiba-tiba hal mengenai perhubungan kita menjadi buah perbualan. Aku pula seakan terbawa-bawa, menceritakan keadaan hubungan kita yang retak menanti belah. “Ijat, aku kesian kat Jue la, aku tak nak dia menangis. Tapi aku dah tak boleh nak teruskan la hubungan ni. Aku nak jadi ‘single’ je kalau boleh. Aku tak nak macam ni lagi. Terawang-awang. Aku kat sini dia kat sana. Jauh kot Jat.” Perbualan aku tamat disitu kerana Ijat punyai hal yang mustahak.

Sebenarnya ‘caring’ yang kau tunjukkan kepada aku, mungkin bagimu 1 kemestian, tapi bagi aku adalah 1 kongkongan. Apa yang selalu menjadi kegemaran aku terhalang dek kerana cemburu dan rajukmu. Aku tertekan sayang. Itu bukan sekadarnya sahaja. Cuma keluar ke sesuatu tempat tanpa memberitahumu. Amarahmu menggila sepertinya aku curangi kamu. Terkesima aku saat kau marah tak semena-mena. Seakan mencari salah aku. Kau marah kalau aku buat begitu, tapi pernah kau bayangkan saat kau yang buat begitu? Adakah aku memarahimu? Sebaliknya kau yang memarahi aku kononnya menghalang kehidupan kau. Apakah semua ini?

Sebenarnya aku tak pernah gembira sejak 1 tahun yang terakhir ini bersamamu sayang. Cukuplah sudah hati aku menderita. Hari aku dipenuhi api kemarahanmu. Masa depan aku seakan kelam terbawa-bawa emosi bergaduh denganmu. Pernah kau tanya keadaan hati aku? Emosi aku sewaktu aku menempuhi peperiksaan akhir semester. Selama 2 tahun bersamamu mengajar aku erti cinta dan putus asa, erti sayang dan curang, erti bersama dan berpisah. Sudah cukup sudah hati aku melara mengikut rentak permainan cintamu. Mungkin sehingga kini aku akan menyendiri, namun aku pinta kau jangan pernah menyesal mengenali aku. Mungkin ada lelaki lain di luar sana, yang lebih baik untuk dirimu. Mungkin juga kita ditakdirkan untuk bersahabat sahaja. Semuanya sudah menjadi suratan kan.

Aku bukan membencimu, jauh sekali cuba membuang kau dari lubuk hati aku. Tapi aku tak biasa dengan caramu melayan permainan hati dan cinta. Bila saja rindu ini terhenti, terhenti jugalah cinta dan kasih sayang aku kepadamu. Namun sayang sebagai seorang sahabat tak akan pernah pudar. Biarkan kasih sayang sesama hamba Allah yang terus menyinar, mungkin kita akan lebih baik begitu.

Sayang, aku doakan kau gembira selalu dan jangan pernah berputus asa dalam hidupmu. Ijat pernah berpesan pada aku, “Lan, perempuan ini memang ditakdirkan untuk lelaki, tapi lelaki mana itu yang kita tak tahu. Jodoh ini rahsia Tuhan. Cubalah macam mana pun, kalau bukan jodoh kita, tak mungkin akan bersama. Tapi kalau sudah jodoh, di hujung dunia kau menyorok pun pasti akan menemuimu”.

Selama aku masih bisa bertahan, selama aku masih bisa bernafas, semoga kau akan menjadi sahabat terbaik aku dunia dan akhirat ye. Ukhuwah fillah yang kita jalani kini moga-moga mendapat berkah dan rahmat dari Ilahi. Jangan pernah menangis ye menangisi perpisahan ini. Kan telah diceritakan setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Semoga hidupmu kembali ceria dengan rakan-rakan disekelilingmu dan aku juga begitu.


Dalam setiap pertemuan, kau akan temui suatu persimpangan yang menuju ke pengakhiran. Tuhan membiarkan kita memilih jalan itu, dan pengakhiran itu ditentukan olehNya. Jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Mungkin wujud kekhilafan antara kita berdua semasa bertemu dan Tuhan betulkan kembali niat dan jalan kita dengan memberikan pengakhiran ini” 
         
                                                -Pena Istiqamah-

      
   Julia, 2010 - 2012




Ke Hadapan Blog-walker Semua


Okey, mula-mula aku nak mengucapkan selamat datang kembali kat diri sendiri ke dunia blog after several months became a passive blogger. Sebelum-sebelum ni banyak entri aku yang tak TERsempatkan untuk disiapkan, sebab cerita-cerita dalam entri aku tu semuanya benar-benar belaka, cuma aku olah dan aku tukar latar tempat, latar masa, latar cerita itu sendiri supaya kena dengan jiwa aku. -Ehhh! Aku punya blog suketi aku la kannnn- 

Jadi, kat sini, lepas aku promote blog aku kat beberapa rakan perempuan [NAMPAK JELAS DI SITU -rakan-] , boleh pulak dorang tak menangis. Ini yang membuatkan aku rasa tercabar, dah memang niat aku tukar format blog ni dari awal-awal aku buat dulu, daripada informative blog kepada feel & crying blog.

Jadi, entri kali ni, special aku taip, aku tulis, aku olah, aku edit, aku ceritakan kembali untuk kawan-kawan yang tak menangis dan kata , "Jalan cerita macam ni dah terlalu common, memang sedih, tapi dah biasa jadi tak menangis dah..." . So, tunggu je la aku buat cerita pasal kisah lampau ye.

Aku namakan entri kali ni, "Rindu Itu Sudah Terhenti - Jamal Jobran"


"If love was a fake, why should it came to me,
If love is true, why must its getting away from me,
If love never come to me, why people always wondering of losing it,
And if love is just temporary, I said that love just a dream."                           Pena Istiqamah - 31 Oktober 2012

Thursday, April 5, 2012

Kau Yang Melukakan

Irfan memandang sayu jalan raya itu. Terasa bahang panas membasahi pipinya dek lantaran empangan matanya pecah menahan manik-manik kaca daripada jatuh berderai.