ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Thursday, May 6, 2010

PERMULAAN SATU KEHIDUPAN BARU.....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA............

Untuk kesekian kalinya kan, akhirnya aku berjaya jugak menamatkan zaman persekolahanku selepas aku berhempas pulas belajar dan belajar dan belajar sehingga la aku berjaya menamatkan zaman ini.. -Zaman Sekolah=Zaman Cinta Monyet- ......

Kih Kih Kih Kih.........

Wah, tak sangka ye, akhirnya aku bakal bergelar seorang pelajar universiti... Fuhhhh, bangga walaupon tak dak la hebat mana kan.... [Sebab aku cuma pelajar asasi, bukan siswa]....

Mai aku chegita siket tentang kehidupan aku.... [Tak boleh la semua sebab takot nanti ada orang sabotaj kan...]

Aku lahir Julai 1992, wow, masa tu malam Jumaat, pastu, mengikut chegita mak aku, aku ni lahir songsang.. Ntah la macam mana.....
Aku dibesarkan dalam keluarga 7 beradik... Aku anak ke-6 tau....
Aku kenal ABC, alif, ba, ta masa kat sekolah tadika...[Tadika ISLAM].. Kat alor pongsu..
Kat situ la aku kenal kawan-kawan baek aku yang sampai sekarang pon kawan baek aku...
Tapi masa mengaji kat tadika tu, aku antara budak yang paling buas dan nakal, kalau seminggu sekali tak koyak lutut seluar aku dengan lutut aku luka sebab jatuh ke, ape ke, tak sah!
Aku kata je mengaji tadika, tapi 1 hapa aku pon tak tau masa belajaq kat situ..
Tapi aku bertuah sebab setahun aku kat situ, aku dah masuk pertandingan nasyid dan pertandingan hafazan doa-doa peringkat zon..
Untuk pertandingan hafazan doa tu, aku menang peringkat zon, dan akhirnya menyertai peringkat daerah.
Kat peringkat daerah aku menang nombor 3!!!!!!
He He He He.....

Masuk Darjah 1.... [SK Alor Pongsu]

Aku masa Darjah 1 memang tak menonjol, exam, fuhh, antara yang terkebelakang la masa tu, ayah aku pulak dok marah la, sebab exam je, TEROK!!!

Sampai darjah 3 aku macam tu jugak, sampai cikgu pernah ugut nak lucutkan jawatan aku sebagai pengawas sekolah [aku masa tu pengawas sekolah la... Dari Darjah 2]^-^
Tapi masok Darjah 4, aku kuat jugak lompat pagar, hehehe, best wooo....

Masa Darjah 4, exam aku dah masuk Top 10!!! He He He He.....

Masuk Darjah 5, exam aku dah Top 5.. Hebat tak??
Tapi aku cuma reti menulis Bahasa Melayu dengan betul cuma masa Darjah 5 [kemahiran berbahasa], tapi Bahasa Inggeris dengan Matematik aku sentiasa rendah... [paling terok dalam geng2 pandai la] aku pulon punya pulon...
Masa aku Darjah 6, aku dalam kedudukan Top 3, adik aku yang sebelum ni ayah aku dok angkat sangat sebab masa exam aku dok puji dia asyik skor je mulai merudum pencapaian dia....
UPSR pon tiba... Jeng jeng jeng.......!

Aku masa trial UPSR dapat 1A 4b je, tapi masa keputusan UPSR keluaq,aku dapat 4A 1B!!!!
Hahahahah, hebat tu, tambahan pulak, sekolah aku tak dak bebudak yang yang dapat 5A [masa tu ada sorang bapak kawan aku janji nak bagi RM1000 kat sesapa yang dapat 5A] jadi secara tak langsung aku dinobatkan sebagai salah seorang PELAJAR TERBAIK SEKOLAH!!!!!!
He he he he he he......

Aku berjaya buktikan pada bapak aku, kejayaan itu bukan diukur pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi usaha yang gigih untuk berjaya, sokongan padu ibu bapa dan keluarga, pemilihan kawan yang betul, kebebasan maksimum yang diawasi serta galakan terhadap minat pelajar itu.......... [Terharunya aku bila sebut benda nih]>>>>>


Tingkatan 1 [SMK Alor Pongsu]

Aku memulakan zaman persekolahan menengah aku kat SMK Alor Pongsu, tapi masa tu aku teringin sangat nak masok MRSM!!! Cuma ayah aku tak belikan borang untuk masuk MRSM kat aku... [masa tu kena beli, bayaq RM5 je 1 borang]....

Tak dapat masok MRSM, aku janji dengan diri aku, kalau lepas ni aku dapat masuk MRSM [masa Form 4 la], aku tak kan belajaq bebetoi dan aku cuma nak dapat A dalam keputusan exam SPM aku tu setengah je dari keseluruhan subjek yang aku ambik.. [betoi2 jadi apa aku janji]...

Dengan bangganya aku memulakan persekolahan di sekolah harian, yang buat aku terasa sampai sekarang adalah kata-kata Cikgu Manaf [Cikgu Geografi], "Kamu adalah seorang yang gagal kerana kamu gagal mendapat semua A dalam keputusan peperiksaan kamu...."
Daripada aku Form 1 sampai la aku Form 3, ranking aku dalam kelas dan tingkatan sentiasa Top 5... Pencapaian terbaik aku masa Form 3 sebab aku dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan.... [pertama dan terakhir] dengan mengatasi Asmilah Hani [bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri] yang pada waktu itu merupakan pencabar terdekat aku...

Masa aku Form 1 sampai la Form 3, aku begitu taksub dengan Pengakap!! Tapi aku selalu tuang latihan kawad dengan kawan sorang kawan aku pastu pi buat latihan ikatan sebab aku tak suka berkawad.. [tapi kalau kawad aku hebat je, keh3]...
Kawan-kawan aku punya la bengang, tapi untuk tutup mulut mereka semua, aku pon ajar la depa cara-cara membuat ikatan pengakap dengan cara yang mudah yang aku sendiri cipta....

Start dari Form 2, aku ada mengikuti 1 kem, Wilderness Adventure Camp bersama-sama Bachoi, Ain, sorang lagi aku tak ingat la... Best wooo kem ni, kat sini la aku berkenalan degan "awek" pertama aku, nama dia Siti Nornolia, tapi kami ni kejap je, lepas balik dari kem,,,, END STORY!
Masuk Form 3, aku di'targetkan'kan mendapat 5A 3B dalam peperiksaan PMR 2007...
aku pon ada 'study group' jugak, kami namakan dia geng JaRI [Jamaluddin+Rosli+Iqbal]...
Tapi study apa pon sekali, kami letak target kat diri kami nak dapatkan 8A, tapi hajat tak kesampaian bila aku dapat 7A 1B, Rosli 6A 2B, dan Iqbal 5A 3B.... Tapi azam kami kuat nak dapat yang terbaik untuk SPM pulak.....

Kalimah Seorang Pelajar.....
"Resepi kejayan adalah percaya pada diri sendiri dengan apa yang kita lakukan, namun kepercayaan ini mudah digugat oleh diri kita sendiri, sekali kita terlintas atau terfikir tentang apa sahaja yang telah kita lakukan, kepercayaan ini dengan sendirinya akan runtuh seperti runtuhnya istana pasir.
Kejayaan akan mudah diperolehi jika kita melakukan sesuatu dengan seikhlas hati, iaitu tindakan, fikiran dan percakapan kita tentang sesuatu perkara untuk dicapai objektifnya adalah ikhlas, yang lahir jauh dari lubuk hati kita sendiri.
Jika kita berjaya melakukannya, ucapan terima kasih juga harus diberikan dengan seikhlas hati dengan dimulakan kepada Maha Pencipta...."


Tingkatan 4 [MRSM PDRM Kulim]
Aku mula mendaftar sebagai pelajar MRSM pada tanggal 18 Februari 2008......
Aku masa tu dapat Homeroom Suliana..... Kelas 4 Kindi, asrama Blok 8, Wing A, Unit 13, Bilik no 3 katil no 1......
Lepas cuti semester 1, masuk semester 2, pilihanraya BWP [Badan Wakil Pelajar] dijalankan.... Lepas BWP telah dipilih, Exco Agama dan Dakwah telah melantik aku secara rasmi sebagai Ahli Naqib [Badan Agama dab Dakwah] Maktab dan secara tak rasmi mengetuai pertubuhan ni.... Apabila ketua blok asrama dilantikl sebagai ahli BWP dan ketua wing sebagai LDP [Lembaga Disiplin Pelajar], aku dilantik menggantikan ketua wing yang bersara wajib tu... Hehehehehe....
Aku juga dipertanggungjawabkan bersama seorang rakan aku yang juga ahli Naqib merangkap ahli LDP, [Muhammad Huzairie], kami diminta untuk menjaga batch Form 1 lelaki masa tu... Wah, banyak la rintangan dan masalah yang perlu aku selesaikan untuk batch tu... Fuhhh, penat.... Tapi tak pa, best tau.....
Namun, aku jenis suka merantau, so aku pon pindah..........>>>>>

Tingkatan 5 [MRSM Balik Pulau]...
{Chegita sambung nanti la, tak kan nak chegita abih kan...}
Aku baru terasa nak sambung balik cerita aku ni.....
[Aku baru nak sambung cerita aku lepas didesak oleh Naam, 'classmate'..]

Masa aku Form 5, aku berpindah ke MRSM Balik Pulau, sebab baru pindah, aku mendaftar pada 5 Januari 2009, pada pukul 9.30 pagi di pejabat MRSM tu. Masa tu yang sama-sama mendaftar bersama aku adalah Muhammad Jalalaluddin dari MRSM Muadzam Shah, Pahang, Muhammad Syazwan dari MRSM Kepala Batas. Minggu pertama persekolahan, maktabbuat 're-orientation' untuk para pelajar. Masa aku masuk situ, baru aku tau bacth tu dah goyah dengan macam-macam isu. Tapi, seperti motto hidup aku, 'Do not interfere someone's problem', so aku pun buat don't know je la.. hahahahahah,,,,,,

Aku ditempatkan di Kelas 5I, kelas kakak aku dulu masa dia balajar kat maktab yang sama, menumpang 'teduh' di Homeroom Zulkifli Abdul Rahim, join Pergerakan Pengakap No 12, MRSM Balik Pulau. [My last year being a member of Scout's Movement after spend about 8 years, with passion with Scout...]

Since aku kat MRSM BP, aku tak banyak kawan sebab aku jadi pendiam,,,[really]??
Pendiam maksud aku tak banyak la join aktiviti member2 yang lain. Tapi kawan yang paling baik dengan aku semesti 9 orang yang bersama-sama aku menjaga junior Form 4 masa tu {2009}, Pa'an, Zurai, Zikri, Anip, Adri, Na'im, Syaim, Shux, KB [Syazwan]. Pastu Amr, Muhsin [classmate 5I]..... Ramai gak la lagi.....

So aku nak cerita apa lagi ya?? Oh ya, aku kalau masuk 'lab' mesti ngantok. Kalau masok 'lab' cikgu Fatini la paling mendebarkan dulu, sebab for sure, aku akan kena marah sebab tak reti apa-apa pon tentang solution chemistry. Hahahahahahaha.... pastu 'lab' Biology lagi terok, sampai keluar pensil liquid buat maps kat meja makmal tu.. hahahahaha..

Aku masa trial failed add math, hampir2 tak graduate sebab tak cukup jam kredit, tapi luckily cikgu2 tolong, cukupkan jugak credit hour aku sehingga aku dapat jugak naik pentas untuk graduasi, tapi Kelas Kedua [Bawah]. (Graduasi 15 Oktober 2009),,,,,

Tak lama lepas bergraduasi, sebulan kemudian, SPM pun tiba, dengan berdebar-debar aku menjawab soalan 5 subjek pertama dengan senang hati sebab senang je...
Hehehehehe....
Masa aku jawab soalan Sejarah tu kan, aku keluar 30 minit awal untuk kedua-dua kertas tu..
hehehehe,,,,
Budak2 kelas aku tak puas ati la siap tanya aku lagi, confirm ke A+, tapi masa result keluaq, memang aku dapat A+ pun Sejarah..
hahaha, rahsia aku dapat A+, tak study Sejarah!

Pastu masa nak jawab Add Math, aku ada masalah hati, dengan Add Math aku memang terok, hehehe, jadi aku tak score sangat la add math..
hahaha, tapi aku pas jugak SPM, hahahahaha....

Subjek2 sains aku, suma moderate, except subjek Fizik yang aku memang target dapat A-, tiba2 dapat B. Hari aku amik result SPM, hari aku balik dari PLKN, so, dengan pakai baju PLKN, aku pi amik result tu,,, hahahaha.
Seminggu lepas tu, kakak angkat aku kat Pokok Sena, Kedah tu buat kenduri kahwin, pastu aku amik la peluang untuk rehat2 lepaskan depress aku tak dapat A fizik dengan melancong ke Kedah and Penang[Batu Feringhi].

hehehehe, cukup la ye, aku tak cerita banyak2 pasal hidop aku kat MRSM, it is such a nightmare for me to remember the past about MRSM.
But a lot of thanks to Hisham, Na'im, Syamier, Syazwan Akmal, Farah Izzati, Syazwani, Muhsin and all of my friends for became my friend and my precious memories about us will remain forever in my mind!!! I swear,,,,,,,