ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Tuesday, July 5, 2011

Semuanya kini banyak yang bahagia


Macam 1 keajaiban, alhamdulillah, permintaan aku termakbul! Terima kasih ya Allah!!

Engkau telah menyusun takdir aku dengan begitu kemas, sehingga aku merasakan kenangan silam cuma 1 lawak jenaka dalam hidup. Akuningat lagi, cikgu aku pernah mengugut aku untuk menukarkan aku ke kelas bawak jika prestasi aku semakin merosot, serta menarik balik jawatan pengawas yang pernah aku sandang dulu. Tapi aku hari ini sudah berbeza, aku menyusun minat, cita-cita, impian dan harapan keluarga menjadi 1. Aku terasa sangat sebak sangat aku menceritakan sendiri kepada ayah dan mak tentang tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM dalam bidang pengajian undang-undang, terukir 1 senyum di bibir ayah dan mak, betapa sebaknya aku saat tu, terasa penat lelah ayah dan mak membesarkan sangat berbaloi. Tapi mak dengan ayah tak tahu, berapa lama lagi aku mampu bertahan di dunia ni, terasa sangat-sangat sebak.

Setiap hari aku pasti mengenangkan apa masa depan aku? Masih beginikah atau aku bakal berubah? Aku rasakan, tawaran yang aku terima adalah racun dunia bagi aku. profil kerjayanya aku lihat akan membuatkan aku lupa diri, lupa asal usul aku. Aku mungkin akan menjadi bongkak, mungkin juga aku akan semakin memahami dunia ni dan permainannya serta kekal dengan sikap aku sedia ada. Tapi berjayakah aku? Bagi aku, undang-undang adalah untuk difahami, bukan untuk dikuti.

Tiada yang lebih bahagia buat aku, kerana pada bulan lepas, aku mendapat semua yang aku impikan, memiliki lesen kereta, mendapat keputusan muet dengan Band 4, memiliki kembali "si dia" dan kehidupan yang lebih stabil, tapi sampai bila? Sampai bila aku harus mengenang nasih\b baik yang lepas?