ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Itu Milik Kita...

"Saya percaya saya mampu cintai awak, sayangi awak sampai bila-bila"

Mampukah aku? Oh! Tidak.. semuanya seakan cepat berlaku. Aku kini diawangan.

Mak, ayah, nyong jaluk ngopuro, ceq dah tak boleh macam ni, tapi sampai bila nak pendam sendiri? Persetankan la perasaan tu. Perasaan sendiri pun tak terjaga lagi, inikan pulak nak jaga perasaan orang lain.

"Tapi kata hati dah sayang, tipulah awak ni, pandai je main dengan kata2 kan, memang semua lelaki pandai bermain dengan kata2..."

Sayang pun, tak kan hati sorang je yang perlu dijaga? Habis hati sendiri? Macam habuk je, tahu ada, tapi disapu-sapu, dah hilang tak nampak.

Haish! Bila nak berakhir cerita ni, nampak pendek, rupanya panjang lagi.

*Itu dulu...

#Sekarang...

Apapun yang terjadi, aku tak akan mengalah, sebab aku bukan yang jenis mudah mengalah. Sakit tu cuma seketika, kejap lagi sembuh la, tak kan luka kecik macam tu boleh buat aku berkudis, kejap lagi aku sapu minyak gamat elok la kan, kan, kan.. hahaha


terima kasih awak, kini saya dah belajar banyak perkara, seperti untuk apa hidup, untuk apa putus asa, untuk apa hati jadi keras, untuk apa jadi benci, untuk apa maksudnya MENYINTAI!


Thursday, November 10, 2011

Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar orang kampung disana? Bersesuaian dgn tajuk yg aku dah pon berikan, aku berterima kasih kepada Yang Maha Besar, kerana mengurniakan aku perasaan cinta. Alhamdulillah, aku kini sedang melaluinya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertambah-tambah. Ehem2, hehehe..


Kepada si dia, terima kasih kerana tetap tabah dan terus percayakan aku. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang sudah dicurahkan. Cinta anda begitu menyegarkan. Alhamdulillah.

Hari ni sudah 10 November 2011, bermakna juga sudah genap sebulan. Walaupun baru saja berputik sebulan, banyak rintangan, cabaran dan onak duri yang aku tempuhi sepanjang bersamanya mengajar aku banyak pengalaman berharga dalam hidup berdua.

Aku semakin matang dari hari ke hari bersamanya. Miss teddy bear, you're my everything <3

Thursday, September 22, 2011

Hari ini bukan untuk menjenguk hari SEMALAM

Huh! Lepas berhabuk blog aku ni sejak sekian lama aku tinggalkan, sekarang timbul pulak idea nak update blog lama ni.. huhuhu..


1st of all, aku sekarang secara rasmi dah bergelar mahasiswa UiTM.. hehehe..

1 langkah perjalanan untuk sejuta halangan dan cabaran yang bakal mendatang.

hari sabtu ni, 24th September ada la pulak Kemahiran Insaniah, boring haram nak pegi, apakan daya, dah compulsory pulak, terpaksa la aku melangkah nanti dengan berat kaki ke situ.

tapi yang bestnya, malam ni ada jamuan raya kat fakulti, wahahaha.. lupa pulak, fakulti aku dengan *gila babi* dengan kolej ni, memang terbaek la.. tak sangka aku masih dapat menjejakkan kaki ke shah alam..


2 hari lepas, kawan aku sorang datang, kononnya nak repeat exam asasi sebab dia ada subjek yang gagal dulu, tup3, dia datang bawak kereta, memang best la, tapi boring jugak, sebab tak dak duet nak dibelanja, bese la, orang muda, masa banyak lagi..

macam mana pon, merasa la jugak aku drive kereta Satria neo tu, fuhh!!! memang sedap la bawak keta tu, tak pa, nanti aku keja, cukup duet aku beli satria sebijik [aku dan mula suka keta 2 pintu] hehehe..

ok, dah tak dak idea nak update blog ni, nanti aku update lagi..

dan terima kasih kepada sayang-sayang-sayang yang berkenaan, sayang aku ni bukan la baek sangat.. hahahaha

Tuesday, July 5, 2011

Semuanya kini banyak yang bahagia


Macam 1 keajaiban, alhamdulillah, permintaan aku termakbul! Terima kasih ya Allah!!

Engkau telah menyusun takdir aku dengan begitu kemas, sehingga aku merasakan kenangan silam cuma 1 lawak jenaka dalam hidup. Akuningat lagi, cikgu aku pernah mengugut aku untuk menukarkan aku ke kelas bawak jika prestasi aku semakin merosot, serta menarik balik jawatan pengawas yang pernah aku sandang dulu. Tapi aku hari ini sudah berbeza, aku menyusun minat, cita-cita, impian dan harapan keluarga menjadi 1. Aku terasa sangat sebak sangat aku menceritakan sendiri kepada ayah dan mak tentang tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM dalam bidang pengajian undang-undang, terukir 1 senyum di bibir ayah dan mak, betapa sebaknya aku saat tu, terasa penat lelah ayah dan mak membesarkan sangat berbaloi. Tapi mak dengan ayah tak tahu, berapa lama lagi aku mampu bertahan di dunia ni, terasa sangat-sangat sebak.

Setiap hari aku pasti mengenangkan apa masa depan aku? Masih beginikah atau aku bakal berubah? Aku rasakan, tawaran yang aku terima adalah racun dunia bagi aku. profil kerjayanya aku lihat akan membuatkan aku lupa diri, lupa asal usul aku. Aku mungkin akan menjadi bongkak, mungkin juga aku akan semakin memahami dunia ni dan permainannya serta kekal dengan sikap aku sedia ada. Tapi berjayakah aku? Bagi aku, undang-undang adalah untuk difahami, bukan untuk dikuti.

Tiada yang lebih bahagia buat aku, kerana pada bulan lepas, aku mendapat semua yang aku impikan, memiliki lesen kereta, mendapat keputusan muet dengan Band 4, memiliki kembali "si dia" dan kehidupan yang lebih stabil, tapi sampai bila? Sampai bila aku harus mengenang nasih\b baik yang lepas?