ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, April 14, 2010

Kehidupan Menuju Kehancuran-Pembuangan Bayi (Part 1)

Zaman millenium ini, kita acap kali disajikan dengan pelbagai isu pembuangan bayi di kalangan masyarakat... Masalah ini seakan menjadi tabu dalam masyarakat kita. Pelbagai pihak disalahkan sebagai akibat daripada perbuatan tidak bermoral segelintir masyarakat kita. Pihak yang gemar sekali disalahkan tentunya ibu bapa dan juga kerajaan.
Ibu bapa merupakan pemimpin di peringkat keluarga gagal memainkan peranan yang berkesan untuk menangani masalah ini dengan efektif. Atas nama kebebsan sosial dan hak asasi manusia, kebebasan total diberikan ibu bapa kepada anak remaja masing-masing. Sikap ini berlanjutan jika ibu bapa tersebut mempunyai kerjaya ekoran cara hidup zaman sekarang yang menuntut peranan mencari rezeki dipikul oleh kedua-dua ibu bapa. Tidak semua ibu bapa bersikap lepas tangan walaupun mempunyai kerjaya yang menghimpit masa berkualiti mereka bersama keluarga, namun begitu, dek kerana kesibukan, berlaku sedikit pengabaian yang menjejaskan kualiti penjagaan anak-anak mereka.
Ibu bapa yang terlalu mengongkong anak-anak mereka juga terdedah kepada gejala yang dibincangkan ini berlaku. Mengambil contoh, anak-anak remaja yang pada zaman sekolahnya dikongkong pergaulan mereka, apabila mereka melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi ataupun menengah yang mempunyai asrama dan jauh dari keluarga, remaja ini megalami satu kejutan budaya yang drastik dan mereka merasakan kebebasan mereka telah berada di kemuncakya. Sebagai akibatnya, mereka ini akan terpengaruh dengan rakan sebaya ataupun suasana persekitaran yang mengamalkan hidup bebas. Remaja-remaja ini akan mengambil jalan mudah untuk menikmati keseronokan duniawi semata-mata mahu membalas dendam akibat dikongkong oleh ibu bapa sebelum ini.
Maka, berlakulah kes seperti yang dibincang......

No comments:

Post a Comment