Bahagian Ke 2....
Kerajaan sebagai penaung negara ini dilihat mengambil sikap melepaskan batuk di tangga dalam menangani isu pembuangan anak ini. Hal ini dapat dilihat dalam usaha kerajaan menangani masalah ini. Saban hari, akhbar-akhbar nasional negara memaparkan berita anak yang baru dilahirkan dibuang ke dalam longkang, tong sampah, tepi-tepi jalan bagaikan ibu yang mengandungkannya tidak mempunyai walau sekelumit perasaan perikemanusiaan.
Kerajaan wajar melihat isu ini sebagai isu nasional. Bank DNA nasional harus diwujudkan bagi menyimpan maklumat mengenai rakyat negara ini dan diletakkan di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu bagi mengelakkan sampel DNA yang disimpan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.
Apabila langkah ini dilakukan, para remaja atau ibu bapa anak luar nikah ini akan merasa gerun kerana rancangan dan tindakan mereka membuang bayi boleh dihidu oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga haruslah bertindak profesional dalam menyiasat kes yang berlaku dan meminimumkan tempoh penyiasatan mereka.
Kerajaan juga haruslah meminda undang-undang sedia ada bagi mengutkuasakan undang-undang lapuk ketinggalan zaman yang masih digunapakai dalam Perlembagaan negara. Tindakan tegas dalam menangani isu ini boleh diselesaikan jika penggunaan undang-undang Islam yang tegas ke atas pesalah beragama Islam dan undang-undang sivil yang tegas ke atas pesalah beragama selain Islam.
Tapi senario hari ini dilihat apabila kononnya hak asasi yang sering dilaung-laungkan pihak tidak berakhlak masyarakat Barat telah menekan kerajaan kita sehingga kita tiada langkah yang berkesan dalam menangani isu ini........
Hidup kita dibayangi kemungkaran....
ReplyDelete