ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Thursday, March 31, 2011

Atas nama prinsip, biar apa pun yang mendatang, jangan ditukar pegangan kita!!

Thomas Jefferson 3rd President of USA was said...

"In the matter with style, swim with the current, in the matter of principle, stand like a stone".

Mengambil kira kata-kata Presiden negara besar ini, anda tentu faham apa yang saya ingin perkatakan di sini.
Saya tetap dengan pendirian saya, politik pelbagai parti telah disalaherti dan digunakan sebagai medium pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri sehingga memecahbelahkan perpaduan kita sendiri, sesama bangsa dan agama.!

Ya, politik kita kini telah menghasilkan perpecahan daripada perpaduan. Memang diakui, parti yang memerintah telah berhasil untuk memajukan negara, membuka banyak peluang pekerjaan, tapi nilai-nilai ketimuran semakin terhakis!
Lantas kita menuding jari antara 1 sama lain. Pelbagai spekulasi timbul sehingga mendorong syak wasangka antara kita rakyat semenanjung Emas ini.

Aristotle was said,
"democracy is the worst form of government".

Jadi, di sini aku menyeru kalian semua, biarkan politik itu dengan caranya, jangan kita terlalu terpengaruh dan kita hidup dengan cara kta yang bersatu-padu.

Marilah bersama-sama aku, kita perjuangkan kesepaduan dalam 1 sistem yang mudah dan tidak memerlukan pembaziran tenaga untuk memulakannya.

"ANNUIT COEPTIS"
"semoga Tuhan memuliakan tindakan kita"

Tuesday, March 29, 2011

SAJAK TENTANG IBU

Hohoho, aku terbaca entri bab sejak tentang ibu..
Meh aku bagi sajak aku tentang ibu aku pulak, ni original, tak copy orang lain ok..


IBU,
BERALUN LEMBUT TUTUR KATAMU BERMAIN-MAIN DI TELINGAKU,
SEPERTI DESIR ANGIN YANG MENGHEMBUS-HEMBUS PADA TIANG BUMI,
LAFAZ YANG DI MADAH ITU UMPAMA LEMBUTNYA SUTERA CHINA.

IBU,
LAMBAIANMU KETIKA MENGHANTAR AKU MENUJU KE MENARA GADING,
MASIH TERBAYANG-BAYANG MENGEKORI AKU,
SEAKAN BAYANG-BAYANG YANG DICIPTA MATAHARI,

IBU,
KETIKA AKU MULA KELIRU,
KAU HADIR MEMELUK ERAT SEKUJUR TUBUH INI,
MENUNJUK JALAN ARAH KELUARNYA SEGALA MASALAH,
BIAR AKU TAK MAMPU, KAU PASAKKAN USAHAMU MENGUATKANKU,

IBU,
LANTARAN EGONYA DIRIKU,
AKU TERDAMPAR DI PERSISIRAN JALAN,
NAMUN ENGKAU LEKAS HADIR MENUNTUNKU KEMBALI BERDIRI,
ITU AKU LUPA PADA SAAT KINI,

IBU,
KEMBALI PADA ASALMU,
SALAM PADA SANG PENCIPTA AKU HULURKAN,
SEMOGA BERBAHAGIA ENGKAU,
IBU YANG AKU KASIHI,
LANTARAN KASIHMU JUA AKU KINI SEPERTI HARI INI,

TERIMA KASIH IBU PADA KASIHMU............. -Pena Istiqamah- 29 Mac 2011/2110 p.m.


Jangan pikir yg bukan2 ok, ni just sajak aku tentang ibu, aku buat on the spot...

HoHoHoHoHoHo.......... :DD


Saturday, March 19, 2011

Kenangan Itu Terlalu Pahit Dalam Keindahan

wah kawan2, apa khabar anda semua? walaupon baru sehari kita berpisah tp aku nk ckp, kenangan yg kita kongsikan bersama sgt2 la best dan terbaek la!! thumbs up for that memories...

sebenarnya, aku rindu nk blk ke kls, aku nk ulang balik asasi ni kalau boleh, SEBAB??!! ada byk sebab, aku nk study bebetol sem 1 dgn sem 2 untuk skor yg yg terbaek.. aku nk rasa blk jd budak asasi, sebab best sgt, keja x byk, x terbeban sgt dgn aktiviti utama universiti, pastu jadual x dak la padat sgt, senang, ada elaun, lecture byk tolong, roomate best2 belaka, time cuti pegi jln2...
wah, byk la kalau nk cerita, tp yg paling best adalah buat kerja sama2, mcm assignment contohnya... memang best saat2 tu.. hahahaha...

skrg asasi dah melabuhkan tirainya, kenangan tu terlalu pahit utk diingati sbb bg aku, aku sgt menghargai setiap pertemuan, dan kalau boleh, aku x nak ada pengakhiran.
tp Allah lg Maha Mengetahui, dia dh tentukan suma nya... namun dalam pahit kenangan ni utk diingati, tetap ada keindahan yg x mungkin dpt aku ungkapkan dgn kata2...

kredit utk kakak tersayang aku di Shah Alam, AZIMAH dan suaminya HARZIZI, krn mengambil berat pasal aku kat perantauan ni...

buat kwn2 sekelas, anda adalah classmates terbaik!! 2 thumbs up for you all.

nanti2, walaupon aku tahu aku x mampu nk kumpul suma kawan2 dalam satu2 masa, tp kalau ada yg nk cadang2 nk kumpul sama2, roger2 la aku, insya Allah, aku pon akan join skali.
buat kawan2 yg akan berpindah ke universiti lain iaitu kawan2 yg KPTM, anda terbaaekk la..
x ramai yg aku boleh jumpak blk...
mcm Zali mungkin la sbb 1 negeri pastu dia cuma dok Batu Gajah je, tp mcm Syuk yg dok kt S'wak, kalau ada kt area KL, contact je aku.. hahaha, Chelsea rock 'n' roll!!~~

Amir a.k.a Chii, anda rumate yg sgt best! hahhaa.. kau for sure akan pindah universiti kn.. by the way, ade mase dtg la UiTM Shah Alam ni... :DD

kawan2 jumpa anda bulan 9 nnt.. jgn ada yg gugur di tgh jalan menuntut ilmu...
kawan2 KPTM, jumpa anda semua bila2 saja anda free!~!

wah, aku emo la hari ni, ye la, aku agak terasa la, selalunya ada kawan2 blh melawak selalu, kluar g mkn2 sesama, lepak sesama, wat keja sesama.... nnt sampai rumah, ade mak, ayah dgn adik je [yg ni aku je la k, hahaha], memang la best blk umah, jumpak mak ayah, tp mesti nnt aku rindu nk belajar blk suma yg dh abes ni...

lagipon aku bkn mcm Reko, atau Bear, atau Epi yg ada keta sendiri dan blh travel jauh2...

kawan2, terima kasih krn pinjamkan masa kalian utk mengenali aku dan hidup bersama-sama sbg pelajar Asasi Undang2 UiTM Shah Alam dgn aku....
TERIMA KASIH KALIAN SEMUA!~!


Monday, March 14, 2011

Sudah itu suratannya..

Pagi ini, aku rasa bersemangat sekali ingin menyambung kembali pengajianku yang terhenti dek kerana penangan cuti semester yang memberi aku peluang beristirehat, merehatkan saraf-saraf otak aku yang telah lama bekerja semasa menghadapi peperiksaan akhir semester pertama dahulu. Alhamdulillah, pagi itu, 20 November 2010, kira-kira jam 9.00 pagi, kereta kakak kesayangan aku meluncur laju menghantar aku ke universiti menandakan semester kedua kini telah menjengah dengan perasaan yang bercampur baur, akan berjayakah aku pada semester kali ini, atau aku bakal tersungkur di lantai nafsu malas yang masih menyelubungi hidup aku sebagai seorang pelajar.

Ah!! Bentak aku di dalam hati sambil menarik beg aku yang berisi penuh dengan pakaian menuju ke meja pendaftaran kolej. Aku menganggap itu sebagai diri aku di masa depan, biar saja masa yang menentukan segalanya. Akhirnya, kekhilafan pertama aku hadir pada hari pertama aku di semester kedua ini. Aku dengan sengaja mencampakkan diri aku dalam lembah kebinasaan tatkala aku meremehkan hal yang penting yang bakal mengubah dan menentukan siapa aku di masa hadapan. Kelas pertama aku bermula pada hari Isnin 22 November 2010. Saat itu aku mengabaikan maha pentingnya persediaan menghadapi peperiksaan akhir semester seperti yang aku lakukan pada semester sebelum ini. Ternyata aku gagal mencorakkan jadual belajar aku dengan berkesan. Hari-hari aku menuju ke kelas penuh dengan perasaan ingin berbicara berkenaan lawak jenaka, peristiwa lalu yang langsung tidak mempunyai nilai produktiviti. Seperti kata Epi, salah seorang rakan sebilik aku, "Bersembang tentang masa lalu langsung tidak ada masa depan....".

Seminggu selepas aku mendaftar sebagai pelajar semester kedua, seperti yang dijanjikan oleh abang aku, dia kemudiannya menghantar motorsikal yang aku minta sejak semester lepas lagi. Saat itu betapa gembiranya hati aku kerana aku bebas bergerak ke mana sahaja dengan pantas dan semakin efisien. Namun aku alpa, kemudahan yang diberikan keluarga aku, jarang sekali aku menggunakannya pada jalan pelajaran seperti menuju ke perpustakaan seusai kelas rasmi habis di remang senja. Aku banyak menggunakan kenderaan aku, menuju ke kedai-kedai mamak, menonton perlawanan bola sepak Inggeris, sambil bersorak menyokong pasukan kegemaran aku Chelsea. Kalau tidak ke kedai mamak, aku ke Medan Niaga yang menyajikan makanan dan yang paling tidak pun aku menuju ke Dataran Cendikia membeli makanan. Hidup aku hanya berlegar dengan makanan dan kemalasan yang nyata. Kini aku mulai sedar, kemalasan telah membunuh semangat aku, makanan yang berlebih-lebihan itu telah memudaratkan keinginan aku untuk belajar.

Semakin hari aku semakin alpa. Gaming menjadi sebati dengan naluri aku sebagai pelajar. Aku sudah tidak kisah lagi untuk mengulangkaji pelajaran. Bagi aku, aku mudah faham dengan apa yang diterangkan oleh pensyarah ketika di dalam kelas dan itu sudah memadai untuk aku menggunakan ilmu yang aku perolehi dalam kelas dan kuliah membantu aku menjawab soalan-soalan peperiksaan yang maha susah. Namun aku lupa Allah Maha Mengetahui, bahawa aku sebenarnya tidak menumpukan perhatian langsung ketika di dalam kelas seperti yang aku lakukan pada semester lepas. Aku juga akui, aku semakin jauh dengan tikar sembahyang dan tuntutan agama itu aku gagal untuk disempurnakan. Hiburan media yang dijamu kepada aku semakin hari semakin menarik aku dari bebanan tanggungjawab sebagai seorang pelajar yang memegang amanah orang tua di kampung.

Sejak keputusan Malaysian University English Test diumumkan kira-kira tiga bulan yang lalu, dan aku dianugerahkan dengan Band 3. Ternyata keputusan itu menghampakan aku sedangkan aku mengharapkan keputusan yang lebih baik sekurang-kurangnya Band 4. Band 4 yang menjadi ukuran untuk aku melanjutkan pengajian dalam bidang undang-undang kini menjadi taruhan aku untuk meneruskan pengajian. Sementelahan pula, kerja kursus itu dan ini yang membantu aku memiliki markah yang tinggi juga semakin menghimpit aku. Pada sang ibu, aku titipkan bahawa aku ingin menyiapkan kerja kursus aku sebelum aku pulang ke rumah pada cuti pertengahan semester lalu. Namun aku tidak terdaya untuk menyiapkannya lantaran sifat malas yang aku warisi sejak zaman kecilku.

Bulan Februari mula menjengah. Memaksa aku mencelikkan mata di pagi hari adalah amat sukar untuk dilakukan pada hujung minggu. Empat minggu yang ada ini digunakan sepenuhnya untuk membuat persediaan Majlis Makan Malam Perdana program yang aku sertai ini. Soal pengangkutan, komunikasi dan lain-lain yang bersangkutan dengan logistik dan teknikal diserahkan pada komiti yang aku wakili. Saat-saat untuk tibanya hari akhir, semua pelajar yang dulu bersama-sama berkumpul di bangunan utama Kompleks Sukan, kini berkumpul semula buat terakhir kali. 25 Februari 2011, hari Jumaat yang mulia itu menjadi saksi anak-anak muda remaja mempamerkan fesyen terkini serta kenderaan anugerah ibu bapa masing-masing akibat limpahan rezeki yang melimpah ruah dalam keluarga mereka. Aku tetap masih di situ, dengan memegang kamera, aku mula menekan punat kamera tersebut, 'Click, click, click' bunya punat kamera itu ditekan. Dengan kemahiran yang minimum aku mengambil gambar. Sebagai kenangan buat aku yang entah mampu meneruskan pengajian aku dalam bidang undang-undang ataupun tidak. Kesempatan itu juga tidak aku lepaskan untuk bergambar dengan rakan-rakan aku sekalian, beserta gadis yang menjadi dambaan ramai lelaki, tetapi tidak termasuk aku. Dia terlalu indah untuk dimiliki. Terlalu mahal harga yang perlu aku bayar untuk memilikinya, jadi aku memutuskan untuk hanya menjadi sahabat kiranya aku tidak mampu untuk memiliki hatinya. Jika aku berkeras, maka prinsip hidup yang selama ini aku bina melalui pengalaman demi pengalaman aku sebagai anak rantau akan hancur begitu sahaja. Seperti kata-kata mutiara Thomas Jefferson "In matters of style, swim with the current, in matters of principle, stand like a rock". Pertama kali aku membaca entri berkenaan dengan kata-kata mutiara ini melalui salah satu blog yang aku ikuti perkembangannya.

Bulan Mac pon tiba. Aku mengambil peluang cuti di hujung minggu untuk pulang ke Perak. Setibanya aku dari kampung, aku mula merangka beberapa perancangan untuk mengulangkaji semasa study week. 10 Mac, peperiksaan telah bermula. Peperiksaan pada 18 Mac adalah hari terakhir peperiksaan Asasi Undang-Undang sesi 2010/2011 bermakna adalah hari terakhir kami semua bergelar pelajar Asasi. Ini juga bermakna kami bakal bergelar pelajar sarjana muda pada bulan September nanti. Semua ini kekal menjadi kenangan paling bermakna sepanjang hampir 1 tahun kami bersama. Seusai sahaja peperiksaan dan pelajar-pelajar menyerbu keluar dari dewan, terdengar pekikan "Yey! Exam dah habis, hoorayy". Begitu juga beberapa orang pelajar menitiskan air mata tatkala memikirkan saat-saat untuk berpisah dengan rakan-rakan Asasi Undang-Undang KPTM.

Ternyata, tidak sia-sia aku memilih untuk meneruskan pelajaran dalam program Asasi Undang-Undang UiTM ini berbanding ke Matrikulasi, INSTEP dan juga SPA kerana pengalaman ini terlalu bermakna dalam membentuk aku menjadi insan kamil yang berwawasan dan bercita-cita agung. Terima kasih kalian, buat ibu dan bapa aku, para pensyarah yang banyak memberi tunjuk ajar dan rakan-rakan yang tidak pernah lelah untuk melayan perangai aku yang kadang-kala amat "bermakna" untuk diterjemahkan dalam bentuk kata-kata.

Aku adalah aku, dan minat serta angan-angan adalah sebahagian daripada kehidupan aku. Terima kasih kerana sudi berkongsi masa kalian bersama aku menyusuri hari-hari sebagai pelajar Asasi Undang-Undang UiTM.

Sekian..........

Friday, March 11, 2011

It Just A Memory Lane

down into the stream, with such cold water, make me think twice......

how to make a life sustain with people surrounding us never leave...

and how to be a coward who afraid to time but not to his failure and death...

because time will judge how much we serve to this world..

and the time never wrong with its decision...

for the survival, I've never felt regret if i can change my whole properties just to earn 2 minutes of breath at the end of my life so i could yell all over the world do not miss me but learn to keep your life move on.

deal with our life was not easy as we could think and imagine.
u need someone who was a master cheater to make the situation seems awkward, then the norm has nothing except for those who are greedy.

then we lay down into memory lane. everything seems to be fine. with a fine day, we just cross our own action and caused harm to its circumstances. nevertheless we can't move to a better stage that we own now.

so, look back beyond the path we took, take it as a great lesson.
AND YOU'LL NEVER LOST AGAIN!


it was just a mind that set our soul imprison

Thursday, March 3, 2011

If the time could last.........

Till today, all LWP02G's members celebrated the final day of their asasian study..
But deep down inside my heart, i felt sad, because I can't meet them all in a time like now, the moments shall be mixed with the sweet, sour, bitter and natural..

Dura,
Tasha,
Aisyah (Ecah),
Me,
Naam,
Arif (Bear),
Syahir,
Affiq (Kaya a.k.a Mr. P),
Azizi (G-jan),
Umar,
Hassan,
Mujahid (Moja),
Hafizah (Pijah),
Najihah (Jiha),
Asilah,
Syu,
Hazira (Zira B),
Munirah,
Ika (Kak Ros),
Farihainie (Enot),
Khaleeda,
Nabilah,
Athirah,
Azyca,
Aza,
Afiqah,
Fitriah (Fit),
Dalila,
Aiman Hazimah (Aiman),
Ainna,
Aini,
Asmira.....

You guys just lend me such a great moment to be together in our Foundation of Law UiTM.
The moments, shall bear in my mind forever, as it taught me the value to be your 'class representative', being scolded by some lecturers....

A lot of thank to Aisyah (Ecah), whom being my assistant class rep, but the most responsible =)).. (class rep de facto for me) hehehe...
You're very though girl, and I hope it would last for you. Enjoy your life and don't let your bad mood make you down.

I'll always ask, when the time will stop running, and keep the day sustain in a fine day, when all of us entered the class for the first time, class BEL 260 conducted by Madam Fairoz, introduced ourselves, each of us except for Syahir.

Then, the history start to count by itself, and after 10 months be together, with pressure all over the angle of our life, now it meet its end.

To our lecturers,

1st semester,

Madam Fairoz,
Madam Bhajan,
Madam Nurulhuda,
Miss Amirah,
Mr Irmohizam (now entitled with Dato'),
Madam Fazlin,
Madam Amriah..

2nd semester,

Madam Norazlina,
Madam Nurulhuda,
Madam Bhajan,
Madam Ilyana,
Madam Shirin,
Mr Raj,
Madam Hasnah,
Madam Carol Ong,
Mr Izuan Izzaidi,
Madam Jane Ng..

All of you gave us a lot of knowledge that help us to reveal our potential, to show how special we will be, and build us a strong bond and tied our heart even though we faced a lot of obstacles.

Guys, thanks for the memories......
It develop my self esteem..
Too much to be tell here and the moments already beat up my feeling towards a value of friendships...

"Don't be an annoying person if you have no confident to make changes"

LWP01G & LWP02G shall bear in mind forever, am I right guys... gonna miss you all.. :((