ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Thursday, March 31, 2011

Atas nama prinsip, biar apa pun yang mendatang, jangan ditukar pegangan kita!!

Thomas Jefferson 3rd President of USA was said...

"In the matter with style, swim with the current, in the matter of principle, stand like a stone".

Mengambil kira kata-kata Presiden negara besar ini, anda tentu faham apa yang saya ingin perkatakan di sini.
Saya tetap dengan pendirian saya, politik pelbagai parti telah disalaherti dan digunakan sebagai medium pihak-pihak tertentu untuk kepentingan sendiri sehingga memecahbelahkan perpaduan kita sendiri, sesama bangsa dan agama.!

Ya, politik kita kini telah menghasilkan perpecahan daripada perpaduan. Memang diakui, parti yang memerintah telah berhasil untuk memajukan negara, membuka banyak peluang pekerjaan, tapi nilai-nilai ketimuran semakin terhakis!
Lantas kita menuding jari antara 1 sama lain. Pelbagai spekulasi timbul sehingga mendorong syak wasangka antara kita rakyat semenanjung Emas ini.

Aristotle was said,
"democracy is the worst form of government".

Jadi, di sini aku menyeru kalian semua, biarkan politik itu dengan caranya, jangan kita terlalu terpengaruh dan kita hidup dengan cara kta yang bersatu-padu.

Marilah bersama-sama aku, kita perjuangkan kesepaduan dalam 1 sistem yang mudah dan tidak memerlukan pembaziran tenaga untuk memulakannya.

"ANNUIT COEPTIS"
"semoga Tuhan memuliakan tindakan kita"

No comments:

Post a Comment