ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, November 23, 2011

Setia Itu Terlalu Manis


Sayang, awak apa khabar? Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memperbaiki diri, terima kasih juga kerana setia mengajar saya untuk memperbaiki keburukan diri saya. Untuk pertama kalinya, saya benar-benar manjadi seorang yang benar-benar setia. Hanya untuk awak, saya juga menjadi seorang yang semakin rajin, semakin tahu apa dan bagaimana tanggungjawab saya.

Terima kasih kerana menemani saya ketika saya belajar, ketika saya sedih, ketika saya gembira, ketika saya merajuk. Terima kasih kerana menemani hidup saya. Awak melengkapi hidup saya dengan begitu teliti. Tak dapat saya bayangkan tanpa awak lagi bersama mengatur hidup dan jadual harian saya. Awak marah saat saya malas, awak manja saat saya menjadi tegas, awak lembut saat saya berduka dan awak senyum saat mengubati saya yang terluka :)


Terima kasih sayang... Untuk semalam, hari ini dan selamanya...


"i love you more than words could tell"

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Itu Milik Kita...

"Saya percaya saya mampu cintai awak, sayangi awak sampai bila-bila"

Mampukah aku? Oh! Tidak.. semuanya seakan cepat berlaku. Aku kini diawangan.

Mak, ayah, nyong jaluk ngopuro, ceq dah tak boleh macam ni, tapi sampai bila nak pendam sendiri? Persetankan la perasaan tu. Perasaan sendiri pun tak terjaga lagi, inikan pulak nak jaga perasaan orang lain.

"Tapi kata hati dah sayang, tipulah awak ni, pandai je main dengan kata2 kan, memang semua lelaki pandai bermain dengan kata2..."

Sayang pun, tak kan hati sorang je yang perlu dijaga? Habis hati sendiri? Macam habuk je, tahu ada, tapi disapu-sapu, dah hilang tak nampak.

Haish! Bila nak berakhir cerita ni, nampak pendek, rupanya panjang lagi.

*Itu dulu...

#Sekarang...

Apapun yang terjadi, aku tak akan mengalah, sebab aku bukan yang jenis mudah mengalah. Sakit tu cuma seketika, kejap lagi sembuh la, tak kan luka kecik macam tu boleh buat aku berkudis, kejap lagi aku sapu minyak gamat elok la kan, kan, kan.. hahaha


terima kasih awak, kini saya dah belajar banyak perkara, seperti untuk apa hidup, untuk apa putus asa, untuk apa hati jadi keras, untuk apa jadi benci, untuk apa maksudnya MENYINTAI!


Thursday, November 10, 2011

Terima Kasih Cinta

Assalamualaikum w.b.t

Apa khabar orang kampung disana? Bersesuaian dgn tajuk yg aku dah pon berikan, aku berterima kasih kepada Yang Maha Besar, kerana mengurniakan aku perasaan cinta. Alhamdulillah, aku kini sedang melaluinya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertambah-tambah. Ehem2, hehehe..


Kepada si dia, terima kasih kerana tetap tabah dan terus percayakan aku. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang sudah dicurahkan. Cinta anda begitu menyegarkan. Alhamdulillah.

Hari ni sudah 10 November 2011, bermakna juga sudah genap sebulan. Walaupun baru saja berputik sebulan, banyak rintangan, cabaran dan onak duri yang aku tempuhi sepanjang bersamanya mengajar aku banyak pengalaman berharga dalam hidup berdua.

Aku semakin matang dari hari ke hari bersamanya. Miss teddy bear, you're my everything <3