Aku menemuinya pada petang hari itu, ketika sedang berjalan-jalan melihat disekitar pasar Ramadan tahun itu, di Shah Alam. Oh ya, namaku Azlan dan aku belajar di Universiti Teknologi MARA. Tahun itu sekitar penghujung bulan Ogos tahun 2010, semasa umat Islam sedang menyambut bulan mulia, bulan Ramadan. Ketika itu aku masih belajar dalam Asasi Undang-Undang UiTM. Dah lama sangat agaknya cerita ni?
Banyak sangat kenanganlah. Masa nak pegi kelas dulu, bukan main lagi, kalau boleh setiap hari aku nak ber-SMS- je koje aku. Aku tak suka sangat call dia. Sebab dah memang kebiasaan. Banyak texting je. Hohoho. Aku ingat lagi, dulu kalau boleh setiap minggu aku akan pergi jumpak dia. Dia dulu belajar kat UiTM Puncak Alam dalam jurusan Asasi Sains, sekarang dah sambung belajar kat UiTM Kuala Pilah, dalam jurusan Biologi.
Bila tiba sahaja hujung minggu, pasti sama ada dia atau pun
aku akan mengajak untuk keluar bersama, menghabiskan masa hujung minggu
bersama, merehatkan minda sambil bergelak ketawa bersama. Bukan selalu dapat
bertemu dengan dirinya. Julia yang aku kenali ketika aku menuntut di UiTM
sewaktu asasi dulu sangat berbeza sekarang. Masing-masing sibuk dengan komitmen
pelajaran menyebabkan aku hilang minat untuk keluar bersamanya lagi. Apakan
daya aku, pelajaran menjadi keutamaan aku daripada melayan rajuknya yang tak
aku ketahui bila akan bermula. Memasuki semester kedua program ijazah pertama
ni, aku semakin dan semakin sibuk dengan komitmen kerja kursus aku. Tambahan
pula aku terpaksa tinggal sebagai menyewa di luar sebagai Non-Resedent (NR)
banyak membataskan kewangan dan masa aku untuk meluangkan waktu bersama dengan
rakan-rakan serumah dan dirinya. Julia yang aku yakin merasakan aku mengabaikan
telah mula merajuk. Apakan daya aku sayang, aku punya masa depan yang harus ku
kejar. Kalau kau mampu mengikutiku, maka ikutlah. Kalau tidak, kita bawalah
haluan kita masing-masing. Pernah terdetik aku ingin menghantar pesanan ringkas
kepadamu yang berbunyi,
“Jangan biar rindu
keseorangan, nanti ia mati dek kesunyian,
Jangan biar cinta
berkeliaran, nanti tak terkejar mencari,
Jangan biar amarah
menguasai keadaan, kelak hilang rindu dan sayang disemai.”
Tapi itu dulu, ketika aku merasakan cinta dan sayang aku hanya
untukmu Julia. Namun kini rasa itu semua telah hilang. Hilang seperti di tiup
angin Timur. Semoga angin itu akan membawa pulang kasih sayang yang pernah aku
ada menuju ke Temerloh, tempat asalmu.
Aku sering bercerita mengenaimu Julia, kepada teman sebilik
aku di rumah sewaku, betapa aku terlalu mengharapkan waktu yang banyak untuk
aku fokus kepada segala ‘assignment’ yang perlu aku siapkan mengikut waktunya.
Wahai Julia, tahukah kau betapa aku memendam rasa bahawa
hakikatnya sayang ini telah mati kepadamu? Ijat teman sebilik aku kerap kali
mendengar aku bercerita, betapa aku tak nak lagi keluar berdua dengan kau.
Pernah Ijat menegur aku, mengapakah muka aku terpalit seribu kedutan, atas
ketidakselesaan ketika aku menyatakan ingin keluar bersamamu? Namun aku hanya
bisa tersenyum tatkala dilontarkan dengan pertanyaan sebegitu kerna aku tak
mampu memberi jawapan kukuh kepadanya. Mujur Ijat bukanlah jenis yang menyibuk
mengenai hal aku denganmu Julia, sekadar bertanya khabar aku dengan kau yang
menjadi lumrah orang seramahnya.
Julia, kau tahu, Ijat itu seorang yang selalu terluka dalam
percintaan. Seorang yang menuntut kasih sayang lahir dari insan bernama wanita
lain untuk hadir dalam hatinya. Namun sehingga kini, seperti yang dia ceritakan
kepada aku, dirinya sering dikhianati, bukan untuk mereka cerita. Aku kerap
kali ketawakan dia bila dia mengatakan, “Rindu itu telah terhenti Lan”. Apa
maksud disebalik kata-kata ni? Namun kini baru aku faham, maksudnya, cinta dan
kasih sayang untuk seorang wanita telah mati dihatinya. Saat aku mengalami
perkara yang sama, barulah aku faham kata-kata keramat ini. Sayang, adakah kau
juga memahami?
Dulu, aku sering menghantarkan kau ke stesen bas untuk pulang
ke Temerloh. Terminal Bas Bandar Tasik Selatan itu menjadi kenangan. Acap kali
aku menghantar kau ke situ, menunggu bas untuk pulang ke Temerloh. Antara waktu
menunggu untuk kau menaiki bas, pasti restoran makanan segera KFC menjadi
pilihan kita berdua berduaan bercerita kisah cinta kita semasa masing-masing
belajar ‘foundation’.
Sampai bila lagi aku harus memendam kematian cinta aku padamu?
Aku cuma kesiankan kau. Aku tak sampai hati nak berterus terang dengan kau
mengenai keadaan perhubungan kita ini. Fara, Aisyah, Asma, dan ramai lagi
perempuan yang aku keluar bersama sewaktu di Shah Alam, semata-mata untuk
menutup kenangan bersama denganmu Julia. Aku tak dapat nak menipu lagi. Aku
harus berterus terang dengan kau. Tapi aku takut air mata kau menitis. Air mata
tu mahal sangat buat wanita sepertimu sayang.
Ijat sering bertanya kepada aku, apakah masa depan bersama
denganmu, tentulah aku menjawab kau akan aku sunting menjadi isteri aku yang
halal. Namun begitu mudahkah perancangan ini akan terlaksana? Semuanya
terpulang kepada ketentuan jodoh Tuhan untuk mempertemukan kita. Aku harap kau
dapat menerimanya.
Suatu petang, ketika berbual-bual dengan Ijat dalam bilik,
tiba-tiba hal mengenai perhubungan kita menjadi buah perbualan. Aku pula seakan
terbawa-bawa, menceritakan keadaan hubungan kita yang retak menanti belah.
“Ijat, aku kesian kat Jue la, aku tak nak dia menangis. Tapi aku dah tak boleh
nak teruskan la hubungan ni. Aku nak jadi ‘single’ je kalau boleh. Aku tak nak
macam ni lagi. Terawang-awang. Aku kat sini dia kat sana. Jauh kot Jat.”
Perbualan aku tamat disitu kerana Ijat punyai hal yang mustahak.
Sebenarnya ‘caring’ yang kau tunjukkan kepada aku, mungkin
bagimu 1 kemestian, tapi bagi aku adalah 1 kongkongan. Apa yang selalu menjadi
kegemaran aku terhalang dek kerana cemburu dan rajukmu. Aku tertekan sayang.
Itu bukan sekadarnya sahaja. Cuma keluar ke sesuatu tempat tanpa memberitahumu.
Amarahmu menggila sepertinya aku curangi kamu. Terkesima aku saat kau marah tak
semena-mena. Seakan mencari salah aku. Kau marah kalau aku buat begitu, tapi
pernah kau bayangkan saat kau yang buat begitu? Adakah aku memarahimu?
Sebaliknya kau yang memarahi aku kononnya menghalang kehidupan kau. Apakah
semua ini?
Sebenarnya aku tak pernah gembira sejak 1 tahun yang
terakhir ini bersamamu sayang. Cukuplah sudah hati aku menderita. Hari aku
dipenuhi api kemarahanmu. Masa depan aku seakan kelam terbawa-bawa emosi
bergaduh denganmu. Pernah kau tanya keadaan hati aku? Emosi aku sewaktu aku
menempuhi peperiksaan akhir semester. Selama 2 tahun bersamamu mengajar aku
erti cinta dan putus asa, erti sayang dan curang, erti bersama dan berpisah.
Sudah cukup sudah hati aku melara mengikut rentak permainan cintamu. Mungkin
sehingga kini aku akan menyendiri, namun aku pinta kau jangan pernah menyesal
mengenali aku. Mungkin ada lelaki lain di luar sana, yang lebih baik untuk
dirimu. Mungkin juga kita ditakdirkan untuk bersahabat sahaja. Semuanya sudah
menjadi suratan kan.
Aku bukan membencimu, jauh sekali cuba membuang kau dari lubuk
hati aku. Tapi aku tak biasa dengan caramu melayan permainan hati dan cinta.
Bila saja rindu ini terhenti, terhenti jugalah cinta dan kasih sayang aku
kepadamu. Namun sayang sebagai seorang sahabat tak akan pernah pudar. Biarkan
kasih sayang sesama hamba Allah yang terus menyinar, mungkin kita akan lebih
baik begitu.
Sayang, aku doakan kau gembira selalu dan jangan pernah
berputus asa dalam hidupmu. Ijat pernah berpesan pada aku, “Lan, perempuan ini
memang ditakdirkan untuk lelaki, tapi lelaki mana itu yang kita tak tahu. Jodoh
ini rahsia Tuhan. Cubalah macam mana pun, kalau bukan jodoh kita, tak mungkin
akan bersama. Tapi kalau sudah jodoh, di hujung dunia kau menyorok pun pasti
akan menemuimu”.
Selama aku masih bisa bertahan, selama aku masih bisa
bernafas, semoga kau akan menjadi sahabat terbaik aku dunia dan akhirat ye.
Ukhuwah fillah yang kita jalani kini moga-moga mendapat berkah dan rahmat dari
Ilahi. Jangan pernah menangis ye menangisi perpisahan ini. Kan telah
diceritakan setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Semoga
hidupmu kembali ceria dengan rakan-rakan disekelilingmu dan aku juga begitu.
“Dalam setiap pertemuan,
kau akan temui suatu persimpangan yang menuju ke pengakhiran. Tuhan membiarkan
kita memilih jalan itu, dan pengakhiran itu ditentukan olehNya. Jangan pernah
menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Mungkin wujud kekhilafan antara kita
berdua semasa bertemu dan Tuhan betulkan kembali niat dan jalan kita dengan
memberikan pengakhiran ini”
-Pena
Istiqamah-
Julia, 2010 - 2012
No comments:
Post a Comment