ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Sunday, January 15, 2012

MUNGKINKAH ESOK?

Hari ini, seperti semalam.

Bagaikan rembulan pun kian kelam, menanti jawapan pada si dia yang tidak lagi sudi.

Hujan semalam, kini sudah berhenti.

Lantunan kasih dan rindu, pada gema benci dan kecewa.

Terdengar sayup-sayup esok tidak lagi menjelma.

Tiada lagi guruh di dada langit.

Tiada lagi airmata awan.

Semuanya damai, syahdu.

Mengalun perlahan bait-bait sajak kekecewaan.

Seperti ketandusan hari, mungkinkan bakal berlaku?

Yang kalut itu benci, yang serabut itu masa,

Yang kecewa itu lelaki, yang menciptakannya adalah tipu daya dunia.

Hari-hari kian berarak pergi.

Mentari pun memancar semula.

Di atas atap-atap cinta yang kian rapuh.

Tumbuhan semalu juga mengucupkan dedaunnya.

Menutup terus akan kecantikan seisi alam.

Pada angin yang bertiup dari selatan.

Terbangkan aku ke utara.

Mungkin disana kan ku temui kembali.

Apa yang aku terhilangkan kini.

Biar rahmat Tuhan mengiringi.

Dalam kebasahan perjalanan.

Semoga kau sedar, apa yang sudah berlaku.

Tidak boleh berpatah balik.

Kau adalah engkau.

Dan aku bukan diriku lagi.

Malam-malam sepi bakal bermula.

Bila langkah ini berakhir.

Terima Kasih Cinta dan Sayang....

Tiada apa lagi yang aku kesalkan.

Bila semua ini berakhir.

Langkah kaki aku juga berakhir.

Thursday, December 29, 2011

Sayang, dia memang begitu, tidak pernah berubah dan tetap dengan sikap sebegitu.
Maaflah, anda terlalu menyakiti hati saya.
Anda berubah emosi secara tiba-tiba tanpa saya mengetahuinya.
Anda tidak akan menemui saya lagi, dan jika boleh pun, hanya seketika dan cuma seketika.
Apa yang kau pinta itu yang aku tunaikan.
Jangan lagi kau cuba mengubah haluan ketetapan hati aku.
Kau yang pinta dan bukan aku.
Kau yang inginkannya dan kau yang memulakannya semula.
Maafkan aku kerana tidak mampu memahami dirimu lagi.
Cukuplah....

Wednesday, November 23, 2011

Setia Itu Terlalu Manis


Sayang, awak apa khabar? Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memperbaiki diri, terima kasih juga kerana setia mengajar saya untuk memperbaiki keburukan diri saya. Untuk pertama kalinya, saya benar-benar manjadi seorang yang benar-benar setia. Hanya untuk awak, saya juga menjadi seorang yang semakin rajin, semakin tahu apa dan bagaimana tanggungjawab saya.

Terima kasih kerana menemani saya ketika saya belajar, ketika saya sedih, ketika saya gembira, ketika saya merajuk. Terima kasih kerana menemani hidup saya. Awak melengkapi hidup saya dengan begitu teliti. Tak dapat saya bayangkan tanpa awak lagi bersama mengatur hidup dan jadual harian saya. Awak marah saat saya malas, awak manja saat saya menjadi tegas, awak lembut saat saya berduka dan awak senyum saat mengubati saya yang terluka :)


Terima kasih sayang... Untuk semalam, hari ini dan selamanya...


"i love you more than words could tell"

Wednesday, November 16, 2011

Cinta Itu Milik Kita...

"Saya percaya saya mampu cintai awak, sayangi awak sampai bila-bila"

Mampukah aku? Oh! Tidak.. semuanya seakan cepat berlaku. Aku kini diawangan.

Mak, ayah, nyong jaluk ngopuro, ceq dah tak boleh macam ni, tapi sampai bila nak pendam sendiri? Persetankan la perasaan tu. Perasaan sendiri pun tak terjaga lagi, inikan pulak nak jaga perasaan orang lain.

"Tapi kata hati dah sayang, tipulah awak ni, pandai je main dengan kata2 kan, memang semua lelaki pandai bermain dengan kata2..."

Sayang pun, tak kan hati sorang je yang perlu dijaga? Habis hati sendiri? Macam habuk je, tahu ada, tapi disapu-sapu, dah hilang tak nampak.

Haish! Bila nak berakhir cerita ni, nampak pendek, rupanya panjang lagi.

*Itu dulu...

#Sekarang...

Apapun yang terjadi, aku tak akan mengalah, sebab aku bukan yang jenis mudah mengalah. Sakit tu cuma seketika, kejap lagi sembuh la, tak kan luka kecik macam tu boleh buat aku berkudis, kejap lagi aku sapu minyak gamat elok la kan, kan, kan.. hahaha


terima kasih awak, kini saya dah belajar banyak perkara, seperti untuk apa hidup, untuk apa putus asa, untuk apa hati jadi keras, untuk apa jadi benci, untuk apa maksudnya MENYINTAI!