ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, October 31, 2012

Bila Saja Rindu Terhenti - Jamal Jobran



Aku menemuinya pada petang hari itu, ketika sedang berjalan-jalan melihat disekitar pasar Ramadan tahun itu, di Shah Alam. Oh ya, namaku Azlan dan aku belajar di Universiti Teknologi MARA. Tahun itu sekitar penghujung bulan Ogos tahun 2010, semasa umat Islam sedang menyambut bulan mulia, bulan Ramadan. Ketika itu aku masih belajar dalam Asasi Undang-Undang UiTM. Dah lama sangat agaknya cerita ni?


Banyak sangat kenanganlah. Masa nak pegi kelas dulu, bukan main lagi, kalau boleh setiap hari aku nak ber-SMS- je koje aku. Aku tak suka sangat call dia. Sebab dah memang kebiasaan. Banyak texting je. Hohoho. Aku ingat lagi, dulu kalau boleh setiap minggu aku akan pergi jumpak dia. Dia dulu belajar kat UiTM Puncak Alam dalam jurusan Asasi Sains, sekarang dah sambung belajar kat UiTM Kuala Pilah, dalam jurusan Biologi.



Bila tiba sahaja hujung minggu, pasti sama ada dia atau pun aku akan mengajak untuk keluar bersama, menghabiskan masa hujung minggu bersama, merehatkan minda sambil bergelak ketawa bersama. Bukan selalu dapat bertemu dengan dirinya. Julia yang aku kenali ketika aku menuntut di UiTM sewaktu asasi dulu sangat berbeza sekarang. Masing-masing sibuk dengan komitmen pelajaran menyebabkan aku hilang minat untuk keluar bersamanya lagi. Apakan daya aku, pelajaran menjadi keutamaan aku daripada melayan rajuknya yang tak aku ketahui bila akan bermula. Memasuki semester kedua program ijazah pertama ni, aku semakin dan semakin sibuk dengan komitmen kerja kursus aku. Tambahan pula aku terpaksa tinggal sebagai menyewa di luar sebagai Non-Resedent (NR) banyak membataskan kewangan dan masa aku untuk meluangkan waktu bersama dengan rakan-rakan serumah dan dirinya. Julia yang aku yakin merasakan aku mengabaikan telah mula merajuk. Apakan daya aku sayang, aku punya masa depan yang harus ku kejar. Kalau kau mampu mengikutiku, maka ikutlah. Kalau tidak, kita bawalah haluan kita masing-masing. Pernah terdetik aku ingin menghantar pesanan ringkas kepadamu yang berbunyi,

    “Jangan biar rindu keseorangan, nanti ia mati dek kesunyian,
    Jangan biar cinta berkeliaran, nanti tak terkejar mencari,
    Jangan biar amarah menguasai keadaan, kelak hilang rindu dan sayang disemai.”

Tapi itu dulu, ketika aku merasakan cinta dan sayang aku hanya untukmu Julia. Namun kini rasa itu semua telah hilang. Hilang seperti di tiup angin Timur. Semoga angin itu akan membawa pulang kasih sayang yang pernah aku ada menuju ke Temerloh, tempat asalmu.

Aku sering bercerita mengenaimu Julia, kepada teman sebilik aku di rumah sewaku, betapa aku terlalu mengharapkan waktu yang banyak untuk aku fokus kepada segala ‘assignment’ yang perlu aku siapkan mengikut waktunya.

Wahai Julia, tahukah kau betapa aku memendam rasa bahawa hakikatnya sayang ini telah mati kepadamu? Ijat teman sebilik aku kerap kali mendengar aku bercerita, betapa aku tak nak lagi keluar berdua dengan kau. Pernah Ijat menegur aku, mengapakah muka aku terpalit seribu kedutan, atas ketidakselesaan ketika aku menyatakan ingin keluar bersamamu? Namun aku hanya bisa tersenyum tatkala dilontarkan dengan pertanyaan sebegitu kerna aku tak mampu memberi jawapan kukuh kepadanya. Mujur Ijat bukanlah jenis yang menyibuk mengenai hal aku denganmu Julia, sekadar bertanya khabar aku dengan kau yang menjadi lumrah orang seramahnya.

Julia, kau tahu, Ijat itu seorang yang selalu terluka dalam percintaan. Seorang yang menuntut kasih sayang lahir dari insan bernama wanita lain untuk hadir dalam hatinya. Namun sehingga kini, seperti yang dia ceritakan kepada aku, dirinya sering dikhianati, bukan untuk mereka cerita. Aku kerap kali ketawakan dia bila dia mengatakan, “Rindu itu telah terhenti Lan”. Apa maksud disebalik kata-kata ni? Namun kini baru aku faham, maksudnya, cinta dan kasih sayang untuk seorang wanita telah mati dihatinya. Saat aku mengalami perkara yang sama, barulah aku faham kata-kata keramat ini. Sayang, adakah kau juga memahami?

Dulu, aku sering menghantarkan kau ke stesen bas untuk pulang ke Temerloh. Terminal Bas Bandar Tasik Selatan itu menjadi kenangan. Acap kali aku menghantar kau ke situ, menunggu bas untuk pulang ke Temerloh. Antara waktu menunggu untuk kau menaiki bas, pasti restoran makanan segera KFC menjadi pilihan kita berdua berduaan bercerita kisah cinta kita semasa masing-masing belajar ‘foundation’.

Sampai bila lagi aku harus memendam kematian cinta aku padamu? Aku cuma kesiankan kau. Aku tak sampai hati nak berterus terang dengan kau mengenai keadaan perhubungan kita ini. Fara, Aisyah, Asma, dan ramai lagi perempuan yang aku keluar bersama sewaktu di Shah Alam, semata-mata untuk menutup kenangan bersama denganmu Julia. Aku tak dapat nak menipu lagi. Aku harus berterus terang dengan kau. Tapi aku takut air mata kau menitis. Air mata tu mahal sangat buat wanita sepertimu sayang.

Ijat sering bertanya kepada aku, apakah masa depan bersama denganmu, tentulah aku menjawab kau akan aku sunting menjadi isteri aku yang halal. Namun begitu mudahkah perancangan ini akan terlaksana? Semuanya terpulang kepada ketentuan jodoh Tuhan untuk mempertemukan kita. Aku harap kau dapat menerimanya.

Suatu petang, ketika berbual-bual dengan Ijat dalam bilik, tiba-tiba hal mengenai perhubungan kita menjadi buah perbualan. Aku pula seakan terbawa-bawa, menceritakan keadaan hubungan kita yang retak menanti belah. “Ijat, aku kesian kat Jue la, aku tak nak dia menangis. Tapi aku dah tak boleh nak teruskan la hubungan ni. Aku nak jadi ‘single’ je kalau boleh. Aku tak nak macam ni lagi. Terawang-awang. Aku kat sini dia kat sana. Jauh kot Jat.” Perbualan aku tamat disitu kerana Ijat punyai hal yang mustahak.

Sebenarnya ‘caring’ yang kau tunjukkan kepada aku, mungkin bagimu 1 kemestian, tapi bagi aku adalah 1 kongkongan. Apa yang selalu menjadi kegemaran aku terhalang dek kerana cemburu dan rajukmu. Aku tertekan sayang. Itu bukan sekadarnya sahaja. Cuma keluar ke sesuatu tempat tanpa memberitahumu. Amarahmu menggila sepertinya aku curangi kamu. Terkesima aku saat kau marah tak semena-mena. Seakan mencari salah aku. Kau marah kalau aku buat begitu, tapi pernah kau bayangkan saat kau yang buat begitu? Adakah aku memarahimu? Sebaliknya kau yang memarahi aku kononnya menghalang kehidupan kau. Apakah semua ini?

Sebenarnya aku tak pernah gembira sejak 1 tahun yang terakhir ini bersamamu sayang. Cukuplah sudah hati aku menderita. Hari aku dipenuhi api kemarahanmu. Masa depan aku seakan kelam terbawa-bawa emosi bergaduh denganmu. Pernah kau tanya keadaan hati aku? Emosi aku sewaktu aku menempuhi peperiksaan akhir semester. Selama 2 tahun bersamamu mengajar aku erti cinta dan putus asa, erti sayang dan curang, erti bersama dan berpisah. Sudah cukup sudah hati aku melara mengikut rentak permainan cintamu. Mungkin sehingga kini aku akan menyendiri, namun aku pinta kau jangan pernah menyesal mengenali aku. Mungkin ada lelaki lain di luar sana, yang lebih baik untuk dirimu. Mungkin juga kita ditakdirkan untuk bersahabat sahaja. Semuanya sudah menjadi suratan kan.

Aku bukan membencimu, jauh sekali cuba membuang kau dari lubuk hati aku. Tapi aku tak biasa dengan caramu melayan permainan hati dan cinta. Bila saja rindu ini terhenti, terhenti jugalah cinta dan kasih sayang aku kepadamu. Namun sayang sebagai seorang sahabat tak akan pernah pudar. Biarkan kasih sayang sesama hamba Allah yang terus menyinar, mungkin kita akan lebih baik begitu.

Sayang, aku doakan kau gembira selalu dan jangan pernah berputus asa dalam hidupmu. Ijat pernah berpesan pada aku, “Lan, perempuan ini memang ditakdirkan untuk lelaki, tapi lelaki mana itu yang kita tak tahu. Jodoh ini rahsia Tuhan. Cubalah macam mana pun, kalau bukan jodoh kita, tak mungkin akan bersama. Tapi kalau sudah jodoh, di hujung dunia kau menyorok pun pasti akan menemuimu”.

Selama aku masih bisa bertahan, selama aku masih bisa bernafas, semoga kau akan menjadi sahabat terbaik aku dunia dan akhirat ye. Ukhuwah fillah yang kita jalani kini moga-moga mendapat berkah dan rahmat dari Ilahi. Jangan pernah menangis ye menangisi perpisahan ini. Kan telah diceritakan setiap pertemuan pasti akan berakhir dengan perpisahan. Semoga hidupmu kembali ceria dengan rakan-rakan disekelilingmu dan aku juga begitu.


Dalam setiap pertemuan, kau akan temui suatu persimpangan yang menuju ke pengakhiran. Tuhan membiarkan kita memilih jalan itu, dan pengakhiran itu ditentukan olehNya. Jangan pernah menyalahkan takdir atas apa yang berlaku. Mungkin wujud kekhilafan antara kita berdua semasa bertemu dan Tuhan betulkan kembali niat dan jalan kita dengan memberikan pengakhiran ini” 
         
                                                -Pena Istiqamah-

      
   Julia, 2010 - 2012




Ke Hadapan Blog-walker Semua


Okey, mula-mula aku nak mengucapkan selamat datang kembali kat diri sendiri ke dunia blog after several months became a passive blogger. Sebelum-sebelum ni banyak entri aku yang tak TERsempatkan untuk disiapkan, sebab cerita-cerita dalam entri aku tu semuanya benar-benar belaka, cuma aku olah dan aku tukar latar tempat, latar masa, latar cerita itu sendiri supaya kena dengan jiwa aku. -Ehhh! Aku punya blog suketi aku la kannnn- 

Jadi, kat sini, lepas aku promote blog aku kat beberapa rakan perempuan [NAMPAK JELAS DI SITU -rakan-] , boleh pulak dorang tak menangis. Ini yang membuatkan aku rasa tercabar, dah memang niat aku tukar format blog ni dari awal-awal aku buat dulu, daripada informative blog kepada feel & crying blog.

Jadi, entri kali ni, special aku taip, aku tulis, aku olah, aku edit, aku ceritakan kembali untuk kawan-kawan yang tak menangis dan kata , "Jalan cerita macam ni dah terlalu common, memang sedih, tapi dah biasa jadi tak menangis dah..." . So, tunggu je la aku buat cerita pasal kisah lampau ye.

Aku namakan entri kali ni, "Rindu Itu Sudah Terhenti - Jamal Jobran"


"If love was a fake, why should it came to me,
If love is true, why must its getting away from me,
If love never come to me, why people always wondering of losing it,
And if love is just temporary, I said that love just a dream."                           Pena Istiqamah - 31 Oktober 2012

Thursday, April 5, 2012

Kau Yang Melukakan

Irfan memandang sayu jalan raya itu. Terasa bahang panas membasahi pipinya dek lantaran empangan matanya pecah menahan manik-manik kaca daripada jatuh berderai.

Sunday, January 15, 2012

MUNGKINKAH ESOK?

Hari ini, seperti semalam.

Bagaikan rembulan pun kian kelam, menanti jawapan pada si dia yang tidak lagi sudi.

Hujan semalam, kini sudah berhenti.

Lantunan kasih dan rindu, pada gema benci dan kecewa.

Terdengar sayup-sayup esok tidak lagi menjelma.

Tiada lagi guruh di dada langit.

Tiada lagi airmata awan.

Semuanya damai, syahdu.

Mengalun perlahan bait-bait sajak kekecewaan.

Seperti ketandusan hari, mungkinkan bakal berlaku?

Yang kalut itu benci, yang serabut itu masa,

Yang kecewa itu lelaki, yang menciptakannya adalah tipu daya dunia.

Hari-hari kian berarak pergi.

Mentari pun memancar semula.

Di atas atap-atap cinta yang kian rapuh.

Tumbuhan semalu juga mengucupkan dedaunnya.

Menutup terus akan kecantikan seisi alam.

Pada angin yang bertiup dari selatan.

Terbangkan aku ke utara.

Mungkin disana kan ku temui kembali.

Apa yang aku terhilangkan kini.

Biar rahmat Tuhan mengiringi.

Dalam kebasahan perjalanan.

Semoga kau sedar, apa yang sudah berlaku.

Tidak boleh berpatah balik.

Kau adalah engkau.

Dan aku bukan diriku lagi.

Malam-malam sepi bakal bermula.

Bila langkah ini berakhir.

Terima Kasih Cinta dan Sayang....

Tiada apa lagi yang aku kesalkan.

Bila semua ini berakhir.

Langkah kaki aku juga berakhir.