ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Wednesday, November 10, 2010

Tazkirah dan Nasihat...

Menyendiri lagi,
Menyendiri lagi...

Sampai bila nak menyendiri lagi? Hidup ni tak berteman ke? Tak cukup ke dengan teman-teman yang ade utk menghiburkan hati kita bersama-sama sehingga kita sanggup membelakangkan tegahan agama semata-mata kononnya kerana cinta kepada manusia....

Alasan yang sering kedengaran, "Menyendiri lagi, menyendiri lagi", tak abes2 dgn alasan tu. Remaja kini alpa dengan kebebasan perhubungan di Barat. Dorang melihat sikap remaja Barat yang sering berpasang-pasangan. Dalam Islam, Allah berfirman, "...dan janganlah kamu menghampiri zina...", Allah s.wt. awal2 lagi dah menegah kita menghampiri zina, dan kalau berbuat zina, mesti la dah jatuh berdosa besar kan. Tapi jawapan remaja sekarang bila di ingatkan dgn tegahan Tuhan cam ni, "Ala, kami bukan buat zina pon, lek looo..."

Ok, abaikan yang berpasangan tadi sekejap, sekarang kita lihat semula, yang berpasangan tapi ada masalah...
Masalahnya, nak merasa tapi duit tak ade, pastu mencuri la... Maksud aku di sini, seorang lelaki dan pasangannya seorang perempuan ingin merasai pengalaman orang yang berkahwin, tapi tidak mempunyai duit, lalu si lelaki terpaksa "mencuri" drpd si gadis untuk merasainya [ala, kadang2 pompuan tu senirik bodoh!, bg free]..

Tak ingat antara firman Allah atau hadis Nabi, tp ada mengatakan, "... jika kamu tidak mampu menahan nafsu kamu dan kamu berkemampuan dari segi harta, maka berkahwinlah, sesungguhnya itu adalah lebih baik, dan jika kamu tidak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah kerana puasa itu menahan orang2 mukmin drpd melakukan dosa..."

Ha, tak puas ati lagi?? Islam dh bg cadangan yg bernas, pastu bagus pulak untuk menjaga keutuhan umat Islam, tp, orang Islam tu senirik yang mencemarkan institusi kekeluargaan dgn melakukan zina.

Tahukan, ada beberapa hukuman seperti yg diceritakan oleh Nabi s.a.w ketika peristiwa israk mikraj di mana Rasulullah dibawa ke neraka, utk melihat seksaan orang2 yang berdosa, selepas pulang, Rasulullah menceritakannya semula, [maaf, pembacaan semula diperlukan kerana saya tidak pasti dgn hukuman bg si pelaku zina].

Jadi, di sini, aku menyeru wahai rakan, ingatlah, zina itu adalah senjata Yahudi dan Nasrani untuk menjatuhkan umat Islam kerana dendam mereka kpd Islam yg begitu mendalam, Allah berfirman, "... mereka itu [Yahudi dan Nasrani], tidak akan berpuas hati selagi kamu tidak mengikuti mereka (wahai Muhammad)...."

Sudah2 la tu melakukan zina, selagi pintu taubat ini masih terbuka, dunia masih belum berakhir, ayuh, mohonlah pengampunan darinya, abaikan nafsu yang bergelora itu dan binalah nafsu yg sgt merindukan syahid, nafsu ingin mengejar keredaan Allah s.w.t, nafsu ingin membantu sesama umat agar kita sama2 merasai nikmatnya iman...

Kepada yg pernah terlanjur melakukannya, ketahuilah, pintu taubat masih terbuka buat kalian, dan ingatlah, 1 dosa yang dilakukan, Allah akan menimbulkan 1 titik hitam di dlm hati kalian, dan apabila titik hitam ini memenuhi hati kalian, seruan Allah amat susah untuk sampai ke hati anda lagi, tetapi bila anda melakukan taubat nasuha, insya Allah, titik2 hitam yg memenuhi hati anda akan hilang sekelip mata.... Insya Allah......

(aku melakukan ini semua kerana wasiat Rasulullah yg berpesan, "..dan hendaklah kamu menyampaikan pesananku walaupun 1 ayat...")


No comments:

Post a Comment