ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Saturday, May 28, 2011

Kisah Seorang Ammar

Kisahnya bermula kira-kira 4 tahun yang lalu, ketika itu aku bersamanya sama-sama bekerja di bawah 1 bumbung, sementara menantikan keputusan melanjutkan pelajaran ke menara gading. Kami bekerja di Dewan Makan Asrama Sekolah Menengah Panglima Bukit Gantang. Kisahnya bermula apabila Ammaar mengenali seorang pelajar di situ, seorang gadis yang bernama Siti Aisyah. Si gadis yang bernama Siti Aisyah Bahrin itu seorang yang aku lihat pendiam orangnya. Selalunya ketika mengambil makanan di kaunter, dia pasti tertunduk malu, menahan kemerahan pipinya tatkala si Ammar ni yang menjaga kaunter.

Perhubungan mereka semakin hari semakin akrab. Si Ammar acap kali berbalas-balas surat, "Dari kekanda kepada adinda", manakala dari Aisyah pula, "Dari gadis pingitan kepada jejaka idaman". Begitu mesra surat itu ditulis dengan pena biru, diselang-selikan dengan lakaran senyum masing-masing. Mereka berdua tenggelam dalam dunia keasyikan percintaan mereka sendiri. Langkah pertama yang Ammar ambil untul mengenali namanya adalah menggunakan aku untuk bertanyakan kepada si empunya diri akan namanya. Saat Ammar mengetahui akan nama gadis itu, betapa aku lihat gembiranya bukan kepalang. Persoalan demi persoalan timbul, sejauh manakah perhubungan mereka?

Hari demi hari berlalu, Ammar pula sudah menjaga penghantar barang-barang keperluan dewan makan asrama di bawah kendalian syarikat. Masa yang semakin sempit memaksa Ammar untuk menggunakan orang tengah bagi mengutuskan suratnya. Cemburu pula aku melihat kemesraan mereka berdua. Tapi apakan daya, aku bukanlah seperti Ammar sahabatku, yang mudah benar menarik perhatian si gadis. Aisya,

No comments:

Post a Comment