ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Saturday, May 28, 2011

PULANGKAN KERETA AKU!!!

Ayah kembali memekik seperti halilintar, walaupun sudah acap kali abang menerangkan keadaan keretanya yang sedang diperbaiki oleh mekanik. Saat keberangkatan abang ke perbatasan negara, ayah masih memuncungkan mulutnya. Kata-katanya yang terakhir adalah, "Aku nak kereta aku kembali kat rumah ni macam mana kau bawak dia keluar dulu, kalau kau tak balik pun tak apa, janji kereta aku balik!!". Kata-kata ayah amat mengejutkan aku, kerana walaupun ayah seorang yang panas baran tambahan pula dia merupakan seorang pesara tentera, tapi ayah sangat jarang meninggikan suara kerana hal yang remeh temeh, tetapi kali ini, ayah kelihatan amat marah benar dengan abang, seperti abang menconteng arang ke muka keluarga kami.......................................

No comments:

Post a Comment