ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Saturday, August 28, 2010

Kisah Yang Ku Kenangi.....



Selepas aku membaca kisah Siti Norbahiyah sejak semalam lagi, aku temui sepasang sahabat yang sejati, yang saling sayang-menyayangi antara saru sama lain. Sangat sedih kisah tu, sampai buat aku berfikir sejenak, "kuat jugak minah ni tahan erk, kawan dia da la meninggal, pastu dia rasa bersalah pulak. Hurm, kalau aku tak tau la macam mana pulak...".

Tapi aku rasa bertuah jugak sebab aku dah berusaha untuk yang terbaik demi keluarga aku, rakan-rakan aku dan diri aku sendiri dan kalau apa-apa jadi pun lepas ni kat aku, cuma satu je yang akan aku kesalkan di dunia ni, kerana aku terlalu cepat jatuh hati pada seseorang sehingga aku menutup pintu hati ni untuk cuba menyayangi insan yang lain. Untuk perkara yang lain, insya Allah, aku cuma belum bersedia dari amal aku je untuk aku bawa ke sana. Aku belum berkahwin, so for sure aku belum mempunyai anak, jadi mana aku nak dapat anak soleh yang akan mendoakan aku nanti kan. Pastu aku jugak seorang pelajar, sudah tentu aku mempunyai kewangan yang terhad, dan sudah pastinya aku tak mampu untuk bersedekah dan beramal jariah, cuma senyuman yang mampu aku lemparkan sebagai sedekah jariah aku. Aku cuma mempunyai amal ibadat aku je yang menyokong aku menuju ke sana, entah kan cukup, entah kan tidak, siapa yang tahu kan.

Aku ada terlalu banyak perkara yang perlu aku bicarakan dalam hidup ini. Aku juga cuba untuk mencari jawapan kepada persoalan hidup ini. Aku merantau dari satu destinasi ke satu destinasi dalam hidup aku ini semata-mata mencari jawapan kepada persoalan, "Mengapa dalam hidup aku perlu ada duka dan gembira, pertemuan dan perpisahan, permulaan dan perhentian, kekuatan dan kelemahan, suka dan dengki, bahagia dan derita, rahmat dan bencana.....?"

"Sajak dari Muhammad Affiq bin Parthi a.k.a Affiq KaYa"

An egg, cracked at the top,
there it is, a lovely and tiny, helpless bird!
It's mother chirping merrily to the merge of her heir...
Everyday she fed him, till the day he learnt to fly...
Expanding his wings,
embarking on a journey,
to ensure the liveliness,
the survival,
and topmost of all,
the prosperity, prosperousness of his own...
Fly then!

Buat dirimu yang berada jauh di selatan tanah air, maaf untuk mengakui, tetapi aku mula merinduimu selepas sekian lama tidak berjumpa. Semoga kau baik-baik sahaja di sana dan aku mengharapkan kau akan berjaya menggengam segulung ijazah seperti yang kau janjikan dahulu. Semoga pengajian Sarjana Muda yang sedang kau lalui kini tidak terganggu dengan kehadiran aku sebagai sahabatmu.

Buat emak yang berada di kampung, maafkanlah anakmu ini kerana melanggar janji yang aku buat ketika aku terlantar di katil hospital dahulu. Aku cuba memenuhi janjiku padamu ibu, namun aku gagal melawan godaan kemajuan yang sentiasa menarik aku tersasar dari landasan yang kau pinta, namun percayalah, kini aku kembali pada jalan yang kau tunjukkan pada aku dan aku akan terus mengikutinya. Ibuku, tahukah kau betapa aku amat menyayangimu dan aku sangat sekali tidak sanggup meninggalkanmu sendirian di dunia ini. Namun aku terpaksa mengikuti takdirku yang telah kau redhai. Wahai ibuku, sehingga saat aku menulis artikel ni, ketahuilah aku teramat merinduimu... Semoga kau sihat dan sentiasa dalam rahmat dari Yang Maha Esa.

Hidup aku ini umpama layang-layang yang terputus talinya. Terbang bebas tanpa arahan sesiapa kecuali mengharapkan angin Ilahi yang menolakku terbang ke mana sahaja mengikuti arahnya. Buat rakan-rakan aku yang pernah bersama-sama aku berjuang di medan ilmu selama ini, maafkan aku kerana terlalu sukar untuk melupakan apa yang kalian lakukan pada aku, atas layanan dan juga kata-kata kalian. Buat yang menjadi penghibur aku dikala berduka, terima kasih sahabatku, kalian teramat bererti dalam hidup aku.

Friday, August 27, 2010

Syahdu Pagi Di Aidilfitri

Perlukah lagi aku kekal dalam menghadapi hidup ni selepas apa yang aku lalui selama ini.
semalam, aku pegi beli tiket bas, aku rasa syahdu sangat nak balik kali ni, tak tau la sebab apa aku jadi macam ni, mungkin ni first time aku balik raya jauh2 kot, sebab sebelom ni aku tak penah balik raya sejauh ni walau pon sebelom ni aku balik untuk raya, penang ke perak agak 3 jam jugak perjalanan menaiki bas dan juga feri, namun kali ni aku akan menempuh perjalanan selama 5 jam untuk pulang ke kampung.

tapi berjayakah aku nanti pulang ke kampung???
sampai ke rumah dan meneruskan kerja menaip aku dalam blog ni...
harap-harap begitulah...........

tapi kalau aku gagal untuk meneruskan kerja-kerja untuk menaip di blog ni lagi untuk selama-lamanya, aku nak minta maaf kepada semua sebab tak mampu lagi nak berkongsi apa yabg aku rasa, lihat, dan cuba dalam hidup ni....
aku terlalu mencintai masa silam aku yang penuh dengan keceriaan.

aku juga rindukan detik-detik aku mencapai kegembiraan...
namun aku dah tak kisah lagi untuk semua tu, yang aku kisah andai benar-benar terjadi kali ini, mampukah aku melihat begitu banyak air mata....
cukup sekali tahun lepas, biar tahun ni aku tak nampak lagi air mata tu jatuh untuk aku.......
aku nak tidur selamanya kali ni..............

Friday, August 20, 2010

Hari Gila-Gila Buat Aku....

Hari ni aku terpaksa batalkan perjalanan pulang ke kampung disebabkan esok ada TEST!!!! Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa la lecturer tu tak cakap awal-awal, senang la aku nak prepare balik minggu depan ke, ni idak, aku dah beli tiket baru Miss tu bagitau ada test komputer hari Sabtu ni.. So, nak tak nak aku pon stay je la hujung minggu ni kat Kolej Kenanga 5 nih.... [pssst:naseb baek la lecturer komputer tu comei and baek ati.. hehehehe]

Hari ni dah hari kedua aku keluar awal pepagi untuk bersahur di kafe Komplek Renang UiTM, makanan dia boleh tahan la, masa beli tu tengah fresh2 panas... layan ar beb....
Hari ni jugak masjid kat Pusat Islam [PI] dah mula dibuka untuk bersolat, wah, best la aku, dah dekat, tak payah jalan jauh2 lagi macam dulu, sampai terpaksa pergi ke Komplek Sukan untuk bersolat Jumaat....

Hari ni jugak, amat bermakna dalam sesi membuat 'assignment' aku, sebab 'assignment' BEL 313 aku akhirnya berjaya jugak disiapkan selepas 2 hari 2 malam berturut-turut aku bersengkang mata untuk menyiapkannya.. Pueh hati aku... Hahahahaha.... Tapi aku cuak jugak sebab, ada lebih kurang 20% aku tak buat sendiri.. Hahahaha...

Penat wooooo bulan posa nih, tapi perasan tak? Sekarang adalah hari ke-10 Ramadhan kot.. Hahahaha, dats mean, 3 weeks to go before Eid Mubarak celebration. Hahahaha... i didn't prepare anything yet, maybe next week, I'll go to find a suitable 'Baju Melayu' for the purpose of Eid Celebration, a pair of sandal, a jeans [maybe]. It must be done before September.. hehehehe..

A'ah, bateri laptop aku semakin bengong, baru cas je, aku dengar lagu, lepas 30 minit nanti mesti tinggal +/-60% lagi bateri aku tinggal. Wah, ini sudah bikin lama mau cas kembali. tapi bila pikir balik la kan, biaq la no, sebab, aku pon bukannya guna sangat bateri tu sebab sekarang bilik aku dah dapat wi fi [ngeee~~~].

Aku pon dah tak dak apa lagi la nak taip, kalau ada idea apa-apa, tolong pos ke komen aku ok.
Untuk soalan pas semester yang aku kata nak post jawapan dia dalam blog aku nih, nanti la lepas aku hilangkan penat siapkan kerja BEL 313. Mungkin aku akan start hari Isnin. Buat kawan2 yang perlukan rujukan, blh la rujuk blog aku, pastu kalau ada salah nanti dalam hasil kerja aku tu, tolong la komenkan ok...

K la, nak chow pi hantar dobi baju2 bucuk aku biar jadi wangi. Pastu nak bawak Naam pegi beli tiket balik Kelantan.

Thanks a lot to Fara Aisyah and her company because spent some time with me to throw away our tension out from our head. Gambett!

Tuesday, August 17, 2010

Ku Pinjam Dari I Luv Islam.. Moga bermanfaat...


"Din, Bila Kau Nak Balik Beraya Dengan Mak?"
www.iLuvislam.com
oleh: Alang*



"Din, bila kau nak balik Malaysia ni? Mak dah lama benar tak nampak kau dalam rumah ni".

"Din tak dapat cutilah mak tahun ni. Tengoklah, Din cuba usahakan balik hujung tahun ni, ya mak?", jawabnya lemah. Dia mengeluh sekejap.

"Dah 3 tahun kau tak sambut raya kat rumah ni. Mak teringin nak kau ada kat sini waktu raya nanti. Mak bukan apa Din, mak sunyi kat sini," kata ibunya. Tersekat-sekat suaranya seolah menahan sebak di dada. "Sejak ayah kau dah tak ada, dah tak ada sapa-sapa lagi di rumah ni. Along selalu sibuk, tak habis-habis dengan kerjanya. Nak harap Angah datang bertandang ke sini, jauh sekali. Asyik dengan bininya saja. Tahun ni belum tentu lagi balik beraya di sini. Selalu sangat beraya di kampung bini dia. Si Hana jauh di UK sana belajar. Siapa lagi yang nak temankan mak ni Din".

"Mak, kalau Din boleh balik, memang Din balik rumah beraya tahun ni dengan mak. Tapi Din kerja jauh mak. Rezeki Din ada kat sini. Mak, Din janji dengan mak, Din minta cuti sebulan hujung tahun ni. Din balik M'sia dan duduk dengan mak untuk sebulan. Ya mak?". Itu saja yang mampu dia katakan pada ibunya.

Hari ini tinggal lagi seminggu untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Din masih lagi sibuk dengan tugasannya di pejabat. Kadang-kadang dia habiskan seharian suntuk di pejabat. Bidang tugasnya sebagai jurutera ternyata menghalang dia untuk bersenang-senangan seperti kawan-kawannya yang lain. Kebetulan dia telah pun ditugaskan untuk mengurusi satu projek baru. Lelah dirinya apabila terlalu banyak perkara yang perlu dia bereskan.

"Hello Along, assalamualaikum".
"Hello...haa..apa citer kau telefon ni? Kau balik tak raya ni, Lang?".
"Insya Allah balik. Tapi kau jangan cerita pada mak pulak pasal ni. Saja aku nak buat surprise kat mak," balas Din."Kau jangan Lang. Mak tu bukannya sihat sangat sejak dua menjak ni. Karang kau tiba-tiba tercegat depan pintu rumah tu, mati terkejut mak nanti!".
"Aishh, ada ke situ pulak. Nak sangat ke mak mati?!", Din meninggikan suaranya sedikit. "Idak ler, tapi sekurang-kurangnya kau bagi tahu pada mak dulu. Jangan nak buat terkejut-terkejut ni. Kau pun tahu perangai mak, bukannya suka sangat terkejut ni," jelas Along. "Haa, iya lah..iya lah. Eh, mak ada tak? Aku nak cakap dengan mak kejap".

"Haa, kau tunggu kejap. Aku panggil mak," balas Along lagi.

"Hello Din, ni mak ni". Sedikit-sedikit terdengar di cuping telinga Din suara ibunya serak."Mak, mak apa khabar?"."Mak sihat ni. Batuk sikit-sikit. Agaknya badan mak sejuk gamaknya. Eh, ni apa cerita telefon rumah rajin sangat ni? Selalu telefon sebulan sekali ajer," soal ibunya."Saja ajer mak. Hari ni Din kurang busy sikit. Kebetulan terasa nak sembang dengan mak pulak hari ni".

"Oh ye ke? Haa Din, ingat tak si Hafizah anak Pak Wan depan rumah tu? Dia dah nak nikah lepas raya ni"."Haa, Din ingat dia mak. Dia nikah dengan siapa mak? Alahai, rugilah Din macam ni mak! Dah la lawa budaknya tu. Putih gebu kan dia mak? Din baru ingat nak masuk mengurat anak makcik Ani tu," kata Din sambil tergelak-gelak. Geli hatinya bila dia menyebut tentang hal mengurat anak dara jirannya."Padan muka kau Din. Mak dah suruh dari dulu lagi tapi kau tak nak. Asyik sibuk memanjang pasal belajar. Kau ni pulak Din, bila nak kahwinnya? Umur dah nak masuk 30. Nak jadi bujang lapuk ke?", soal orang tuanya.

"Bujang lapuk pun famous mak. Macam P Ramlee tu kan mak? Mak tak nak ke anak bujang mak ni jadi famous?" sambung Din mengusik ibunya. "Haa..mak tak nak kau jadi macam P Ramlee. Nak kahwin, biar kahwin bini seorang. Kita nak berlaki berbini ni, biarlah kekal sampai akhir hayat bersama. Tak ada bercerai-berai," panjang pula ibunya menyambung 'ceramah'."Alah mak! Din ni, nak cari seorang pun payah gila. Ni kan pulak nak bertambah-tambah bininya. Lagi pun mak, siapalah nak ke Din ni. Muka macam getah sekerap!", jawab Din. Dia tertawa terkekeh-kekeh di hujung corong telefon. "Engkau ni kalau pasal merepek, memang nombor satu. Dari kecik sampai ke besar! Eh Din, mak sakit perut lah. Mak nak ke bilik air ni".

"Alaah mak. Nantilah dulu. Erm mak, hari raya dah dekat ni. Din nak minta ampun kat mak. Mintak ampun sangat-sangat. Din tak dapat balik cuti beraya. Halalkan makan-minum Din selama ni. Din cuma nak cakap, Din rindu sangat nak jumpa mak. Din janji dengan mak, hujung tahun ni Din balik M'sia. Din nak bawa mak balik kampung, gi ziarah kubur ayah sama-sama. Ya mak, ya?" kata Din. Dia cuba sedaya upaya menahan perasaan hibanya."Mak tahu kau kerja kat sana, Din. Mak tak paksa kau balik. Kau ada tanggungjawab kau di sana. Kalau ada salah silap kau dengan mak, dah lama mak ampunkan. Kau kan anak mak juga, sama macam Along, sama macam Angah dan Hana. Kau jangan risau semua tu. Kerja elok-elok sana. Jaga diri baik-baik, jangan lengah-lengahkan sembahyang tu. Itu ajer pesan mak", panjang lebar ibunya beri nasihat.

Ringan sedikit rasa hati Din. Sejuk hatinya bila mendengar tiap pesanan dari ibunya."Eh Din, mak ni sakit perut ni! Mak pergi bilik air dulu! Bercakap dengan kau ni, memang takkan sudah," ujar ibunya lagi. "Haa..ya lah mak. Din letak dulu ya mak? Selamat hari raya mak! Assalamualaikum," balas Din. Tup. Talian telefon sudah pun diputuskan. Din cuma menggelengkan kepalanya sahaja.


*****


28 Ramadhan, 1420.

Din sudah pun mengemaskan segala pakaian yang bakal dia bawa pulang. Segala dokumen perjalanan sudah pun diurusi sebaik mungkin. Dia sempat membeli-belah pada hari semalam untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk adik-beradiknya. Din pun tak lupa membeli beberapa selendang sutera sebagai hadiah untuk ibunya. Hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Dia juga membawa pulang seorang temannya untuk diperkenalkan kepada ibu di rumah nanti. Din mahu restu dari maknya sebelum dia meneruskan hubungannya dengan 'kawan'nya itu.

Resah sungguh hatinya ketika berada di Newark International Airport. "Ya Allah, janganlah delay flight lagi macam dulu," ngomelnya sendirian. "Hey Din, are you okay?". Din terkasima sebentar. "Yeah, I'm cool here. It's just that I don't feel easy about this. It has been quite sometimes I've been away from my family. A bit anxious here though!", balasnya lembut. Din tetap tersenyum memandang temannya itu. "By the way Din, did you tell your brother to fetch us at the airport", soal temannya lagi. "Oh yeah, yup. I told Along to be there at 10 am. I'm pretty sure by then we should be over with the immigration...".

"Flight MH90 from Newark to Kuala Lumpur is ready for boarding. All passengers are required to provide the tickets and IDs. Passengers will be called upon through their seat numbers. Row 33 till...."

Din bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya sudah berasa tidak sabar untuk tiba ke tanahair. "Lisa, shall we?". Lisa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan segera menyertai barisan para penumpang yang bersedia untuk menaiki kapal terbang MAS. Senyuman di wajah Din tidak lekang sejak dia mula sampai ke lapangan terbang. Di hatinya terbayang reaksi wajah ibunya tatkala dia tiba di rumah nanti. "Mesti mak suka aku balik ni," katanya sendirian.

"Welcome to Malaysian Airlines sir, ma'am".

Sudah hampir 21 jam mereka berdua berada di dalam kapal terbang. Sebentar lagi penerbangan MH90 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Pemandangan bandar Kelang yang berbalam-balam dari langit tinggi membuatkan Din semakin tidak sabar untuk mencecahkan kakinya semula ke tanah. Dari jauh lagi dia sudah nampak menara KLCC yang tersergam indah. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti-henti dari tadi Din menceritakan tentang kehebatan bangunan KLCC kepada Lisa. Lisa cuma tersenyum kelat. Ah, barangkali dia penat dalam kapal terbang. Terperenyuk di kerusi berjam-jam, siapa yang tidak akan lesu. Berkaca-kaca mata Din apabila dia melihat pemandangan KLIA dari tepi tingkat. Hatinya terasa begitu rindu sekali untuk melihat suasana di ibukota nanti. Ingin sekali dia menghirup udara Kuala Lumpur setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Setelah selesai menguruskan urusan paspot dengan Pegawai Immigresen, Din dan Lisa segera meninggalkan kaunter Immigresen dan bersiap untuk menunggu bagasi mereka. Selepas itu keduanya berjalan menuju ke Balai Ketibaan. Dari jauh lagi Din sudah dapat mengenal kelibat Along yang diam berdiri. Dia nampak Along tersenyum, tapi senyumannya tidak seceria seperti yang sepatutnya.

"Assalamualaikum. Lama ke tunggu kita orang?", tanya Din."Wa'alaikumsalam. Tak lama sangat. Dah, tak usah berlengah lagi. Kita balik rumah terus ya?" ujar Along. "Eh nanti dulu. Ni, perkenalkan, Lisa," kata Din. Along menganggukkan kepalanya seraya menatap wajah Lisa. Lisa tersenyum. "Lisa, this is my brother, Along". "Assalamu'aleikum, nice to meet you," katanya. Along sedikit terkejut. "Oh Long, dia saudara baru kita. Okay, cepatlah, orang pun tak sabar nak jumpa mak ni," ujar Din lagi.

Riak wajah Along segera berubah.

"Hmm..marilah. Cepat sampai, cepat kita jumpa mak," jawab Along.

Setibanya mereka di rumah, Din merasa hairan apabila melihatkan ramai orang berkumpul di halaman rumahnya. Ramai pula yang berketayap dan bersongkok hitam berhimpun seolah-olah ada keramaian. Hatinya mulai berdebar dan rusuh sekali.Kedengaran suara orang ramai membaca surah Yasin. Dia segera memandang Lisa dan abang sulungnya. Lisa sendiri keliru. "Along, kenapa ni? Ada apa kat rumah kita ni Long?". Din nampak Angah bersongkok sedang sibuk mengedarkan naskhah Yasin kepada orang ramai. Along berpaling dan memandang wajah Din."Lang, mak kita dah tak ada. Mak sakit tenat sejak dari malam tadi. Katanya perutnya sakit. Aku bawak mak pergi ke hospital tengah malam tadi," jelas Along. Nyata di wajahnya kemurungan yang teramat sangat.

Sejuk kepala lutut Din mendengarkan berita itu. Bergetar seluruh tubuhnya seolah-olah tidak mahu menerima berita kematian ibunya. "Mak sakit apa Long?". "Aku tak tahu. Doktor beritahu pagi tadi, perut mak ada banyak asid sampai berlubang dinding perutnya. Kata doktor lagi, mak lambat sangat dapatkan rawatan di hospital. Ulser di perut dia jadi makin parah. Aku cuba telefon kau malam tadi tapi tak dapat," jawap Along.

Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya, Din sudah pun segera berlari masuk ke dalam rumah. Ditinggalkannya bagasi di luar begitu saja. Dia nampak sekujur tubuh ibunya terbaring di ruang tamu dengan ditutupi oleh sehelai kain batik jawa. Angah bangun segera dari tempat duduknya. Din terduduk di hujung kaki jenazah ibunya. Tak mampu lagi rasanya untuk dia berdiri lebih lama lagi. Pak Long datang menghampirinya dan cuba menenangkan keadaannya. Din bungkam seketika. Dia seperti keliru. Pak Long angkat sedikit hujung kain batik sehingga mendedahkan wajah pucat ibunya. Air mata segera terhambur keluar dari celah-celah kelopak mata Din.

"Mak..Din dah balik rumah ni. Kenapa mak pergi dulu? Sampai hati mak pergi dulu. Kenapa mak tak tunggu Din sampai rumah," Din memeluk jenazah arwah ibunya. Beberapa orang jirannya menyeka air mata mereka melihatkan ratapan Din. "Mak, Din bawa bakal menantu Mak. Nama dia Lisa, mak. Dia berhajat sangat nak jumpa dengan mak," rintih Din sambil dia mencium-cium wajah lesu dan kaku ibunya. Lisa berdiri tegak di pintu rumah. Dia sendiri mengalirkan air mata melihatkan keadaan Din meratap hiba kehilangan satu-satunya orang tuanya itu. Along segera meminta isteri Angah mendapatkan Lisa dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

"Din, mak kita dah balik dijemput tuhan. Usah kita ratap-ratapkan lagi. Terseksa roh mak nanti, Din. Kita doakan arwah mak bahagia di sana," kata Along lembut. Din masih lagi tersedu-sedu. Dadanya terasakan sesak hingga dia berasa sukar untuk bernafas. "Din, kau banyak-banyakkan mengucap. Bawak bertenang Din," sambung Pak Long pula.

"Mak...Din minta ampun mak sebab Din tak bagitau mak yang Din nak balik. Din mintak ampun mak sebab Din tak beraya dengan mak lama dah," keluhnya lagi.

Perlahan-lahan Din melepaskan pelukannya. Along dan Angah memapah Din ke tepi. Jiran tetangganya mulai menyambung bacaan surah Yasin yang terhenti tadi. Angah hulurkan senaskhah surah Yasin kepadanya. Din menolak pemberian abangnya itu. Dia sendiri membacakan surah Yasin dengan tanpa dibantu bahan bacaan ayat suci Al Quran itu. Air matanya masih mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesekali dia menyeka air matai yang membasahi pipinya. Hatinya hancur sekali apabila dia menyedari hakikat yang ibunya tidak dapat lagi bersamanya lagi. Tamat sudah tempoh emak di bumi Tuhan.

Kini sudah dua tahun emaknya kembali ke alam baqa. Setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya, Din berasa sayu sekali kerana terkenangkan arwah ibu yang kini bersemadi jauh di dasar bumi itu. Lisa, yang kini menjadi isterinya, sangat-sangat memahami keadaan hati suaminya. "Honey, let's go home. It's about time to break our fast," sapanya lembut. Din berpaling menghadap isterinya, di pipinya masih lagi basah dengan air mata. Dia menatap kedua mata biru milik isterinya dan sejurus kemudian, dia bingkas bangun dan mendapatkan anaknya yang didukung oleh Lisa. "Yeah sure. We better get home before maghrib comes in," katanya seraya menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Lisa. Mereka berdua berjalan bergandingan tangan lalu meninggalkan kawasan perkuburan yang terbiar sepi dan sunyi itu.

Bergembiralah Wahai Wanita Muslimah

Sunday, August 15, 2010

Wahai Wanita Muslimah

Rahsia apakah yang membawa aku ke sini, menumpang teduhan ilmu di bumi orang, memisahkan anak dan ibunya kerana ilmu yang dituntut. Aku kali ini hadir cuma picisan daripada keseluruhan cerita di muka bumi yang indah ini, tapi sampai bila...

Semalam aku menonton video, 'Bergembiralah Wahai Wanita', ternyata video ini menyedarkan aku, mengapa jumlah wanita adalah penghuni terbanyak di neraka, kerana mereka adalah golongan yang paling mudah sekali untuk memasuki syurga....

WAHAI PARA WANITA MUSLIMAH DI LUAR SANA, JAGA ADAPMU, TAATLAH KEPADA SUAMIMU, JAGALAH TUTUR KATAMU, DAN MAHKOTAMU KERANA ITU ADALAH SYARAT-SYARAT YANG TERAMAT MUDAH UNTUKMU MEMILIH MANA-MANA PINTU SYURGA KAU INGINI..... DAN SYARAT-SYARAT INI JUGALAH YANG SERING DILUPAKAN DAN MEMBUATMU SENGSARA SELAMA-LAMANYA DI NERAKA.






Friday, August 13, 2010

Hari Jumaat, Ramadhan Ke-3

Hari ni dah 3 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa, begitu jugak aku... [hehehe]. Semalam aku miss sahur, jadi pagi tadi aku piuun azam nak bangun utk bersahur, so aku pon bersahur la dgn kawan2 aku, makan roti dgn tuna [sedap weh], pastu aku pon turun dari bilik kawan aku. bancuh sepeket Milo dgn makan buah epal sebijik.. Wah, sedapnya time tu. Pastu, aku pon pinjam Sabiq punya 'broadband', nak ber'fesbuk' la niat nya, pas Subuh pagi tadi, aku pon tertido [kih3], aku ingat baru pukul 7, pastu bila tgk lama2, jam kat enset aku tu, WAH!!!! dah pukul 8 kot, kelas lagi 30 minit???? Tapi, aku mandi kejap je, jap je dah siap, pastu 8.20 pagi tadi aku gerak dgn kawan2 aku semua menuju ke kelas, sesampai je kat kelas tadi, ntah mcm mana ntah, aku rasa boring tahap gaban, but luckily,tadi kelas formal tak de, cuma kelas perbincangan untuk forum minggu depan je.

Sunday, August 1, 2010

Sehari di UiTM, Fakulti Undang-Undang

Wah, dah berkurun lamanya semenjak aku meninggalkan dunia blogging ni, tapi lepas di desak oleh Naam, dengan si Mon pulak tergelak-gelakkan aku punya blog, lastly aku dengan penuh bersemangat nak update blog aku, even aku sekarang lagi perlu untuk cari artikel for BEL 260, BEL 313, siapkan assignment MTC 016, prepare untuk MEGATEST MTC 012, MEGATEST BEL 260, MEGA ASSIGNMENT BEL 313, presentation MTC 012 lagi, prepare untuk forum MTC 016...
hehehehe, tapi jangan risau sebab aku master mind nak siapkan kerja last minute, hahahaha.....

Si Bear baru balik, datang lepak bilik Naam bersama aku, sambil aku meng'update' blog, Bear dengan Naam pulak main Pro Evolution Soccer 2010, Mon pulak memerhatikan dengan penuh passion untuk main sekali game tu,,,, hahahaha....
Kerja masih terbengkalai, but, thanks God!! I have a lot of friends who is willing to help me go through this foundation program, and I will with them, together persue our BLS program.
Cukup la, aku cuma nak mengarut je, sebab laptop aku out of battery.. so pinjam laptop Naam nak update blog aku.. wakakakakaka

Jamaluddin Mohd, do your assigment now!!! Arghhhhhhh 22.31, 1st August 2010