Thursday, December 29, 2011
Maaflah, anda terlalu menyakiti hati saya.
Anda berubah emosi secara tiba-tiba tanpa saya mengetahuinya.
Anda tidak akan menemui saya lagi, dan jika boleh pun, hanya seketika dan cuma seketika.
Apa yang kau pinta itu yang aku tunaikan.
Jangan lagi kau cuba mengubah haluan ketetapan hati aku.
Kau yang pinta dan bukan aku.
Kau yang inginkannya dan kau yang memulakannya semula.
Maafkan aku kerana tidak mampu memahami dirimu lagi.
Cukuplah....
Wednesday, November 23, 2011
Setia Itu Terlalu Manis
Sayang, awak apa khabar? Terima kasih kerana memberi saya peluang untuk memperbaiki diri, terima kasih juga kerana setia mengajar saya untuk memperbaiki keburukan diri saya. Untuk pertama kalinya, saya benar-benar manjadi seorang yang benar-benar setia. Hanya untuk awak, saya juga menjadi seorang yang semakin rajin, semakin tahu apa dan bagaimana tanggungjawab saya.
Terima kasih kerana menemani saya ketika saya belajar, ketika saya sedih, ketika saya gembira, ketika saya merajuk. Terima kasih kerana menemani hidup saya. Awak melengkapi hidup saya dengan begitu teliti. Tak dapat saya bayangkan tanpa awak lagi bersama mengatur hidup dan jadual harian saya. Awak marah saat saya malas, awak manja saat saya menjadi tegas, awak lembut saat saya berduka dan awak senyum saat mengubati saya yang terluka :)
Terima kasih sayang... Untuk semalam, hari ini dan selamanya...
"i love you more than words could tell"
Wednesday, November 16, 2011
Cinta Itu Milik Kita...
"Saya percaya saya mampu cintai awak, sayangi awak sampai bila-bila"
Mampukah aku? Oh! Tidak.. semuanya seakan cepat berlaku. Aku kini diawangan.
Mak, ayah, nyong jaluk ngopuro, ceq dah tak boleh macam ni, tapi sampai bila nak pendam sendiri? Persetankan la perasaan tu. Perasaan sendiri pun tak terjaga lagi, inikan pulak nak jaga perasaan orang lain.
"Tapi kata hati dah sayang, tipulah awak ni, pandai je main dengan kata2 kan, memang semua lelaki pandai bermain dengan kata2..."
Sayang pun, tak kan hati sorang je yang perlu dijaga? Habis hati sendiri? Macam habuk je, tahu ada, tapi disapu-sapu, dah hilang tak nampak.
Haish! Bila nak berakhir cerita ni, nampak pendek, rupanya panjang lagi.
*Itu dulu...
#Sekarang...
Apapun yang terjadi, aku tak akan mengalah, sebab aku bukan yang jenis mudah mengalah. Sakit tu cuma seketika, kejap lagi sembuh la, tak kan luka kecik macam tu boleh buat aku berkudis, kejap lagi aku sapu minyak gamat elok la kan, kan, kan.. hahaha
terima kasih awak, kini saya dah belajar banyak perkara, seperti untuk apa hidup, untuk apa putus asa, untuk apa hati jadi keras, untuk apa jadi benci, untuk apa maksudnya MENYINTAI!
Thursday, November 10, 2011
Terima Kasih Cinta
Assalamualaikum w.b.t
Apa khabar orang kampung disana? Bersesuaian dgn tajuk yg aku dah pon berikan, aku berterima kasih kepada Yang Maha Besar, kerana mengurniakan aku perasaan cinta. Alhamdulillah, aku kini sedang melaluinya. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat dan bertambah-tambah. Ehem2, hehehe..
Kepada si dia, terima kasih kerana tetap tabah dan terus percayakan aku. Terima kasih untuk segala kasih sayang yang sudah dicurahkan. Cinta anda begitu menyegarkan. Alhamdulillah.
Hari ni sudah 10 November 2011, bermakna juga sudah genap sebulan. Walaupun baru saja berputik sebulan, banyak rintangan, cabaran dan onak duri yang aku tempuhi sepanjang bersamanya mengajar aku banyak pengalaman berharga dalam hidup berdua.
Aku semakin matang dari hari ke hari bersamanya. Miss teddy bear, you're my everything <3
Thursday, September 22, 2011
Hari ini bukan untuk menjenguk hari SEMALAM
Huh! Lepas berhabuk blog aku ni sejak sekian lama aku tinggalkan, sekarang timbul pulak idea nak update blog lama ni.. huhuhu..
1st of all, aku sekarang secara rasmi dah bergelar mahasiswa UiTM.. hehehe..
1 langkah perjalanan untuk sejuta halangan dan cabaran yang bakal mendatang.
hari sabtu ni, 24th September ada la pulak Kemahiran Insaniah, boring haram nak pegi, apakan daya, dah compulsory pulak, terpaksa la aku melangkah nanti dengan berat kaki ke situ.
tapi yang bestnya, malam ni ada jamuan raya kat fakulti, wahahaha.. lupa pulak, fakulti aku dengan *gila babi* dengan kolej ni, memang terbaek la.. tak sangka aku masih dapat menjejakkan kaki ke shah alam..
2 hari lepas, kawan aku sorang datang, kononnya nak repeat exam asasi sebab dia ada subjek yang gagal dulu, tup3, dia datang bawak kereta, memang best la, tapi boring jugak, sebab tak dak duet nak dibelanja, bese la, orang muda, masa banyak lagi..
macam mana pon, merasa la jugak aku drive kereta Satria neo tu, fuhh!!! memang sedap la bawak keta tu, tak pa, nanti aku keja, cukup duet aku beli satria sebijik [aku dan mula suka keta 2 pintu] hehehe..ok, dah tak dak idea nak update blog ni, nanti aku update lagi..
dan terima kasih kepada sayang-sayang-sayang yang berkenaan, sayang aku ni bukan la baek sangat.. hahahaha
Tuesday, July 5, 2011
Semuanya kini banyak yang bahagia
Macam 1 keajaiban, alhamdulillah, permintaan aku termakbul! Terima kasih ya Allah!!
Engkau telah menyusun takdir aku dengan begitu kemas, sehingga aku merasakan kenangan silam cuma 1 lawak jenaka dalam hidup. Akuningat lagi, cikgu aku pernah mengugut aku untuk menukarkan aku ke kelas bawak jika prestasi aku semakin merosot, serta menarik balik jawatan pengawas yang pernah aku sandang dulu. Tapi aku hari ini sudah berbeza, aku menyusun minat, cita-cita, impian dan harapan keluarga menjadi 1. Aku terasa sangat sebak sangat aku menceritakan sendiri kepada ayah dan mak tentang tawaran melanjutkan pengajian ke UiTM dalam bidang pengajian undang-undang, terukir 1 senyum di bibir ayah dan mak, betapa sebaknya aku saat tu, terasa penat lelah ayah dan mak membesarkan sangat berbaloi. Tapi mak dengan ayah tak tahu, berapa lama lagi aku mampu bertahan di dunia ni, terasa sangat-sangat sebak.
Setiap hari aku pasti mengenangkan apa masa depan aku? Masih beginikah atau aku bakal berubah? Aku rasakan, tawaran yang aku terima adalah racun dunia bagi aku. profil kerjayanya aku lihat akan membuatkan aku lupa diri, lupa asal usul aku. Aku mungkin akan menjadi bongkak, mungkin juga aku akan semakin memahami dunia ni dan permainannya serta kekal dengan sikap aku sedia ada. Tapi berjayakah aku? Bagi aku, undang-undang adalah untuk difahami, bukan untuk dikuti.Tiada yang lebih bahagia buat aku, kerana pada bulan lepas, aku mendapat semua yang aku impikan, memiliki lesen kereta, mendapat keputusan muet dengan Band 4, memiliki kembali "si dia" dan kehidupan yang lebih stabil, tapi sampai bila? Sampai bila aku harus mengenang nasih\b baik yang lepas?
Saturday, May 28, 2011
PULANGKAN KERETA AKU!!!
Ayah kembali memekik seperti halilintar, walaupun sudah acap kali abang menerangkan keadaan keretanya yang sedang diperbaiki oleh mekanik. Saat keberangkatan abang ke perbatasan negara, ayah masih memuncungkan mulutnya. Kata-katanya yang terakhir adalah, "Aku nak kereta aku kembali kat rumah ni macam mana kau bawak dia keluar dulu, kalau kau tak balik pun tak apa, janji kereta aku balik!!". Kata-kata ayah amat mengejutkan aku, kerana walaupun ayah seorang yang panas baran tambahan pula dia merupakan seorang pesara tentera, tapi ayah sangat jarang meninggikan suara kerana hal yang remeh temeh, tetapi kali ini, ayah kelihatan amat marah benar dengan abang, seperti abang menconteng arang ke muka keluarga kami.......................................
Kisah Seorang Ammar
Sunday, May 15, 2011
Jamal Asha'ri-Sebuah Epilog Taubat
oke kawan2, ni la yg aku rasa nak buat tajuk terbaru cerpen aku, so, aku nak mintak kawan2 bg la idea sorg siket buleh dak?? hehehehe...
hehehe... tlg2 penulis amatur macam aku ni ye kawan....
hohoho.. sebulehnya, bg la aku idea yg ori, i mean, kalau boleh kesah yg benar, sebab aku suka buat cerita based on true story, nnt aku compiled la cerita tu jd 1 cerpen yg lengkap...
kalau ada yg sudi, cerpen yg bakal aku buat bukan untuk tujuan komersial yg blh mengaut keuntungan.. cerita kawan2 yg aku masokkan dlm cerpen aku, insya Allah, aku tak akan lupa untuk acknowledge kawan2 ye...
BERSAMA MEMARTABATKAN DUNIA SASTERA MALAYSIA... hehehe :D
Friday, May 6, 2011
Si Dia Sudah Tiadakah?
Oke, selepas setahun, kini aku bingung?? @_@ kemanakah si dia pergi? diam dan membisu. merajukkah dia? marahkah dia?
hai awak di sana, saya sikit pun tak pernah nak menjauhkan rasa percaya awak pada diri saya, sikit pun saya tak pernah nak... mungkin awak rasa saya selalu saja mengkhianati peluang yang awak berikan? maaflah, kerana saya tak pernah cuba sedikit pun. awak, saya harap awak tahu, dan saya tak pernah memaksa awak memahami saya. cukoplah jika awak tahu.
sekarang awak diam membisu, saya rasa curiga, sunyi dan awak buat saya tertanya-tanya. ?_?
saya tak pandang la paras rupa, kerana awak saya lepaskan Julia, kerana awak saya jadi kuat seperti minum MiLo hari2... sedangkan awak dan Julia saya kenal pada hari yang sama...huhuhu...
selepas lebih setahun baru awak diam? tak boleh la, jangan la membisu tanpa penjelasan....
=
=
=
=
=
=
=+,+=
Friday, April 29, 2011
Ini Bukan Main-Main
meh sini ceq nak cerita, pakat-pakat tekan link bawah ni, isi apa yang patut...
kita nak sebarkan maklumat.. heeheehee...
http://says.my/blogspot/invite
jgn risau, ini bukan spam, tekan dan tengok hasilnya nanti... :))
Tuesday, April 26, 2011
SI DIA YANG CHUMILLSS!!~~
Wednesday, April 20, 2011
8 perkara pantang bagi lelaki
[credit to http://www.buaya-merah.com]
Sunday, April 17, 2011
This is what i believe.. hohoho
respek dengan ideologi masing2... sbb aku tau ni negara demokrasi...
i love my country as i love myself
jadi, jangan menjadi petualang kepada negara. pemimpin kita yang memberi kebebasan demokrasi, gunakannya...
RESPEK IDEOLOGI MASING-MASING
ANDA ADALAH DIRI ANDA DAN SAYA ADALAH DIRI SAYA
kita adalah Malaysian!!!!
Friday, April 15, 2011
TERIMA KASIH
Friday, April 8, 2011
LANGKAHNYA SEHINGGA SINI
Thursday, March 31, 2011
Atas nama prinsip, biar apa pun yang mendatang, jangan ditukar pegangan kita!!
Tuesday, March 29, 2011
SAJAK TENTANG IBU
Saturday, March 19, 2011
Kenangan Itu Terlalu Pahit Dalam Keindahan
Monday, March 14, 2011
Sudah itu suratannya..
Friday, March 11, 2011
It Just A Memory Lane
Thursday, March 3, 2011
If the time could last.........
Tuesday, February 22, 2011
Prominent vs Unimportant
Wednesday, February 9, 2011
A Trip To Kalumpang, Kuala Kubu Bharu
We start our journey at 7.45 a.m, March 3, 2011 from Kolej Perindu, UiTM Shah Alam and took a breakfast at Gembira Restaurant, Section 3 Shah Alam. From there we took Federal Highway and Highway Guthrie for a short distance. Then we entered Plus Expressway to Tanjung Malim exit. At 10.30 we arrived at Kalumpang Resort. There were 7 of us including me, Bear (driver), Naam, Hood, Syahir, Umar (driver) and Hassan. We went there with 2 cars, Naza Sorento and Proton Wira. After registered to the resort and paid the fees, we went for jungle trekking. We got lost but we managed to escape from the jungle after 2 and half hours walking, climbing, jumping and swimming to cross the river. It was a great moment and the river is very "cold". It is so cold and force Umar to stop played in the water. hahahaha....