"Ah, terasa dingin sekali pagi ini, tambahan pula hari ini adalah hari pertama umat Islam menyambut bulan Ramadan al-Mubarak. Siapa sangka, Allah masih memberikan aku kekuatan dan umur yang panjang untuk bertemu denganmu, ya Ramadan. Itu titik ceritanya bermula, sebuah epilogi kehidupan yang tak bernoktah, cuma singgah dalam satu demi satu destinasi, menantikan kembalinya, erti sebuah......."
Episodnya pun bermula....
Azman, yang baru belajar mengenal erti rindu dan sayang, erti ceria dan suram, erti rela dalam terpaksa, erti senyum dalam berduka, termenung menantikan hadirnya, sebuah hati, yang pernah diserahkan dalam tergesa, kerana dia percaya, cinta itu amat berharga untuk dicuba, amat ceria untuk dicerita, amat mendalam erti. Tiada lagi tafsiran mampu menerangkannya, yang panjang lebar.
"Man, Ika tak tahu nak cakap macam mana, tapi Ika kena bagitau Man jugak pasal hal ni", tulis dia dalam khidmat pesanan ringkasnya. "Ah, apa pulak si Ika ni nak buat saspens dengan aku, saspens betullah dia ni, hihihi", Azman bermonolog sendirian, tapi dia tahu, saat itu terasa hatinya ditemani. Kemudian masuk pulak mesej kedua dari Ika, "Man, boleh tak.. Errr... Man anggap Ika hanya sebagai kawan? Ika rasa, Ika tak mampu mencintai Man, Ika cuba, tapi bukan namanya jatuh cinta, andai cinta itu dipaksakan untuk jatuh kan..", masuk mesejnya yang ketiga, hanya smiley yang dihantar. Aku tergamam! Apa yang perlu aku balas menjawab soalan 'rindu' darinya? Berdiam diri, itu bukan jawapan yang tepat. Marah-marah? Itu bukan caranya aku melayani sesama manusia, apatah lagi, seseorang yang telah ku serah sebuah perasaan ghaib, kurniaan Tuhan, yang aku fikir boleh dikongsi bersama. Saat itu, hanya istighfar mampu aku fikirkan. Lalu aku pun membalasnya, "It's okay my love, Man tunggu ye, insya Allah, till my death". "Tapi Ika tak mahu bagi harapan lagi kat Man, nanti Ika akan rasa bersalah". "Janganlah Ika risau, Man ok saja, tapi tanpa harapan, bagaimana mungkin seorang manusia hidup. Biarlah seseorang itu hidup dengan harapan, kerana tanpa harapan, siapalah kita, manusia yang lemah ni kan". Kami saling berbalas khidmat pesanan ringkas, begitu juga terasa ringkas hidup aku, tiba-tiba!
Ika menambah lagi, "Anggap saja Ika ni cuma kawan Man ye, sayangkan Ika sebagai seorang kawan jugak, lagipun Ika tak tahu, tak tahu macam mana nak melayan seorang kawan lelaki. Untuk masa sekarang, Ika dah tutup hati untuk terima cinta dari sesiapa, dah tutup hati ni untuk bercinta. Hati Ika ni kosong, Ika pernah cuba, tapi Ika tak boleh nak sayang Man, lebih dari seorang kawan. Kita berkawan saja ye, insya Allah, hingga ke syurga Ilahi, amn". Hati aku berkocak kuat. Insan mana yang mampu menahan duka, saat hatinya telah diserahkan untuk dikongsi bersama, saat impiam dewasanya, membina hidup bersama, tidak terlaksana. Bagai tiada definisi tunggal untuk diungkapkan. Sisa tinggal untuk diceritakan, hanyalah air mata lelaki. Lelaki menangis? Untuk apa, tak maskulin-lah seorang lelaki menangis kan. Tapi siapa aku menolak nikmatnya air mata. Andai itu mampu menyembuh hati. "Aku cuma seorang lelaki biasa, juga punya perasaan, oleh itu, menangislah hati andai dir sedang berduka". Kali ini aku bermonolog sendirian. Tiada guna lagi memujuk hati, andai pedih kemudian hari.
Mahu membiarkan mata memecahkan empang-nya,
Tapi entah mengapa,
Sukar benar melepaskan perit luka dinding hati,
Bukan luka kecewa,
Bukan juga luka tertusuk duri mahupun terguris belati"
"Mungkin tasik mata telah kering gamaknya,
Terlalu banyak cerita hampa dikubur dalam senyum,
Tak terduga itu menjadi sumpahan buat seminit gembira dia,
Siapa duga fizikal insani yang kuat itu,
Rebah dek sepotong daging yang berdenyut-denyut."
"Tak mungkin lagi rindu bersatu,
Tak daya lagi hati menghampar kasih,
Tak kuasa lagi takdir cuba diubah,
Hanya sisa doa tertinggal,
Seakan menemani rupanya menikam sisik hati,
Tiada darah tanpa luka,"
"Manakah luka?
Andai pedih mengheret hati,
Manakah kecewa,
Andai dada berombak kencang,
Mana pula sisa rindu,
Andai pernah bertandang di hati.
Fahamilah, erti bahasa diri dan hati,
Andai benar kau pernah mencintai..."
-Pena Istiqamah-
Ah, peristiwa semalam itu tak sepatutnya menghantui aku. Hari ni adalah hari keberangkatan pulan aku ke kampung. Setelah penat bertempur dengan peperiksaan akhir, sebelum terjun ke dunia pekerjaan. Alhamdulillah, segala usaha-usaha aku selaman ini sangat berbaloi. Sedetik itu, aku tiba-tiba tersentak, hanya engkau Ika, hanya kamu yang belum aku khabarkan yang aku akan pulang, pulang ke tanah kelahiran aku, sebelum memulakan tugas sebagai penjawat awam, setelah aku lulus temuduga kira-kira 4 bulan yang lepas. Aku kemudiannya, mengeluarkan telefon, mendail nombor telefonmu, walaupun kita tak pernah terputus hubungan, namun begitu tegar hatimu untuk dicerobohi sekali lagi, hanya sekali lagi. Aku lantas memulakan perbualan, " Assalamualaikum Ika, apa khabar Ika? Man nak balik kampung dah ni. Ika jaga diri ye, jaga kesihatan, jaga pemakanan, belajar rajin-rajin ye". Dia membalas, "Waalaikumsalam Man, insya Allah Man. Jaga diri jugak ye. Man dah nak balik kampung? Hati-hati ye pulang ke kampung tu.". Aku menamatkan perbualan, dengan sekadar berkata, "If you do love me, just tell me, if you didn't, I'll try my best, to accept the fact about it. Afterall, you're my everything. I'll wait you, till my death, my dear love".
Sambil aku memandu, aku memasang lagu Santa Esmeralda, walaupun lagu itu kedengarannya sudah lama, namun masih enak untuk didengari, dihayati bait-bait lirik lagu yang sangat penuh ertinya.
The sun that shines above you makes the blue bird sing
The stars that twinkle way up in the sky
Tell me I'm in love, when I kiss your lips
I feel the rolling thunder to my finger tips
And all the while my head in a spin
Deep with in I'm in love
You're my everything and nothing
Really matters but the love you bring
You're my everything
To see you in the morning with those big brown eyes
You're my everything
Forever and the day
I need you close to me
You're my everything
You never have to worry never fear
For I am near when I hold you tight
there's nothing that can harm you in the lonely night
I'll come to you and keep you safe and warm
Yes, so strong my love
You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I'll swim within oceans sweet and warm
There's no storm my love
You're my everything
I live upon the land and see the sky above
I'll swim within oceans sweet and warm
There's no storm my love
Thinking bout
How I'm gonna do without
You around in my life and how am I
I goin' get by
I ain't got no days
Just lonely nights
You want the truth
Well girl I'm not alright
Feel out of place and out of time
I think I'm gonna lose my mind
So tell me how you feel (im lonely)
Are you for real (so lonely)
Do you still think of me (i think of you)
Baby still (are you lonely)
Do you dream of me at night (like i dream of you all the time)
So let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)
I think that i will never love again
I miss your face
I miss your kiss
I even miss the arguments
That we would have from time to time
I miss you standing by my side
I'm dying here its clear to see
There ain't no you, God knows there ain't no me
Don't want to live, I want to die
If I can't have you in my life
So tell me how you feel (I'm lonely)
Are you for real (so lonely)
Do you still think of me (i think of you)
Baby still (are you lonely)
Do you dream of me at night (like i dream of you all the time, so lonely)
Oh let me tell you how it feels (its like everyday i die)
Wish i was dreaming but its real (when i open up my eyes)
Let me tell you how it feels (and don't see your pretty face)
I think that I will never love again

