ungkapkan pada rindu, senyum pada rembulan, menyanyi pada angin dan hadir pada realiti kehidupan

Monday, December 13, 2010

Esok.Hari Ini.Dan Sampai Bile-bile.!!

Hari ni aku mula berfikir, kalau esok masih ada untuk aku, apa yang aku nak buat dalam hidup aku, apa lagi yang belum aku buat untuk diri aku, apa lagi yang aku tak puas tentang diri aku??
Semua persoalan ni sering bermain-main dalam kepala aku.. BENGONG jap bile pikir lame2 kan..
So aku pon dicided nak amik option paling mudah, "BILE AKU RASE PERLU UP-DATE KEMAHUAN AKU" then aku akan berusaha cari atau dapatkan seperti apa yang aku inginkan...

Sebab tu kalau sesuatu benda tu terlintas kat pikiran aku, selagi tak bagi mudarat jangka panjang kat aku, aku tak pikir byk, teros buat, pasal tu la bila aku pikir nak balik rumah dari Shah Alam naek moto ke Bagan Serai, aku tak pikir panjang, penat tak penat, yg tu aku mahu, jadi aku mesti buat, kalau tak nanti aku rasa hidup aku macam tak complete je hari tuh...

Dan sekarang aku dah selamat sampai pon dari rumah naek moto, tapi aku tak rasa penat sgt, apa rahsianya?? "Sebab tu keinginan aku sendiri untuk balik ke kampung"...

Apa2 yang kita buat, bila ada keinginan, maka ada matlamatnya.. Keinginan tanpa matlamat umpama memancing ikan tanpa umpan, matlamat tanpa keinginan umpama bawak keta pastu jumpak 10 simpang kat depan, tak tau nak pilih mana 1 simpang yang nak dituju...

Itulah kehidupan kita sebenarnya, pepatah Melayu ada menyebut, "Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih". Mudahkan hidup ni, ada matlamat + keinginan, insya Allah, if God wills, everything shall happen in a second only, but we are the one who need to work hard on it, so we won't regret as it was our effort to get what we want.

It's not too easy to be rich, but it's so easy to be poor my dear friends. Don't be shy to ask what u must ask, because maybe next time, u won'y get the chance anymore, and don't be afraid to ask for your rights, because its yours. If you're in universities, please remember this, get away from person who love you, and get close to the person who hate u da most. Get away from lecturer and get close with your books and knowledge, get away from your money and get close with your hungary.

When you've done all this mess thing, and you've gained enough experienced from it, tell me the best selling stories about your experienced to us, and show to the world, knowledge can't be sell, but it is a heritage.

Wednesday, December 1, 2010

Rancangan Pulang Ke Kampung... :)

Hari jumaat ni aku ingat nk blk kmpg, huhuhu, aku nk repair moto aku tu mne2 yg patut, sbb aku rse byk sgt yg rosak kt moto tu, especially tyre dan brake yg semakin membimbangkan aku.. huhuhu..

Agak2 brpe plk duet aku nk d abeskan ye repair moto tu erk??
huhuhu.. aku sebenarnye ade terlalu byk impian yg belum terlaksana, agak2 kalau aku tak tercapai impian aku tu, aku nk sgt tgk org laen blh capai impian dorg..

ni la antara impian aku yg belum tercapai...
1-mempunyai lesen memandu kete yg sah..
2-menyambung pengajian dlm degree undang2..
3-menghabiskan pengajian degree undang2 dan mengambil diploma lanjutan syariah..
4-membeli kete proton saga model lama pastu convert jd kete rally..
5-membeli kete BMW 3 series kegemaran aku then letak je dpn umah..
6-beli umah 2 tingkat dan sebuah kondo..
7-kumpul duet, nak beli emas byk2 buat simpanan..
8-nk simpan duet dlm ASB sampai RM1 juta nilai dye..
9-nak bukak firma senirik..
10-cari isteri kut??
11-aku nak pegi haji, bawak mak skali..
12-aku nk bersujud depan Kaabah tanak bangun2 dah...... [last impian aku nih..]

byk an impian aku, tp x tau bley ke tak capai, I dream to high than my ability to achieve it...
aku takot tak dpt capai apa yg aku impikan selama nih.. huhuhu..
ok la, da malam sgt nih, esok aku ade kls lg, nk setelkn keje yg x masok sikit pon dlm silibus aku.. huhuhu....
salam....


Wednesday, November 17, 2010

Happy Eid-Ul Adha

It had been a long tough day before I celebrate the Eid-Ul Adha today. Actually, I don't really like to write in English because I feel my writing is too worse. So, before this entry, I decided to wrote in my mother tongue language, Malay. But today, after I read my friend's blog, almost all of her entries was wrote in English.

Don't want to look like a loser, so, for this entry I wish to write in English to evaluate my ability in English. If u could see the defect of this writing, kindly inform me through my comment box oke..

Hmmm, Happy Eid-Ul Adha to all my Muslim friends, I wish u all get ready to prepare for our final battle of Asasi during this 2nd semester yeah!
We'll fight for 4.00 and make it true as we'll fulfill the requirements need by faculty to pursue our degree and another 1 is band 4 in MUET, am I right??
huhuhu...
sorry, short of Vocabulary avoid me to talk longer.... daaaa~~

Thursday, November 11, 2010

Ade.Aku.Kesah!!

Orang lain nak kte aku ni jiwang, dan ble aku tye dorang, ape maksud jiwang, sume bg jawapan that almost be the same, tak de 1 pon jawapan yg konkrit, yg asyik2 aku dengar, "..ko tu layan lagu2 slow, syahdu2 gitu, ko tu, layan ayat jiwang, tulis sajak ar, tulis ayat2 syahdu ar...."
sebab tu je?? weh, tolol ar kalo korang pikir camtu, mcm debab bab bab je otak korunk tuh! holy shit!

Kalau korang ckp aku tulis2 sajak jiwang, lantak ar, tu diri aku, aku ni pencinta seni mcm tu, yg korunk melalak tak ingat waktu maghrib tu pehal plk? kalau aku ckp Satanic version Homo Sapiens marah, ooo, tawu lak marah,,, Kalau tulis2 sajak tu jiwang, knpe mase korunk belajar sajak William Shakespeare korunk x baling je jauh2 buku die tu lol, knpe aku tak nampak orang kutuk2 A. Samad Said tu jiwang, maknenye korunk ni x de pendirian, lol!! grrr...

Nama je bdak2 pandai ar, ye, aku ngaku korunk pandai, yg sorang BWP exco Kebudayaan ar[result SPM 4A je pon, ingatkn hebat arr sgt, lol!], yg sorang LDP bajet player rugbi yg gah ar.... ade lak, mamat sekor ni perasaan, siap perli2 aku lagi, "Weh Mal, ko kluar awal exam hall time Sejarah td, dh confirm ke A+??", pergghhh, pedih ar sial, mamat budak Serendah tu pon sekor sial, kalau aku x yakin, x de nye aku nk kluar bro..
lastly, ko x dpt mne2 pon institusi pengajian awam... hahaha.. tp tu dlu, cite lme bro.. thank God!!

Kalau korunk ade agenda senirik, jgn di pengaruhi org laen nk follow, ko nk masuk JDM, JDRM, ko masok la sorunk2, jgn ar nk tunjuk terror, dh masok muke bngge!! HOLY SHIT!

Weh, korunk yg slalu nk down-kan bebudak yg nampak slow dulu2 la, jgn pikir org x de perasaan, org laen pon ade gak la SIAL!, naseb ar wanie tegur aku, ckp, kite ni kwn je, biarkan dorang.. A great thanks to Wanie, coz willing to be my friend! I'll appreciate it forever buddy..

Wah2, ko bkn maen hepi, kalau mase tuh Muhsin dgn Shamier x tegur gak, dh lame doh aku berdendam dgn korunk, ni naseb baek je aku lepaskn geram dlm blog... jgn ingat dendam aku dh hilang, don't ever think it so!

I'll kept it forever plus never forgive u for what u've done to me before....

Assalamualaikum!

Wednesday, November 10, 2010

Tazkirah dan Nasihat...

Menyendiri lagi,
Menyendiri lagi...

Sampai bila nak menyendiri lagi? Hidup ni tak berteman ke? Tak cukup ke dengan teman-teman yang ade utk menghiburkan hati kita bersama-sama sehingga kita sanggup membelakangkan tegahan agama semata-mata kononnya kerana cinta kepada manusia....

Alasan yang sering kedengaran, "Menyendiri lagi, menyendiri lagi", tak abes2 dgn alasan tu. Remaja kini alpa dengan kebebasan perhubungan di Barat. Dorang melihat sikap remaja Barat yang sering berpasang-pasangan. Dalam Islam, Allah berfirman, "...dan janganlah kamu menghampiri zina...", Allah s.wt. awal2 lagi dah menegah kita menghampiri zina, dan kalau berbuat zina, mesti la dah jatuh berdosa besar kan. Tapi jawapan remaja sekarang bila di ingatkan dgn tegahan Tuhan cam ni, "Ala, kami bukan buat zina pon, lek looo..."

Ok, abaikan yang berpasangan tadi sekejap, sekarang kita lihat semula, yang berpasangan tapi ada masalah...
Masalahnya, nak merasa tapi duit tak ade, pastu mencuri la... Maksud aku di sini, seorang lelaki dan pasangannya seorang perempuan ingin merasai pengalaman orang yang berkahwin, tapi tidak mempunyai duit, lalu si lelaki terpaksa "mencuri" drpd si gadis untuk merasainya [ala, kadang2 pompuan tu senirik bodoh!, bg free]..

Tak ingat antara firman Allah atau hadis Nabi, tp ada mengatakan, "... jika kamu tidak mampu menahan nafsu kamu dan kamu berkemampuan dari segi harta, maka berkahwinlah, sesungguhnya itu adalah lebih baik, dan jika kamu tidak mampu untuk berkahwin, maka berpuasalah kerana puasa itu menahan orang2 mukmin drpd melakukan dosa..."

Ha, tak puas ati lagi?? Islam dh bg cadangan yg bernas, pastu bagus pulak untuk menjaga keutuhan umat Islam, tp, orang Islam tu senirik yang mencemarkan institusi kekeluargaan dgn melakukan zina.

Tahukan, ada beberapa hukuman seperti yg diceritakan oleh Nabi s.a.w ketika peristiwa israk mikraj di mana Rasulullah dibawa ke neraka, utk melihat seksaan orang2 yang berdosa, selepas pulang, Rasulullah menceritakannya semula, [maaf, pembacaan semula diperlukan kerana saya tidak pasti dgn hukuman bg si pelaku zina].

Jadi, di sini, aku menyeru wahai rakan, ingatlah, zina itu adalah senjata Yahudi dan Nasrani untuk menjatuhkan umat Islam kerana dendam mereka kpd Islam yg begitu mendalam, Allah berfirman, "... mereka itu [Yahudi dan Nasrani], tidak akan berpuas hati selagi kamu tidak mengikuti mereka (wahai Muhammad)...."

Sudah2 la tu melakukan zina, selagi pintu taubat ini masih terbuka, dunia masih belum berakhir, ayuh, mohonlah pengampunan darinya, abaikan nafsu yang bergelora itu dan binalah nafsu yg sgt merindukan syahid, nafsu ingin mengejar keredaan Allah s.w.t, nafsu ingin membantu sesama umat agar kita sama2 merasai nikmatnya iman...

Kepada yg pernah terlanjur melakukannya, ketahuilah, pintu taubat masih terbuka buat kalian, dan ingatlah, 1 dosa yang dilakukan, Allah akan menimbulkan 1 titik hitam di dlm hati kalian, dan apabila titik hitam ini memenuhi hati kalian, seruan Allah amat susah untuk sampai ke hati anda lagi, tetapi bila anda melakukan taubat nasuha, insya Allah, titik2 hitam yg memenuhi hati anda akan hilang sekelip mata.... Insya Allah......

(aku melakukan ini semua kerana wasiat Rasulullah yg berpesan, "..dan hendaklah kamu menyampaikan pesananku walaupun 1 ayat...")


Wednesday, November 3, 2010

Hari Ini Dalam Sejarah!!

Nak tau tak, sejak aku blajaq kat MRSM lg, result aku tak penah nak cecah 3.00, tapi hari ni, setelah aku belajar kat UiTM dan mengetahui result aku mendapat 3.11!!!!!, betapa gembiranya hati ini [~~~lalalalalalala~~~] setelah aku membuktikan, zaman persekolahan menengah tiada apa2 lagi perlu dikesalkan, kini aku berusaha memulakan fasa baru dlm idop aku,...

Tadi gembira punya pasal, aku ajak adik aku pegi makan KFC [pokai beb duet aku, hahaha]. Aku hepi bkn sebab result aku over 3.00, tp lebih kpd aku ni sebenarnya tak la terok sangat, cuma perlukan sedikit ruang untuk diri sendiri je.

Result aku kalau dibandingkan dengan orang lain memang tak seberapa, tp yang buat aku hepi tu, AKU LEPAS SYARAT KELAYAKAN MENYAMBUNG PENGAJIAN KE PROGRAM IJAZAH PENGAJIAN UNDANG-UNDANG [KEPUJIAN] IAITU LANGKAH YANG KEDUA! langkah pertama dpt tawaran masok ke program asasi ni, langkah kedua habeskan sem 1 dgn dpt 3.00 dan ke atas, langkah keempat dapatkan band 4 MUET, dan langkah kelima dapat 3.50 dan ke atas dalam sem 2 asasi... hehehe...

Kepada kawan2 yg seangkatan dalam program Asasi Undang2 UiTM + MOHE, tahniah kpd anda yg memenuhi kelayakan dan kepada yang tidak memenuhi kelayakan atau terpaksa repeat, aku doakan korang berjaya jugak, kita gegar fakulti undang2 bulan Julai 2011 nanti dgn semangat menuntut ilmu kita...

psst= aku nak study hard next sem, supaya aku buleh dapat tajaan, senang sikit nanti aku nak hidup, sebab x payah pikir pasal duet nanti..... hehehe...

Monday, October 25, 2010

Terima Kasih Sahabat...

Huhuhu, thanks to AMMAR MUHAIMIN BIN AMRAN sebab sudi tolong aku semalam, masa tayar moto aku pecah, hang bawak aku pi usha kedai moto, pastu bawak aku pi umah hang lagi, bagi aku ruang nak semayang, hidangkan aku makanan, tengs kepada seluruh keluarga hang sebab bantu dari segi moral dan fizikal.

Sorry tau, niat aku ingat nak kacau2 hang kejap sebelom balik, tapi lajak pulak....
Tengs sebab tolong aku semalam, 24th October 2010.......

Terima kasih sahabat, semoga hubungan yang terjalin kini berkekalan hingga akhir hayatku nanti...

Awat Aku Jadi Rindu...??

Tetiba, tadi masa aku balik keja, hujan turun, macam masa malam dia kata dia benci kat aku. Sambil makan keropok Double Decker perisa udang, aku pon menunggang moto aku meredah hujan yang semakin lebat tu, pastu tetiba aku menangis? Hah! Menanges? Pasai pa ntah, tetiba ja aku nanges, macam orang bodo, pastu ati aku rasa sebak sangat macam kosong sangat..

Dalam dok meredah hujan tu, aku teringat balek kata-kata dia maghrib tu, hati aku rasa rindu bercampur sakit sangat. Sampai sekarang aku terasa rindu kat dia. Hahahaha, sapa yang ada idea mai habaq kat aku sat, lagu mana mau lupa dia, aku dah bengong pikiaq nak lupa budak tu.
Perempuan kan, senang sangat lupa kat orang yang kononnya dia benci, yang aku pon bodo pi ikot sangat kata hati sampai jadi macam ni.

La ni hidop aku caca merba, kerja pon macam barai lagi, aku buat apa ter-pikiaq pasai dia kecuali masa semayang ja. Aku dah abeh ikhtiaq nak lupakan dia. Lagipon dia cuma anggap aku kawan ja, aku ja yang lebih2 pi bekenan buat pa......


sell your love because love is not something that are eternal....

Wednesday, October 20, 2010

Aku Dulu Normal, Jadi Gile, Pastu Hebat Balik,,,

wah, sakitnye ati aku bile aku jatuh cinte,,,, hehehe...
gile ah aku senang-senang je jatuh cinte kat orang perempuan... hahahaha...
aku ingat dulu ati aku da giler-giler keras, immune dengan cinte perempuan, satu jenis percintaan yang tak pasti, huhuhu, " Perempuan ni tak tahu yang kite sayangkan dan cintekan dorang sebelum dorang rase sakitnye cintekan seseorang yang tuduh kite bukan-bukan dan sebenarnye tuduhan tu 'was wrong at all!!!!'.

tapi aku tak sangke la, sorang kawan aku sendiri yang keluarkan statement yang bukan-bukan sal aku... aku kaciwa giler kut.
tak sangke kawan sendiri buleh kate yang tak benar tentang aku, dan si die, macam mane la aku buleh senang-senang je nak sayang...??? haishhhhh~~~~

giler ah, aku da maleh giler nak pikir sal pompuan lagi pas ni la, buang mase gegiler and buang je air mate aku... hahaha...

weh, kepade sesaper kat luar sane yang pernah kaciwa dengan perhubungan korang sebulom nie, mari la bersame-same aku doe, kite ni tak sepatutnya jatuh, simpan or mempunyai rase lebih dari seorang kawan kepade sorang pompuan, cukop ar sebagai menjadi kawan yang bek, macam aku ngan sorang member aku ni, hehehe, die skunk blaja kat Johor, huhuhu, joh tu beb!!
tapi aku sayang sangat kat die.. weh, bajet ar, aku sayang sebagai kawan sebab die kawan bek aku dan aku pon tamau die jadi macam aku, sakit sebab percintaan yang sia-sia.

kalau la aku ade peluang untuk undurkan mase lampau aku, aku tak kan belajo mencintai or jatuh cinte dengan mane-mane pompuan pon kat dunie nie, sebab aku ni bodo!! hahaha...

giler bebenor aku sampai sanggup pindah ke seberang pulau semate-mate cinte bodo yang tak bawak aku ke mane-mane pon. aku tawu, mesti kakak-kakak aku ade yang terbace entry aku nih, tapi aku da tak kesah pon sebab sekarang azam aku nak blaja dan blaja dan blaja dan blaja...

kalau tak silap aku le, UiTM ade offer student-studentnye wat Master-jie kat Universiti oversea, bawah program Mengubah Destini Anak Bangsa, makanye, aku ingin mengambil inisiatif ini untuk belajar dalam bidang bisnes dengan undang-undang di universiti luar negare, paling dekat pon kalau buleh aku ingat nak pegi Australia, insya Allah selagi azam aku masih kuat nie, aku akan cuba sehabis baek untuk pegi gak oversea,,, mudah-mudahan Allah bukekan aku jalan ke sane....

aku sebenarnye da maleh dengan iklim kehidupan di malaysie ni sebab, ape-ape sikit, "ape hal ko, nak gado ke??" hape la, macam tak de tamadun je orang malaysie ni.

analisa dengan sumber sejarah yang aku miliki sekarang ni, majoriti penduduk malaysie ni akan jadi cerdas, cergas dan kuat lepas dorang kene tekanan, contohnye macam lepas perang dunie ke-2 dulu, bangsa kite kan hebat, sanggup jadi komunis [MPAJA] jadi tentera gerila Inggeris [Force 136] dan juge tentera anak melayu sendiri [Askar Wataniah] dan [Askar Melayu Setia(btl ke nie)]. kuat tak kuat orang kite dulu-dulu?? dulu kite buleh buat meriam besar, lagi besar dari meriam orang puteh (cari gambar Bangunan Kementerian Pertahanan Thailand, ade meriam Patani yang dirampas lepas Patani kalah dalam siri peperangan terakhir dengan tentera Siam). kite jugak ade meriam kecik-kecik, yang orang dulu-dulu panggil Lela [yang besar panggil Lela Rentaka or Rentake je]. Dulu kite ade Venice Timur [Melaka], kite pengeluar bijih timah terbesar dunie, bahan yang paling banyak digunakan untuk membuat kapal dan juga peluru, medium yang penjajah gunekan untuk mencetuskan perang dan jugak untuk menjajah negare laen.

ingat tau, hasil mahsul bumi Suvarnabhumi ni jugak la, orang Inggeris gune untuk membuat kapal perang yang diberi name HMS Malaya, yang karam dalam pertempuran semase perang dunie ke-2 dulu. ingat lagi tak, mase perang dulu, negare kite ni kan, orang Inggeris letak 2 bijik je kapal perang untuk kawal perairan negare kita, bukti orang Inggeris tak bersungguh-sungguh nak pertahankan tanah jajahan dorang.. hahaha... so, maknanye sampai sekarang orang putih tak kan kesah pon kalau kite hancur or rosak akhlak, sebab yang penting bagi dorang adalah kesenangan dorang sendiri. 2 bijik kapal perang orang putih tu adalah HMS Prince of Wales dengan HMS Repulse yang kedua-dua bijik tu karam kat perairan Kuantan dalam perjalanan menyekat kemaraan Jepun dari laut tapi dorang kene serang dengan tentera kamikaze Jepun. beratus tahun dorang jajah kite, kaut untung dari negare kite, buat orang kite macam hamba dorang, tapi last-last mase perang, 2 bijik kapal perang je yang dorang letak dengan kira 136 buah kapal terbang pejuang. sikit kan???

ha, hebat tak negare kite, orang-orang kite?? tapi sekarang, "ko pehal, nak gado???", tapi jumpak je bangse laen, kite tunduk, kononnye hormat, kalau kite tunduk hormat macam orang Jepun, tapi orang yang kite tunduk beri hormat tadi sujud balik pada kite sebab hebatnye ekonomi kite yang buleh buatkan dorang muflis ok jugak, ni tak, we're empty!!

dulu, kite ade kerajaan yang kuat, Melaka, Patani, Brunei, Johor dan seluruh archipelago di Nusantara ni yang berani secara terang-terangan menentang penjajah dengan segala kudrat yang termampu, tapi kini, orang kite lak yang agung-agungkan budaye yang ntah hape-hape. kite ikot je, tanpa tawu asal-usul budaye tu.

hahaha, aku sekarang sangat takot doe, tengok orang sane-sini buat bangunan tinggi, sebab Nabi S.A.W bersabda, "....tidak akan datang hari kiamat sehingga manusia meninggikan rumah-rumah dan bangunan kepunyaan mereka......"

haish, aku dah lari tajuk ni, asyik berceloteh je, hahaha, amik la pengajaran daripade entry aku kali ni, ni entry yang 100% tak de langsung aku selitkan bahase utare tawu... hahaha, appreciate siket tau, kalau ade salah style language tu, roger-roger la kat comment inbox aku ye....

Salam...... -Pena Istiqamah-

Thursday, October 14, 2010

SUKE_SUKE>>>> wink~~

Aku naek heran jugak, awat duit aku makin berkurang walaupun aku dah ada kat rumah.. Rupa-rupanya, aku tak dapat kawal lagi nafsu makan aku macam dulu... Hahahaha...
Gila jugak la aku ni, boros kat makan je.

Pastu ada la hari tu, aku pegi Parit Buntar, ingatkan nak jalan-jalan, tetiba aku dapat 'call' dari member mintak aku ganti dia kerja, aku pon ok la sebab nanti boleh dapat gaji lebih. Tapi niat nak ronda Parit Buntar terpaksa aku batalkan, tapi aku tetap ronda jugak ke Stesen Bas Parit Buntar sebab saja-saja, dah lama tak pi tempat tu. Nak tau apa yang buat aku terkezut masa kat stesen bas tu, aku nampak AMMAR MUHAIMIN BIN AMRAN sebagai 'cashier' kat salah satu kaunter jual tiket bas tu, mula-mula aku ingat dia ni ulat tiket, hahaha, [jangan marah erk Ammar] tapi rupa-rupanya dia pun buat kerja part time macam aku sebab nak cari duet lebih, tapi aku kerja nak cukupkan duet ambik lesen kereta... [Lain niat tu], hahahahaha..

Ok, chow dulu, dah abes merapu dah ni.... ~Tata~

SALAHKAH HATIKU?


Dalam rimbun pagi aku mengenangkanmu,
Terpancar keikhlasan untuk mengenalimu,
Terdiam sebentar aku menyusun kata memperkenalkan diri padamu,
Tersenyum mesra saat kau menyambut huluran persahabatan.
Diri ini mula berbunga rindu.

Hari itu kau semakin kecewa,
Dengan kisah silam yang terukir lama dahulu,
Dia bermadah kau berbahasa,
"I need someone to talk with",
" And I said, I'm here for you every time you need me",
Itu dahulu!

Kelmarin kau berjaya membanjiri sepetak ruang berisi kisahmu,
Kau lumurkan lumut dan kotoran pada keikhlasanku,
Kau lemparkan kata-kata mendustakan bicara aku padamu,
Kau buat aku membenarkan tiada wanita lagi pada generasi kini,
Ternyata telahan ku benar, tiada yang ikhlas tentang dunia.

Salahkah pada hatiku menyimpan rasa?
Atau salah pada hatiku gagal menilai rasamu?
Mungkin itu salahku, memungkir pada kata-kata,
Namun kau jua mungkir pada penjelasan nuraniku,
Hingga kini kau buat aku derita.

Sepanjang jalan gelap yang aku susuri malam itu,
Setitis demi setitis air mataku gugur,
Salahkah kau aku ingin berlaku jujur?

Hati ini sudah cukup terluka,
Andainya kau hadir menjenguk pada wadahku ini,
Ketahuilah, hati terluka bila ku sedar kau kata aku seorang penipu,
Jiwa meronta bila ternyata kata-katamu itu dusta atas ku.

Ku terima semua dengan tabah,
Harapanku agar muncul hikmah disebalik keterlanjuranku....
Menyimpan rasa ini padamu~
-Pena Istiqamah-

Monday, October 11, 2010

It Just A Piece Of Memory

Actually, I don't has any interesting thing to share, but I'm just want talk nonsense here. This entry also to remember her, da most person I missed now....

Huk3, please give me some sympathy because I miss her soooo much!! damn!

(Awak, rindu ohhh. Kate kwn bek sy, but since now, i've never heard your voice anymore...)

Ok la kawan2, I done with my nonsense speech. Eh3, jap, buat kawan2 'bakal' room mate aku, tlg ambil perhatian, ANDA DI MINTA MEMBUAT PENDAFTARAN KOLEJ KEDIAMAN MASING2 SEBELUM 18 OKTOBER 2010. BEGITU JUGAK KAWAN2 AKU YANG LAIN, DON'T FORGET TO FILL THE FORM BEFORE 18th OKTOBER 2010 OKAY.

FOR MY SENIOR AND MY FRIEND, HAPPY ATTENDING YOUR EXAMINATION STARTING BY THE END OF THIS MONTH OK...
WISH YOU'LL GOOD LUCK...........##

Tuesday, September 28, 2010

Is Malaysia A Federation?

Federation can be called a state comprised of a number of self-governing regions united by a central government. Malaysia can be called as federation because it is clearly stated in Article 1 (1) of Federal Constitution, the federation shall be known, in Malay and in English, by the name Malaysia and Article 1 (2), the States of the Federaation shall be Johore, Kedah, Kelantan, Malacca, Negeri Sembilan, Pahang, Penang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor and Trengganu.
Within this two provisions, it is clearly stated that Malaysia is a federation since its establishment in September 1963. Characteristic of federation consist of unity of a few self-governing government and being rule by a central or federal government.

Commonly, Malaysia is a federation based on the system Malaysian used to run this country.

Being Nationalistic For A While...

NATIONAL PRINCIPLE:

We her peoples, pledge our united efforts, to attain these ends, guided by this principle,

1. believe in God
2. loyalty to the King and Country
3. upholding the constitution
4. rule of law
5. good behavior and morality

Monday, September 27, 2010

Selepas Exam Yang Mengeyangkan....



Semalam Bear datang balik lepas dia balik rumah 'in the previous day'. Dia pon drive kereta dia sebab dia kata nak ajak member2 kluar pegi makan2 kat PJ. Hari semalam hari Ahad, 26/9/2010, ada exam BEL 260 start dari pukul 2.15 sampai 5.15 petang. Lepas habis exam tu, lepak2 jap dalam bilik, then dalam pukul 6.00 petang tu, Bear pon drove keta dia pegi ke Petaling Jaya, kat Seksyen SS 2. Kat situ ada 1 kedai yang makanan dia memang umph.... layan beb, sedap kaw3 ar.. hehehe [jangan jelez].

Sebenarnya Bear ajak kluar pon sebab masing memang tension kaw lepas exam MTC 012 hari tu. Jadi, bila abes je exam BEL 260, semua decide nak kluar makan2. So, Bear pon suggested satu restoran, nama dia Restoran Murni SS 2. Perghhh... sumpah ramai orang. Secret Recipe yang sebelah tu pon macam tak wujud je. Service pon cepat. Makanan pon banyak. Azzad, Epi dengan Mon tak abes makan, then aku pon tolong la habiskan makanan dorang... Hahahaha, macam nak pecah perot aku makan banyak, tapi tak pe sebab aku suke and memang sedap. Makanan + air epal special aku = RM 15 je...

Mat Salleh pon ade jugak. Wow, an Englishman ate Malaysian cuisine beb... It already made me proud of my country... Hahaha....

Restoran tu owner dia Cina, but they got HALAL certificate by syarikat yang diberi kepercayaan mengeluarkan sijil halal oleh JAKIM.

So, don't be afraid about foods here, HALAL guaranteed.. hehehehe...

Tengok la gambar2 kat atas ni, but don't be jealous yeah....

psst:pegi la ke Restoran Murni SS 2 tu, sumpah tak rugi.. hehehe... len kali boleh la bawa si dia bila aku dah berpunya.. huhuhu :)



Saturday, August 28, 2010

Kisah Yang Ku Kenangi.....



Selepas aku membaca kisah Siti Norbahiyah sejak semalam lagi, aku temui sepasang sahabat yang sejati, yang saling sayang-menyayangi antara saru sama lain. Sangat sedih kisah tu, sampai buat aku berfikir sejenak, "kuat jugak minah ni tahan erk, kawan dia da la meninggal, pastu dia rasa bersalah pulak. Hurm, kalau aku tak tau la macam mana pulak...".

Tapi aku rasa bertuah jugak sebab aku dah berusaha untuk yang terbaik demi keluarga aku, rakan-rakan aku dan diri aku sendiri dan kalau apa-apa jadi pun lepas ni kat aku, cuma satu je yang akan aku kesalkan di dunia ni, kerana aku terlalu cepat jatuh hati pada seseorang sehingga aku menutup pintu hati ni untuk cuba menyayangi insan yang lain. Untuk perkara yang lain, insya Allah, aku cuma belum bersedia dari amal aku je untuk aku bawa ke sana. Aku belum berkahwin, so for sure aku belum mempunyai anak, jadi mana aku nak dapat anak soleh yang akan mendoakan aku nanti kan. Pastu aku jugak seorang pelajar, sudah tentu aku mempunyai kewangan yang terhad, dan sudah pastinya aku tak mampu untuk bersedekah dan beramal jariah, cuma senyuman yang mampu aku lemparkan sebagai sedekah jariah aku. Aku cuma mempunyai amal ibadat aku je yang menyokong aku menuju ke sana, entah kan cukup, entah kan tidak, siapa yang tahu kan.

Aku ada terlalu banyak perkara yang perlu aku bicarakan dalam hidup ini. Aku juga cuba untuk mencari jawapan kepada persoalan hidup ini. Aku merantau dari satu destinasi ke satu destinasi dalam hidup aku ini semata-mata mencari jawapan kepada persoalan, "Mengapa dalam hidup aku perlu ada duka dan gembira, pertemuan dan perpisahan, permulaan dan perhentian, kekuatan dan kelemahan, suka dan dengki, bahagia dan derita, rahmat dan bencana.....?"

"Sajak dari Muhammad Affiq bin Parthi a.k.a Affiq KaYa"

An egg, cracked at the top,
there it is, a lovely and tiny, helpless bird!
It's mother chirping merrily to the merge of her heir...
Everyday she fed him, till the day he learnt to fly...
Expanding his wings,
embarking on a journey,
to ensure the liveliness,
the survival,
and topmost of all,
the prosperity, prosperousness of his own...
Fly then!

Buat dirimu yang berada jauh di selatan tanah air, maaf untuk mengakui, tetapi aku mula merinduimu selepas sekian lama tidak berjumpa. Semoga kau baik-baik sahaja di sana dan aku mengharapkan kau akan berjaya menggengam segulung ijazah seperti yang kau janjikan dahulu. Semoga pengajian Sarjana Muda yang sedang kau lalui kini tidak terganggu dengan kehadiran aku sebagai sahabatmu.

Buat emak yang berada di kampung, maafkanlah anakmu ini kerana melanggar janji yang aku buat ketika aku terlantar di katil hospital dahulu. Aku cuba memenuhi janjiku padamu ibu, namun aku gagal melawan godaan kemajuan yang sentiasa menarik aku tersasar dari landasan yang kau pinta, namun percayalah, kini aku kembali pada jalan yang kau tunjukkan pada aku dan aku akan terus mengikutinya. Ibuku, tahukah kau betapa aku amat menyayangimu dan aku sangat sekali tidak sanggup meninggalkanmu sendirian di dunia ini. Namun aku terpaksa mengikuti takdirku yang telah kau redhai. Wahai ibuku, sehingga saat aku menulis artikel ni, ketahuilah aku teramat merinduimu... Semoga kau sihat dan sentiasa dalam rahmat dari Yang Maha Esa.

Hidup aku ini umpama layang-layang yang terputus talinya. Terbang bebas tanpa arahan sesiapa kecuali mengharapkan angin Ilahi yang menolakku terbang ke mana sahaja mengikuti arahnya. Buat rakan-rakan aku yang pernah bersama-sama aku berjuang di medan ilmu selama ini, maafkan aku kerana terlalu sukar untuk melupakan apa yang kalian lakukan pada aku, atas layanan dan juga kata-kata kalian. Buat yang menjadi penghibur aku dikala berduka, terima kasih sahabatku, kalian teramat bererti dalam hidup aku.

Friday, August 27, 2010

Syahdu Pagi Di Aidilfitri

Perlukah lagi aku kekal dalam menghadapi hidup ni selepas apa yang aku lalui selama ini.
semalam, aku pegi beli tiket bas, aku rasa syahdu sangat nak balik kali ni, tak tau la sebab apa aku jadi macam ni, mungkin ni first time aku balik raya jauh2 kot, sebab sebelom ni aku tak penah balik raya sejauh ni walau pon sebelom ni aku balik untuk raya, penang ke perak agak 3 jam jugak perjalanan menaiki bas dan juga feri, namun kali ni aku akan menempuh perjalanan selama 5 jam untuk pulang ke kampung.

tapi berjayakah aku nanti pulang ke kampung???
sampai ke rumah dan meneruskan kerja menaip aku dalam blog ni...
harap-harap begitulah...........

tapi kalau aku gagal untuk meneruskan kerja-kerja untuk menaip di blog ni lagi untuk selama-lamanya, aku nak minta maaf kepada semua sebab tak mampu lagi nak berkongsi apa yabg aku rasa, lihat, dan cuba dalam hidup ni....
aku terlalu mencintai masa silam aku yang penuh dengan keceriaan.

aku juga rindukan detik-detik aku mencapai kegembiraan...
namun aku dah tak kisah lagi untuk semua tu, yang aku kisah andai benar-benar terjadi kali ini, mampukah aku melihat begitu banyak air mata....
cukup sekali tahun lepas, biar tahun ni aku tak nampak lagi air mata tu jatuh untuk aku.......
aku nak tidur selamanya kali ni..............

Friday, August 20, 2010

Hari Gila-Gila Buat Aku....

Hari ni aku terpaksa batalkan perjalanan pulang ke kampung disebabkan esok ada TEST!!!! Arghhhhhhhhh!!!!!!!!!!!!!!!!!!! Kenapa la lecturer tu tak cakap awal-awal, senang la aku nak prepare balik minggu depan ke, ni idak, aku dah beli tiket baru Miss tu bagitau ada test komputer hari Sabtu ni.. So, nak tak nak aku pon stay je la hujung minggu ni kat Kolej Kenanga 5 nih.... [pssst:naseb baek la lecturer komputer tu comei and baek ati.. hehehehe]

Hari ni dah hari kedua aku keluar awal pepagi untuk bersahur di kafe Komplek Renang UiTM, makanan dia boleh tahan la, masa beli tu tengah fresh2 panas... layan ar beb....
Hari ni jugak masjid kat Pusat Islam [PI] dah mula dibuka untuk bersolat, wah, best la aku, dah dekat, tak payah jalan jauh2 lagi macam dulu, sampai terpaksa pergi ke Komplek Sukan untuk bersolat Jumaat....

Hari ni jugak, amat bermakna dalam sesi membuat 'assignment' aku, sebab 'assignment' BEL 313 aku akhirnya berjaya jugak disiapkan selepas 2 hari 2 malam berturut-turut aku bersengkang mata untuk menyiapkannya.. Pueh hati aku... Hahahahaha.... Tapi aku cuak jugak sebab, ada lebih kurang 20% aku tak buat sendiri.. Hahahaha...

Penat wooooo bulan posa nih, tapi perasan tak? Sekarang adalah hari ke-10 Ramadhan kot.. Hahahaha, dats mean, 3 weeks to go before Eid Mubarak celebration. Hahahaha... i didn't prepare anything yet, maybe next week, I'll go to find a suitable 'Baju Melayu' for the purpose of Eid Celebration, a pair of sandal, a jeans [maybe]. It must be done before September.. hehehehe..

A'ah, bateri laptop aku semakin bengong, baru cas je, aku dengar lagu, lepas 30 minit nanti mesti tinggal +/-60% lagi bateri aku tinggal. Wah, ini sudah bikin lama mau cas kembali. tapi bila pikir balik la kan, biaq la no, sebab, aku pon bukannya guna sangat bateri tu sebab sekarang bilik aku dah dapat wi fi [ngeee~~~].

Aku pon dah tak dak apa lagi la nak taip, kalau ada idea apa-apa, tolong pos ke komen aku ok.
Untuk soalan pas semester yang aku kata nak post jawapan dia dalam blog aku nih, nanti la lepas aku hilangkan penat siapkan kerja BEL 313. Mungkin aku akan start hari Isnin. Buat kawan2 yang perlukan rujukan, blh la rujuk blog aku, pastu kalau ada salah nanti dalam hasil kerja aku tu, tolong la komenkan ok...

K la, nak chow pi hantar dobi baju2 bucuk aku biar jadi wangi. Pastu nak bawak Naam pegi beli tiket balik Kelantan.

Thanks a lot to Fara Aisyah and her company because spent some time with me to throw away our tension out from our head. Gambett!

Tuesday, August 17, 2010

Ku Pinjam Dari I Luv Islam.. Moga bermanfaat...


"Din, Bila Kau Nak Balik Beraya Dengan Mak?"
www.iLuvislam.com
oleh: Alang*



"Din, bila kau nak balik Malaysia ni? Mak dah lama benar tak nampak kau dalam rumah ni".

"Din tak dapat cutilah mak tahun ni. Tengoklah, Din cuba usahakan balik hujung tahun ni, ya mak?", jawabnya lemah. Dia mengeluh sekejap.

"Dah 3 tahun kau tak sambut raya kat rumah ni. Mak teringin nak kau ada kat sini waktu raya nanti. Mak bukan apa Din, mak sunyi kat sini," kata ibunya. Tersekat-sekat suaranya seolah menahan sebak di dada. "Sejak ayah kau dah tak ada, dah tak ada sapa-sapa lagi di rumah ni. Along selalu sibuk, tak habis-habis dengan kerjanya. Nak harap Angah datang bertandang ke sini, jauh sekali. Asyik dengan bininya saja. Tahun ni belum tentu lagi balik beraya di sini. Selalu sangat beraya di kampung bini dia. Si Hana jauh di UK sana belajar. Siapa lagi yang nak temankan mak ni Din".

"Mak, kalau Din boleh balik, memang Din balik rumah beraya tahun ni dengan mak. Tapi Din kerja jauh mak. Rezeki Din ada kat sini. Mak, Din janji dengan mak, Din minta cuti sebulan hujung tahun ni. Din balik M'sia dan duduk dengan mak untuk sebulan. Ya mak?". Itu saja yang mampu dia katakan pada ibunya.

Hari ini tinggal lagi seminggu untuk umat Islam menyambut Aidilfitri. Din masih lagi sibuk dengan tugasannya di pejabat. Kadang-kadang dia habiskan seharian suntuk di pejabat. Bidang tugasnya sebagai jurutera ternyata menghalang dia untuk bersenang-senangan seperti kawan-kawannya yang lain. Kebetulan dia telah pun ditugaskan untuk mengurusi satu projek baru. Lelah dirinya apabila terlalu banyak perkara yang perlu dia bereskan.

"Hello Along, assalamualaikum".
"Hello...haa..apa citer kau telefon ni? Kau balik tak raya ni, Lang?".
"Insya Allah balik. Tapi kau jangan cerita pada mak pulak pasal ni. Saja aku nak buat surprise kat mak," balas Din."Kau jangan Lang. Mak tu bukannya sihat sangat sejak dua menjak ni. Karang kau tiba-tiba tercegat depan pintu rumah tu, mati terkejut mak nanti!".
"Aishh, ada ke situ pulak. Nak sangat ke mak mati?!", Din meninggikan suaranya sedikit. "Idak ler, tapi sekurang-kurangnya kau bagi tahu pada mak dulu. Jangan nak buat terkejut-terkejut ni. Kau pun tahu perangai mak, bukannya suka sangat terkejut ni," jelas Along. "Haa, iya lah..iya lah. Eh, mak ada tak? Aku nak cakap dengan mak kejap".

"Haa, kau tunggu kejap. Aku panggil mak," balas Along lagi.

"Hello Din, ni mak ni". Sedikit-sedikit terdengar di cuping telinga Din suara ibunya serak."Mak, mak apa khabar?"."Mak sihat ni. Batuk sikit-sikit. Agaknya badan mak sejuk gamaknya. Eh, ni apa cerita telefon rumah rajin sangat ni? Selalu telefon sebulan sekali ajer," soal ibunya."Saja ajer mak. Hari ni Din kurang busy sikit. Kebetulan terasa nak sembang dengan mak pulak hari ni".

"Oh ye ke? Haa Din, ingat tak si Hafizah anak Pak Wan depan rumah tu? Dia dah nak nikah lepas raya ni"."Haa, Din ingat dia mak. Dia nikah dengan siapa mak? Alahai, rugilah Din macam ni mak! Dah la lawa budaknya tu. Putih gebu kan dia mak? Din baru ingat nak masuk mengurat anak makcik Ani tu," kata Din sambil tergelak-gelak. Geli hatinya bila dia menyebut tentang hal mengurat anak dara jirannya."Padan muka kau Din. Mak dah suruh dari dulu lagi tapi kau tak nak. Asyik sibuk memanjang pasal belajar. Kau ni pulak Din, bila nak kahwinnya? Umur dah nak masuk 30. Nak jadi bujang lapuk ke?", soal orang tuanya.

"Bujang lapuk pun famous mak. Macam P Ramlee tu kan mak? Mak tak nak ke anak bujang mak ni jadi famous?" sambung Din mengusik ibunya. "Haa..mak tak nak kau jadi macam P Ramlee. Nak kahwin, biar kahwin bini seorang. Kita nak berlaki berbini ni, biarlah kekal sampai akhir hayat bersama. Tak ada bercerai-berai," panjang pula ibunya menyambung 'ceramah'."Alah mak! Din ni, nak cari seorang pun payah gila. Ni kan pulak nak bertambah-tambah bininya. Lagi pun mak, siapalah nak ke Din ni. Muka macam getah sekerap!", jawab Din. Dia tertawa terkekeh-kekeh di hujung corong telefon. "Engkau ni kalau pasal merepek, memang nombor satu. Dari kecik sampai ke besar! Eh Din, mak sakit perut lah. Mak nak ke bilik air ni".

"Alaah mak. Nantilah dulu. Erm mak, hari raya dah dekat ni. Din nak minta ampun kat mak. Mintak ampun sangat-sangat. Din tak dapat balik cuti beraya. Halalkan makan-minum Din selama ni. Din cuma nak cakap, Din rindu sangat nak jumpa mak. Din janji dengan mak, hujung tahun ni Din balik M'sia. Din nak bawa mak balik kampung, gi ziarah kubur ayah sama-sama. Ya mak, ya?" kata Din. Dia cuba sedaya upaya menahan perasaan hibanya."Mak tahu kau kerja kat sana, Din. Mak tak paksa kau balik. Kau ada tanggungjawab kau di sana. Kalau ada salah silap kau dengan mak, dah lama mak ampunkan. Kau kan anak mak juga, sama macam Along, sama macam Angah dan Hana. Kau jangan risau semua tu. Kerja elok-elok sana. Jaga diri baik-baik, jangan lengah-lengahkan sembahyang tu. Itu ajer pesan mak", panjang lebar ibunya beri nasihat.

Ringan sedikit rasa hati Din. Sejuk hatinya bila mendengar tiap pesanan dari ibunya."Eh Din, mak ni sakit perut ni! Mak pergi bilik air dulu! Bercakap dengan kau ni, memang takkan sudah," ujar ibunya lagi. "Haa..ya lah mak. Din letak dulu ya mak? Selamat hari raya mak! Assalamualaikum," balas Din. Tup. Talian telefon sudah pun diputuskan. Din cuma menggelengkan kepalanya sahaja.


*****


28 Ramadhan, 1420.

Din sudah pun mengemaskan segala pakaian yang bakal dia bawa pulang. Segala dokumen perjalanan sudah pun diurusi sebaik mungkin. Dia sempat membeli-belah pada hari semalam untuk dibawa pulang sebagai ole-ole untuk adik-beradiknya. Din pun tak lupa membeli beberapa selendang sutera sebagai hadiah untuk ibunya. Hatinya sudah tidak sabar untuk kembali ke Malaysia. Dia juga membawa pulang seorang temannya untuk diperkenalkan kepada ibu di rumah nanti. Din mahu restu dari maknya sebelum dia meneruskan hubungannya dengan 'kawan'nya itu.

Resah sungguh hatinya ketika berada di Newark International Airport. "Ya Allah, janganlah delay flight lagi macam dulu," ngomelnya sendirian. "Hey Din, are you okay?". Din terkasima sebentar. "Yeah, I'm cool here. It's just that I don't feel easy about this. It has been quite sometimes I've been away from my family. A bit anxious here though!", balasnya lembut. Din tetap tersenyum memandang temannya itu. "By the way Din, did you tell your brother to fetch us at the airport", soal temannya lagi. "Oh yeah, yup. I told Along to be there at 10 am. I'm pretty sure by then we should be over with the immigration...".

"Flight MH90 from Newark to Kuala Lumpur is ready for boarding. All passengers are required to provide the tickets and IDs. Passengers will be called upon through their seat numbers. Row 33 till...."

Din bingkas bangun dari tempat duduknya. Hatinya sudah berasa tidak sabar untuk tiba ke tanahair. "Lisa, shall we?". Lisa menganggukkan kepalanya. Mereka berjalan segera menyertai barisan para penumpang yang bersedia untuk menaiki kapal terbang MAS. Senyuman di wajah Din tidak lekang sejak dia mula sampai ke lapangan terbang. Di hatinya terbayang reaksi wajah ibunya tatkala dia tiba di rumah nanti. "Mesti mak suka aku balik ni," katanya sendirian.

"Welcome to Malaysian Airlines sir, ma'am".

Sudah hampir 21 jam mereka berdua berada di dalam kapal terbang. Sebentar lagi penerbangan MH90 akan mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Sepang. Pemandangan bandar Kelang yang berbalam-balam dari langit tinggi membuatkan Din semakin tidak sabar untuk mencecahkan kakinya semula ke tanah. Dari jauh lagi dia sudah nampak menara KLCC yang tersergam indah. Begitu juga dengan Menara Kuala Lumpur. Tidak berhenti-henti dari tadi Din menceritakan tentang kehebatan bangunan KLCC kepada Lisa. Lisa cuma tersenyum kelat. Ah, barangkali dia penat dalam kapal terbang. Terperenyuk di kerusi berjam-jam, siapa yang tidak akan lesu. Berkaca-kaca mata Din apabila dia melihat pemandangan KLIA dari tepi tingkat. Hatinya terasa begitu rindu sekali untuk melihat suasana di ibukota nanti. Ingin sekali dia menghirup udara Kuala Lumpur setelah bertahun-tahun meninggalkannya.

Setelah selesai menguruskan urusan paspot dengan Pegawai Immigresen, Din dan Lisa segera meninggalkan kaunter Immigresen dan bersiap untuk menunggu bagasi mereka. Selepas itu keduanya berjalan menuju ke Balai Ketibaan. Dari jauh lagi Din sudah dapat mengenal kelibat Along yang diam berdiri. Dia nampak Along tersenyum, tapi senyumannya tidak seceria seperti yang sepatutnya.

"Assalamualaikum. Lama ke tunggu kita orang?", tanya Din."Wa'alaikumsalam. Tak lama sangat. Dah, tak usah berlengah lagi. Kita balik rumah terus ya?" ujar Along. "Eh nanti dulu. Ni, perkenalkan, Lisa," kata Din. Along menganggukkan kepalanya seraya menatap wajah Lisa. Lisa tersenyum. "Lisa, this is my brother, Along". "Assalamu'aleikum, nice to meet you," katanya. Along sedikit terkejut. "Oh Long, dia saudara baru kita. Okay, cepatlah, orang pun tak sabar nak jumpa mak ni," ujar Din lagi.

Riak wajah Along segera berubah.

"Hmm..marilah. Cepat sampai, cepat kita jumpa mak," jawab Along.

Setibanya mereka di rumah, Din merasa hairan apabila melihatkan ramai orang berkumpul di halaman rumahnya. Ramai pula yang berketayap dan bersongkok hitam berhimpun seolah-olah ada keramaian. Hatinya mulai berdebar dan rusuh sekali.Kedengaran suara orang ramai membaca surah Yasin. Dia segera memandang Lisa dan abang sulungnya. Lisa sendiri keliru. "Along, kenapa ni? Ada apa kat rumah kita ni Long?". Din nampak Angah bersongkok sedang sibuk mengedarkan naskhah Yasin kepada orang ramai. Along berpaling dan memandang wajah Din."Lang, mak kita dah tak ada. Mak sakit tenat sejak dari malam tadi. Katanya perutnya sakit. Aku bawak mak pergi ke hospital tengah malam tadi," jelas Along. Nyata di wajahnya kemurungan yang teramat sangat.

Sejuk kepala lutut Din mendengarkan berita itu. Bergetar seluruh tubuhnya seolah-olah tidak mahu menerima berita kematian ibunya. "Mak sakit apa Long?". "Aku tak tahu. Doktor beritahu pagi tadi, perut mak ada banyak asid sampai berlubang dinding perutnya. Kata doktor lagi, mak lambat sangat dapatkan rawatan di hospital. Ulser di perut dia jadi makin parah. Aku cuba telefon kau malam tadi tapi tak dapat," jawap Along.

Belum sempat Along menghabiskan kata-katanya, Din sudah pun segera berlari masuk ke dalam rumah. Ditinggalkannya bagasi di luar begitu saja. Dia nampak sekujur tubuh ibunya terbaring di ruang tamu dengan ditutupi oleh sehelai kain batik jawa. Angah bangun segera dari tempat duduknya. Din terduduk di hujung kaki jenazah ibunya. Tak mampu lagi rasanya untuk dia berdiri lebih lama lagi. Pak Long datang menghampirinya dan cuba menenangkan keadaannya. Din bungkam seketika. Dia seperti keliru. Pak Long angkat sedikit hujung kain batik sehingga mendedahkan wajah pucat ibunya. Air mata segera terhambur keluar dari celah-celah kelopak mata Din.

"Mak..Din dah balik rumah ni. Kenapa mak pergi dulu? Sampai hati mak pergi dulu. Kenapa mak tak tunggu Din sampai rumah," Din memeluk jenazah arwah ibunya. Beberapa orang jirannya menyeka air mata mereka melihatkan ratapan Din. "Mak, Din bawa bakal menantu Mak. Nama dia Lisa, mak. Dia berhajat sangat nak jumpa dengan mak," rintih Din sambil dia mencium-cium wajah lesu dan kaku ibunya. Lisa berdiri tegak di pintu rumah. Dia sendiri mengalirkan air mata melihatkan keadaan Din meratap hiba kehilangan satu-satunya orang tuanya itu. Along segera meminta isteri Angah mendapatkan Lisa dan bawa dia masuk ke dalam bilik.

"Din, mak kita dah balik dijemput tuhan. Usah kita ratap-ratapkan lagi. Terseksa roh mak nanti, Din. Kita doakan arwah mak bahagia di sana," kata Along lembut. Din masih lagi tersedu-sedu. Dadanya terasakan sesak hingga dia berasa sukar untuk bernafas. "Din, kau banyak-banyakkan mengucap. Bawak bertenang Din," sambung Pak Long pula.

"Mak...Din minta ampun mak sebab Din tak bagitau mak yang Din nak balik. Din mintak ampun mak sebab Din tak beraya dengan mak lama dah," keluhnya lagi.

Perlahan-lahan Din melepaskan pelukannya. Along dan Angah memapah Din ke tepi. Jiran tetangganya mulai menyambung bacaan surah Yasin yang terhenti tadi. Angah hulurkan senaskhah surah Yasin kepadanya. Din menolak pemberian abangnya itu. Dia sendiri membacakan surah Yasin dengan tanpa dibantu bahan bacaan ayat suci Al Quran itu. Air matanya masih mengalir. Semakin lama semakin deras. Sesekali dia menyeka air matai yang membasahi pipinya. Hatinya hancur sekali apabila dia menyedari hakikat yang ibunya tidak dapat lagi bersamanya lagi. Tamat sudah tempoh emak di bumi Tuhan.

Kini sudah dua tahun emaknya kembali ke alam baqa. Setiap kali Ramadhan tiba ke penghujungnya, Din berasa sayu sekali kerana terkenangkan arwah ibu yang kini bersemadi jauh di dasar bumi itu. Lisa, yang kini menjadi isterinya, sangat-sangat memahami keadaan hati suaminya. "Honey, let's go home. It's about time to break our fast," sapanya lembut. Din berpaling menghadap isterinya, di pipinya masih lagi basah dengan air mata. Dia menatap kedua mata biru milik isterinya dan sejurus kemudian, dia bingkas bangun dan mendapatkan anaknya yang didukung oleh Lisa. "Yeah sure. We better get home before maghrib comes in," katanya seraya menghadiahkan sebuah ciuman ke pipi Lisa. Mereka berdua berjalan bergandingan tangan lalu meninggalkan kawasan perkuburan yang terbiar sepi dan sunyi itu.

Bergembiralah Wahai Wanita Muslimah

Sunday, August 15, 2010

Wahai Wanita Muslimah

Rahsia apakah yang membawa aku ke sini, menumpang teduhan ilmu di bumi orang, memisahkan anak dan ibunya kerana ilmu yang dituntut. Aku kali ini hadir cuma picisan daripada keseluruhan cerita di muka bumi yang indah ini, tapi sampai bila...

Semalam aku menonton video, 'Bergembiralah Wahai Wanita', ternyata video ini menyedarkan aku, mengapa jumlah wanita adalah penghuni terbanyak di neraka, kerana mereka adalah golongan yang paling mudah sekali untuk memasuki syurga....

WAHAI PARA WANITA MUSLIMAH DI LUAR SANA, JAGA ADAPMU, TAATLAH KEPADA SUAMIMU, JAGALAH TUTUR KATAMU, DAN MAHKOTAMU KERANA ITU ADALAH SYARAT-SYARAT YANG TERAMAT MUDAH UNTUKMU MEMILIH MANA-MANA PINTU SYURGA KAU INGINI..... DAN SYARAT-SYARAT INI JUGALAH YANG SERING DILUPAKAN DAN MEMBUATMU SENGSARA SELAMA-LAMANYA DI NERAKA.






Friday, August 13, 2010

Hari Jumaat, Ramadhan Ke-3

Hari ni dah 3 hari umat Islam menunaikan ibadah puasa, begitu jugak aku... [hehehe]. Semalam aku miss sahur, jadi pagi tadi aku piuun azam nak bangun utk bersahur, so aku pon bersahur la dgn kawan2 aku, makan roti dgn tuna [sedap weh], pastu aku pon turun dari bilik kawan aku. bancuh sepeket Milo dgn makan buah epal sebijik.. Wah, sedapnya time tu. Pastu, aku pon pinjam Sabiq punya 'broadband', nak ber'fesbuk' la niat nya, pas Subuh pagi tadi, aku pon tertido [kih3], aku ingat baru pukul 7, pastu bila tgk lama2, jam kat enset aku tu, WAH!!!! dah pukul 8 kot, kelas lagi 30 minit???? Tapi, aku mandi kejap je, jap je dah siap, pastu 8.20 pagi tadi aku gerak dgn kawan2 aku semua menuju ke kelas, sesampai je kat kelas tadi, ntah mcm mana ntah, aku rasa boring tahap gaban, but luckily,tadi kelas formal tak de, cuma kelas perbincangan untuk forum minggu depan je.

Sunday, August 1, 2010

Sehari di UiTM, Fakulti Undang-Undang

Wah, dah berkurun lamanya semenjak aku meninggalkan dunia blogging ni, tapi lepas di desak oleh Naam, dengan si Mon pulak tergelak-gelakkan aku punya blog, lastly aku dengan penuh bersemangat nak update blog aku, even aku sekarang lagi perlu untuk cari artikel for BEL 260, BEL 313, siapkan assignment MTC 016, prepare untuk MEGATEST MTC 012, MEGATEST BEL 260, MEGA ASSIGNMENT BEL 313, presentation MTC 012 lagi, prepare untuk forum MTC 016...
hehehehe, tapi jangan risau sebab aku master mind nak siapkan kerja last minute, hahahaha.....

Si Bear baru balik, datang lepak bilik Naam bersama aku, sambil aku meng'update' blog, Bear dengan Naam pulak main Pro Evolution Soccer 2010, Mon pulak memerhatikan dengan penuh passion untuk main sekali game tu,,,, hahahaha....
Kerja masih terbengkalai, but, thanks God!! I have a lot of friends who is willing to help me go through this foundation program, and I will with them, together persue our BLS program.
Cukup la, aku cuma nak mengarut je, sebab laptop aku out of battery.. so pinjam laptop Naam nak update blog aku.. wakakakakaka

Jamaluddin Mohd, do your assigment now!!! Arghhhhhhh 22.31, 1st August 2010

Monday, June 7, 2010

SIMFONI ALAM PENYURAM KASIH

SUNGGUH AKU CINTA


Sejauh mana lagi

Harusku berlari

Dalam mengejar dirimu

Yang kian berlalu pergi


Dalam remang kesamaran senja

Terdetik rasa hati

Rupanya kau yang ku cintai

Dalam rindu berbunga

Kau pula menarik diri


Simfoni alam mula berbicara

Seakan menatang pergi hati yang lara

Dikejar tak dapat

Dikendong berciciran


Sungguh aku cinta

Bukan lagi berdusta

Tapi mengapa cepat benar

Kasihmu berubah arah

Thursday, May 6, 2010

PERMULAAN SATU KEHIDUPAN BARU.....

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA............

Untuk kesekian kalinya kan, akhirnya aku berjaya jugak menamatkan zaman persekolahanku selepas aku berhempas pulas belajar dan belajar dan belajar sehingga la aku berjaya menamatkan zaman ini.. -Zaman Sekolah=Zaman Cinta Monyet- ......

Kih Kih Kih Kih.........

Wah, tak sangka ye, akhirnya aku bakal bergelar seorang pelajar universiti... Fuhhhh, bangga walaupon tak dak la hebat mana kan.... [Sebab aku cuma pelajar asasi, bukan siswa]....

Mai aku chegita siket tentang kehidupan aku.... [Tak boleh la semua sebab takot nanti ada orang sabotaj kan...]

Aku lahir Julai 1992, wow, masa tu malam Jumaat, pastu, mengikut chegita mak aku, aku ni lahir songsang.. Ntah la macam mana.....
Aku dibesarkan dalam keluarga 7 beradik... Aku anak ke-6 tau....
Aku kenal ABC, alif, ba, ta masa kat sekolah tadika...[Tadika ISLAM].. Kat alor pongsu..
Kat situ la aku kenal kawan-kawan baek aku yang sampai sekarang pon kawan baek aku...
Tapi masa mengaji kat tadika tu, aku antara budak yang paling buas dan nakal, kalau seminggu sekali tak koyak lutut seluar aku dengan lutut aku luka sebab jatuh ke, ape ke, tak sah!
Aku kata je mengaji tadika, tapi 1 hapa aku pon tak tau masa belajaq kat situ..
Tapi aku bertuah sebab setahun aku kat situ, aku dah masuk pertandingan nasyid dan pertandingan hafazan doa-doa peringkat zon..
Untuk pertandingan hafazan doa tu, aku menang peringkat zon, dan akhirnya menyertai peringkat daerah.
Kat peringkat daerah aku menang nombor 3!!!!!!
He He He He.....

Masuk Darjah 1.... [SK Alor Pongsu]

Aku masa Darjah 1 memang tak menonjol, exam, fuhh, antara yang terkebelakang la masa tu, ayah aku pulak dok marah la, sebab exam je, TEROK!!!

Sampai darjah 3 aku macam tu jugak, sampai cikgu pernah ugut nak lucutkan jawatan aku sebagai pengawas sekolah [aku masa tu pengawas sekolah la... Dari Darjah 2]^-^
Tapi masok Darjah 4, aku kuat jugak lompat pagar, hehehe, best wooo....

Masa Darjah 4, exam aku dah masuk Top 10!!! He He He He.....

Masuk Darjah 5, exam aku dah Top 5.. Hebat tak??
Tapi aku cuma reti menulis Bahasa Melayu dengan betul cuma masa Darjah 5 [kemahiran berbahasa], tapi Bahasa Inggeris dengan Matematik aku sentiasa rendah... [paling terok dalam geng2 pandai la] aku pulon punya pulon...
Masa aku Darjah 6, aku dalam kedudukan Top 3, adik aku yang sebelum ni ayah aku dok angkat sangat sebab masa exam aku dok puji dia asyik skor je mulai merudum pencapaian dia....
UPSR pon tiba... Jeng jeng jeng.......!

Aku masa trial UPSR dapat 1A 4b je, tapi masa keputusan UPSR keluaq,aku dapat 4A 1B!!!!
Hahahahah, hebat tu, tambahan pulak, sekolah aku tak dak bebudak yang yang dapat 5A [masa tu ada sorang bapak kawan aku janji nak bagi RM1000 kat sesapa yang dapat 5A] jadi secara tak langsung aku dinobatkan sebagai salah seorang PELAJAR TERBAIK SEKOLAH!!!!!!
He he he he he he......

Aku berjaya buktikan pada bapak aku, kejayaan itu bukan diukur pada pencapaian akademik semata-mata, tetapi usaha yang gigih untuk berjaya, sokongan padu ibu bapa dan keluarga, pemilihan kawan yang betul, kebebasan maksimum yang diawasi serta galakan terhadap minat pelajar itu.......... [Terharunya aku bila sebut benda nih]>>>>>


Tingkatan 1 [SMK Alor Pongsu]

Aku memulakan zaman persekolahan menengah aku kat SMK Alor Pongsu, tapi masa tu aku teringin sangat nak masok MRSM!!! Cuma ayah aku tak belikan borang untuk masuk MRSM kat aku... [masa tu kena beli, bayaq RM5 je 1 borang]....

Tak dapat masok MRSM, aku janji dengan diri aku, kalau lepas ni aku dapat masuk MRSM [masa Form 4 la], aku tak kan belajaq bebetoi dan aku cuma nak dapat A dalam keputusan exam SPM aku tu setengah je dari keseluruhan subjek yang aku ambik.. [betoi2 jadi apa aku janji]...

Dengan bangganya aku memulakan persekolahan di sekolah harian, yang buat aku terasa sampai sekarang adalah kata-kata Cikgu Manaf [Cikgu Geografi], "Kamu adalah seorang yang gagal kerana kamu gagal mendapat semua A dalam keputusan peperiksaan kamu...."
Daripada aku Form 1 sampai la aku Form 3, ranking aku dalam kelas dan tingkatan sentiasa Top 5... Pencapaian terbaik aku masa Form 3 sebab aku dapat no 1 dalam kelas dan tingkatan.... [pertama dan terakhir] dengan mengatasi Asmilah Hani [bekas pelajar Sekolah Menengah Sains Seri Puteri] yang pada waktu itu merupakan pencabar terdekat aku...

Masa aku Form 1 sampai la Form 3, aku begitu taksub dengan Pengakap!! Tapi aku selalu tuang latihan kawad dengan kawan sorang kawan aku pastu pi buat latihan ikatan sebab aku tak suka berkawad.. [tapi kalau kawad aku hebat je, keh3]...
Kawan-kawan aku punya la bengang, tapi untuk tutup mulut mereka semua, aku pon ajar la depa cara-cara membuat ikatan pengakap dengan cara yang mudah yang aku sendiri cipta....

Start dari Form 2, aku ada mengikuti 1 kem, Wilderness Adventure Camp bersama-sama Bachoi, Ain, sorang lagi aku tak ingat la... Best wooo kem ni, kat sini la aku berkenalan degan "awek" pertama aku, nama dia Siti Nornolia, tapi kami ni kejap je, lepas balik dari kem,,,, END STORY!
Masuk Form 3, aku di'targetkan'kan mendapat 5A 3B dalam peperiksaan PMR 2007...
aku pon ada 'study group' jugak, kami namakan dia geng JaRI [Jamaluddin+Rosli+Iqbal]...
Tapi study apa pon sekali, kami letak target kat diri kami nak dapatkan 8A, tapi hajat tak kesampaian bila aku dapat 7A 1B, Rosli 6A 2B, dan Iqbal 5A 3B.... Tapi azam kami kuat nak dapat yang terbaik untuk SPM pulak.....

Kalimah Seorang Pelajar.....
"Resepi kejayan adalah percaya pada diri sendiri dengan apa yang kita lakukan, namun kepercayaan ini mudah digugat oleh diri kita sendiri, sekali kita terlintas atau terfikir tentang apa sahaja yang telah kita lakukan, kepercayaan ini dengan sendirinya akan runtuh seperti runtuhnya istana pasir.
Kejayaan akan mudah diperolehi jika kita melakukan sesuatu dengan seikhlas hati, iaitu tindakan, fikiran dan percakapan kita tentang sesuatu perkara untuk dicapai objektifnya adalah ikhlas, yang lahir jauh dari lubuk hati kita sendiri.
Jika kita berjaya melakukannya, ucapan terima kasih juga harus diberikan dengan seikhlas hati dengan dimulakan kepada Maha Pencipta...."


Tingkatan 4 [MRSM PDRM Kulim]
Aku mula mendaftar sebagai pelajar MRSM pada tanggal 18 Februari 2008......
Aku masa tu dapat Homeroom Suliana..... Kelas 4 Kindi, asrama Blok 8, Wing A, Unit 13, Bilik no 3 katil no 1......
Lepas cuti semester 1, masuk semester 2, pilihanraya BWP [Badan Wakil Pelajar] dijalankan.... Lepas BWP telah dipilih, Exco Agama dan Dakwah telah melantik aku secara rasmi sebagai Ahli Naqib [Badan Agama dab Dakwah] Maktab dan secara tak rasmi mengetuai pertubuhan ni.... Apabila ketua blok asrama dilantikl sebagai ahli BWP dan ketua wing sebagai LDP [Lembaga Disiplin Pelajar], aku dilantik menggantikan ketua wing yang bersara wajib tu... Hehehehehe....
Aku juga dipertanggungjawabkan bersama seorang rakan aku yang juga ahli Naqib merangkap ahli LDP, [Muhammad Huzairie], kami diminta untuk menjaga batch Form 1 lelaki masa tu... Wah, banyak la rintangan dan masalah yang perlu aku selesaikan untuk batch tu... Fuhhh, penat.... Tapi tak pa, best tau.....
Namun, aku jenis suka merantau, so aku pon pindah..........>>>>>

Tingkatan 5 [MRSM Balik Pulau]...
{Chegita sambung nanti la, tak kan nak chegita abih kan...}
Aku baru terasa nak sambung balik cerita aku ni.....
[Aku baru nak sambung cerita aku lepas didesak oleh Naam, 'classmate'..]

Masa aku Form 5, aku berpindah ke MRSM Balik Pulau, sebab baru pindah, aku mendaftar pada 5 Januari 2009, pada pukul 9.30 pagi di pejabat MRSM tu. Masa tu yang sama-sama mendaftar bersama aku adalah Muhammad Jalalaluddin dari MRSM Muadzam Shah, Pahang, Muhammad Syazwan dari MRSM Kepala Batas. Minggu pertama persekolahan, maktabbuat 're-orientation' untuk para pelajar. Masa aku masuk situ, baru aku tau bacth tu dah goyah dengan macam-macam isu. Tapi, seperti motto hidup aku, 'Do not interfere someone's problem', so aku pun buat don't know je la.. hahahahahah,,,,,,

Aku ditempatkan di Kelas 5I, kelas kakak aku dulu masa dia balajar kat maktab yang sama, menumpang 'teduh' di Homeroom Zulkifli Abdul Rahim, join Pergerakan Pengakap No 12, MRSM Balik Pulau. [My last year being a member of Scout's Movement after spend about 8 years, with passion with Scout...]

Since aku kat MRSM BP, aku tak banyak kawan sebab aku jadi pendiam,,,[really]??
Pendiam maksud aku tak banyak la join aktiviti member2 yang lain. Tapi kawan yang paling baik dengan aku semesti 9 orang yang bersama-sama aku menjaga junior Form 4 masa tu {2009}, Pa'an, Zurai, Zikri, Anip, Adri, Na'im, Syaim, Shux, KB [Syazwan]. Pastu Amr, Muhsin [classmate 5I]..... Ramai gak la lagi.....

So aku nak cerita apa lagi ya?? Oh ya, aku kalau masuk 'lab' mesti ngantok. Kalau masok 'lab' cikgu Fatini la paling mendebarkan dulu, sebab for sure, aku akan kena marah sebab tak reti apa-apa pon tentang solution chemistry. Hahahahahahaha.... pastu 'lab' Biology lagi terok, sampai keluar pensil liquid buat maps kat meja makmal tu.. hahahahaha..

Aku masa trial failed add math, hampir2 tak graduate sebab tak cukup jam kredit, tapi luckily cikgu2 tolong, cukupkan jugak credit hour aku sehingga aku dapat jugak naik pentas untuk graduasi, tapi Kelas Kedua [Bawah]. (Graduasi 15 Oktober 2009),,,,,

Tak lama lepas bergraduasi, sebulan kemudian, SPM pun tiba, dengan berdebar-debar aku menjawab soalan 5 subjek pertama dengan senang hati sebab senang je...
Hehehehehe....
Masa aku jawab soalan Sejarah tu kan, aku keluar 30 minit awal untuk kedua-dua kertas tu..
hehehehe,,,,
Budak2 kelas aku tak puas ati la siap tanya aku lagi, confirm ke A+, tapi masa result keluaq, memang aku dapat A+ pun Sejarah..
hahaha, rahsia aku dapat A+, tak study Sejarah!

Pastu masa nak jawab Add Math, aku ada masalah hati, dengan Add Math aku memang terok, hehehe, jadi aku tak score sangat la add math..
hahaha, tapi aku pas jugak SPM, hahahahaha....

Subjek2 sains aku, suma moderate, except subjek Fizik yang aku memang target dapat A-, tiba2 dapat B. Hari aku amik result SPM, hari aku balik dari PLKN, so, dengan pakai baju PLKN, aku pi amik result tu,,, hahahaha.
Seminggu lepas tu, kakak angkat aku kat Pokok Sena, Kedah tu buat kenduri kahwin, pastu aku amik la peluang untuk rehat2 lepaskan depress aku tak dapat A fizik dengan melancong ke Kedah and Penang[Batu Feringhi].

hehehehe, cukup la ye, aku tak cerita banyak2 pasal hidop aku kat MRSM, it is such a nightmare for me to remember the past about MRSM.
But a lot of thanks to Hisham, Na'im, Syamier, Syazwan Akmal, Farah Izzati, Syazwani, Muhsin and all of my friends for became my friend and my precious memories about us will remain forever in my mind!!! I swear,,,,,,,

Friday, April 16, 2010

Kehidupan Menuju Kehancuran-Pembuangan Bayi (Part 2)

Bahagian Ke 2....

Kerajaan sebagai penaung negara ini dilihat mengambil sikap melepaskan batuk di tangga dalam menangani isu pembuangan anak ini. Hal ini dapat dilihat dalam usaha kerajaan menangani masalah ini. Saban hari, akhbar-akhbar nasional negara memaparkan berita anak yang baru dilahirkan dibuang ke dalam longkang, tong sampah, tepi-tepi jalan bagaikan ibu yang mengandungkannya tidak mempunyai walau sekelumit perasaan perikemanusiaan.
Kerajaan wajar melihat isu ini sebagai isu nasional. Bank DNA nasional harus diwujudkan bagi menyimpan maklumat mengenai rakyat negara ini dan diletakkan di bawah pengawasan Majlis Raja-Raja Melayu bagi mengelakkan sampel DNA yang disimpan tidak disalahgunakan untuk kepentingan pihak tertentu.

Apabila langkah ini dilakukan, para remaja atau ibu bapa anak luar nikah ini akan merasa gerun kerana rancangan dan tindakan mereka membuang bayi boleh dihidu oleh pihak berkuasa. Pihak berkuasa juga haruslah bertindak profesional dalam menyiasat kes yang berlaku dan meminimumkan tempoh penyiasatan mereka.
Kerajaan juga haruslah meminda undang-undang sedia ada bagi mengutkuasakan undang-undang lapuk ketinggalan zaman yang masih digunapakai dalam Perlembagaan negara. Tindakan tegas dalam menangani isu ini boleh diselesaikan jika penggunaan undang-undang Islam yang tegas ke atas pesalah beragama Islam dan undang-undang sivil yang tegas ke atas pesalah beragama selain Islam.
Tapi senario hari ini dilihat apabila kononnya hak asasi yang sering dilaung-laungkan pihak tidak berakhlak masyarakat Barat telah menekan kerajaan kita sehingga kita tiada langkah yang berkesan dalam menangani isu ini........